31 July 2014

Najib, Mahathir, dan Pak Lah antara dikaitkan kes rasuah, dedah WikiLeaks

WikiLeaks berjaya mendapatkan salinan arahan kebenaran injuksi demi menjaga hubungan baik Australia dengan negara antarabangsa.
Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata arahan dibuat bagi mengelakkan prejudis terhadap kepentingan hubungan Komanwel dengan keselamatan negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dua mentornya dan beberapa bekas menteri tersenarai dalam arahan kerajaan Australia supaya media menutup mulut daripada melaporkan kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, dedah laman web WikiLeaks hari ini.
Antaranya melibatkan kes anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia.
Pekerja syarikat terbabit didakwa menyogok pegawai asing di Malaysia, Indonesia dan Vietnam daripada tahun 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak percetakan wang.
Selain Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara ahli politik terkemuka dinamakan dalam injuksi itu.
Turut dinamakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar.
Turut dinamakan dalam injuksi itu adalah adik ipar Abdullah, yang dinamakan sebagai Non
"Arahan itu dianggap penting bagi mengelakkan risiko besar prasangka terhadap pentadbiran yang adil dan tidak boleh dihalang oleh cara lain yang difikirkan wajar," katanya.
Assange menyelar kerajaan Australia kerana memperoleh injuksi itu, dan menuduh mereka cuba menutup mulut dan mata rakyat Australia.
"Ini bukan soal kegagalan kerajaan Australia mendedahkan kes rasuah antarabangsa kepada umum.
"Menteri Luar Julie Bishop perlu jelaskan kenapa dia mengugut rakyat Australia dengan hukuman penjara dalam cubaannya menutup malu skandal rasuah melibatkan kerajaan," katanya.
Dakwaan rasuah timbul sejak tahun 2009, pada ketika itu mendorong Polis Persekutuan Australia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berasingan.
Pada tahun 2010, SPRM menahan tiga individu yang terlibat dengan membekalkan wang kertas polimer RM5 ekoran wujud laporan Securency menyogok pegawai di Malaysia.
Individu terbabit termasuk seorang ahli perniagaan didakwa mengambil RM11.3 juta untuk mengikat kontrak daripada Bank Negara Malaysia dan memastikan kerajaan Malaysia memilih wang kertas polimer itu.
Abdullah, juga dikenali sebagai Pak Lah pada tahun 2011 menafikan dakwaan dua syarikat Australia cuba memberinya rasuah sebanyak RM100 juta untuk mendapatkan kontrak mata wang Malaysia semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri.
Cubaan itu dipercayai berkait dengan perjanjian bekalan wang kertas polimer RM5 yang mula diedarkan pada tahun 2004. – 30 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-mahathir-dan-pak-lah-antara-dikaitkan-kes-rasuah-dedah-wikileaks#sthash.v3KPNtuB.dpuf

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive