10 April 2013

Datuk Husam buka bilik gerakan/pusat media di Presint 9 Putrajaya


Husam yakin Tg Adnan akan kekal di Putrajaya

Harakahdaily
Apr102013
KUALA LUMPUR: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa (gambar)yakin Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor tidak akan meninggalkan Putrajaya untuk bertanding di tempat lain.

Ini kerana, jika beliau berbuat demikian beliau akan dituduh melarikan diri sedangkan beliau telah menjalankan tugas dengan baik selama ini.

"Saya tak jangka Tengku Adnan akan lari tinggalkan Putrajaya, dia jeneral dan memberikan khidmat yang baik sebelum ini.

"Jika beliau tidak bertanding di situ, beliau akan dianggap 'chicken out' (penakut) oleh lawannya," kata Husam dalam sidang media di Pusat Media PAS hari ini.


Beliau menjawab soalan wartawan yang ingin tahu pandangan beliau siapakah yang akan beliau akan lawan di Putrajaya kali ini.

Husam diumumkan sebagai calon PAS Parlimen Putrajaya oleh Presiden PAS semalam.

Husam dalam sidang media itu mengaku agak sukar untuk beliau menang di Putrajaya.

Ini kerana, jumlah pengundi yang kecil di samping pengundinya adalah rata-rata kakitangan kerajaan.

"Menurut kajian sebelum ini, peluang untuk Pakatan menang di Putrajaya hanya 40 peratus sahaja.

"Namun hari ini bagi saya, jumlahnya adalah 45 peratus untuk saya dan 55 peratus untuk BN," kata beliau sambil tersenyum.

Hari ini Husam mengumumkan akan membuka bilik gerakan bersama dengan pusat media PAS di Presint 9, Putrajaya.

Ia akan dilancarkan mulai malam esok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive