Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

23 January 2014

Bersih mahu jumpa PM, serah surat hari ini

bersihKUALA LUMPUR 23JAN: Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menyerahkan surat ke Jabatan Perdana Menteri hari ini bagi mencadangkan pertemuan dua hala antara gabungan 83 NGO itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurut wakil sekretariat Bersih, Mandeep Karpall, surat turut dialamatkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, Putrajaya jam 1 tengah hari ini.
“Surat diserah melalui wakil Bersih, Adam Adli tengah hari ini,” kata Mandeep.
Antara kandungan surat mendesak pertemuan dua hala itu ialah tuntutan mengadakan reformasi sistem pilihan raya, perbincangan mengenai cara pelantikan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan isu persempadanan semula.

23 January 2013

BERSIH mahu RCI Sabah sapina Mahathir


Bersih tekan RCI Sabah sapina Dr M, Peguam Negara
KUALA LUMPUR, — Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram di Sabah perlu memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad, kata badan bukan kerajaan yang memperjuangkan reformasi pilihan raya.
Bersih 2.0 cawangan Sabah membuat cadangan mereka melalui video di talian hari ini.
“Bersih Sabah merasakan RCI seharusnya memperkenalkan saksu baru dan kita mendesak anggota RCI agar sapina seperti berikut,” kata Andrew Ambrose, wakil Bersih 2.0 Sabah kepada wartawan hari ini.

17 January 2013

Dakwaan Megat Junid izinkan warga asing mengundi ‘mengejutkan’, kata Bersih


January 17, 2013
KUALA LUMPUR, Jan 17 — Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyuarakan rasa terkejut terhadap tuduhan yang mengatakan bekas menteri mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk membenarkan warga asing mengundi.
Semalam, bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin, berkata kepada inkuiri, almarhum Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengarahkannya untuk memberikan resit JPN kepada warga asing, dokumen sementara, yang membolehkan mereka mengundi pada 1994.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar, kiri), menggambarkan testimoni Ramli di hadapan Ikuiri Diraja (RCI) terhadap warga asing Sabah “mengejutkan”, dan ini berkailtan dengan “penipuan” daftar pemilih.

08 August 2012

Pakat mai ramai2 - HIMPUNAN JANJI BERSIH - SAMBUTAN MALAM MERDEKA - Dataran Merdeka

KENYATAAN AKHBAR 9/8/12


Kami dengan terbuka hati menjemput semua Malaysia - anak semua bangsa untuk bersama kami merayakan ketulenan Hari Merdeka. Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55 tahun.

Justeru, mari berhimpun bersama kami pada jam 10:00 malam pada 30 Ogos 2012. Berhimpun disebelah pancutan air Dataran Merdeka. Datang dengan memakai baju kuning. Pak Samad , Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 akan membacakan puisi untuk malam yang bersejarah ini.

Untuk merayakan tema ‘ JANJI BERSIH’ kami juga menyarankan anak semua bangsa, di seluruh pelusuk nergara – tua dan muda – agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama dan mengadakan perhimpunan di tempat dan masing masing.

24 July 2012

Mahakamah kata Bersih TAK HARAM, ....Perisytiharan Hishamuddin Tercemar .

(Oleh Norutul Ilham)
KUALA LUMPUR 24 Julai: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram dan menyalahi undang-undang.
Hakim Datuk Rohana Yusof ketika membacakan keputusannya hari ini berkata, Bersih telah berjaya membuktikan kes dalam mencabar pengisytiharan kerajaan.
Beliau juga memutuskan perisytiharan Menteri Dalam Negeri sebagai ‘tercemar’.
“Oleh itu, kami membenarkan permohonan pemohon (untuk semakan kehakiman perisytiharan kerajaan) dengan tiada perintah tentang kos,” katanya.
14 Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih yang diketuai oleh Ambiga Sreenevasan telah menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.
Selain dari Ambiga, plaintif termasuk Dr Ahmad Farouk Musa, S Arul Prakkash, K Arumugam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, SP Subramaniam, Toh Kin Woon, Wong Chin Huat, Yeo Yang Poh, Yeoh Yong Woi dan Zaid Kamaruddin.
Pada 1 Julai tahun lalu, Hishammuddin dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan gabungan itu menyalahi undang-undang, sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
(Laporan menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33240

15 June 2012

Kenapa di Malaysia golongan agama yang duduk dalam kerajaan menjadi penonton dan pembela kepada golongan penyeleweng? - Mat Sabu

Mat Sabu cabar pengerusi Majlis Fatwa ketuai BERSIH
  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:07PM Jun 15 2012
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mencabar Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Abdul Shukor Husin untuk mengetuai perhimpunan BERSIH jika ia diadakan sekali lagi pada masa akan datang.

Katanya, ia tugas ulama untuk "menentang kemungkaran dan menegakkan kebenaran" seperti mana dilakukan "ayatullah" di Iran yang memimpin anak muda dalam revolusi Islam negara itu pada 1979 (bawah).

26 May 2012

"Keluar mengundi, Lawan Penipuan" : BERSIH akan berkempen ke seluruh negara

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Bersih akan kembali kepada fokus utama mereka menuntut pilihan raya adil bersih, kali ini dengan merantau ke seluruh pelusuk tanah air bagi kempen mengajak pengundi berdaftar keluar mengundi ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka tidak lama lagi.


Badan pemerhati pilihan raya itu akan memulakan kempen "Keluar Mengundi, Lawan Penipuan" bermula Jun depan dengan memberikan fokus utama di kawasan pedalaman.
"Bersih akan kembali kepada agenda utama kami. Dengan mengadakan "roadshow" bermula Jun depan.
"Kami akan memberi penjelasan kenapa pengundi perlu keluar mengundi dan melawan penipuan dalam sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika perhimpunan vigil pasca Bersih di hadapan pintu masuk Taman Tasik Perdana.
Jelas Maria, antara aktiviti yang akan diadakan adalah sesi forum dan ceramah daripada panel Bersih.
"Setakat ini kami telah merancang akan mengadakan 7 forum dalam aktiviti tersebut termasuk ceramah di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
"Kami bergerak atas nama Bersih, dan tidak melibatkan mana-mana parti, namun sekiranya ada jemputan daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) untuk menjemput kami dalam ceramah mereka, kami amat mengalu-alukannya.
Tambah Maria, "kempen itu akan bermula minggu kedua Jun depan di negeri - negeri seperti Perak, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau - Pinang, dan Melaka, manakala di Johor akan dibuat pada bulan Julai."
"Lokasi lain masih dalam perbincangan, dan lokasi-lokasi kempen ini juga belum diputuskan," katanya lagi.
Himpunan vigil anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu menyaksikan sekitar 10-15 peserta memegang lilin dan membawa plakad tertera perkataan "hentikan keganasan polis," "polis perlu bebas daripada pengaruh politik," dan "kami mahu IPCMC."
Malah, peserta turut melaungkan slogan "polis baik kami suka," dan "polis jahat kami benci," di hadapan perkarangan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Sejurus perhimpunan yang bermula jam 8 malam itu tamat sejam kemudian, pihak polis mula datang dan memerhatikan kumpulan tersebut.
Bagaimanapun tiada insiden kekasaran berlaku antara peserta dan polis. - The Malaysian Insider 

25 May 2012

"Saya tidak tua untuk menjadi bodoh" : Pak Samad

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan BERSIH turut memerlukan sokongan parti politik, termasuk BN bagi merealisasikan lapan tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihan raya.


Katanya, tanpa dokongan parti politik yang dipimpin oleh "kuasawan", gabungan tersebut tidak kuat untuk memperjuangkan agendanya.


"Mereka memperkuat, kalau BERSIH sahaja, tidak akan kuat. Kalau PAS, dokongan itu tidak ada, BERSIH sahaja tidak kuat. Sebenarnya kita juga mengajak BN menyertai (perjuangan BERSIH). Bukan salah kita.


"Kita menjemput semua kuasawan, baik daripada PAS, BN, PKR. Baik daripada Umno, MCA, MIC, tetapi mereka sendiri yang memisahkan diri untuk menyertainya," katanya dalam wawancara Malaysiakini 

18 May 2012

Tiada PRU selagi BERSIH tergantung

SEMUA menduga lagi tentang PRU 13 apabila Perdana Menteri Najib tidak mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas karnival UMNO di Bukit Jalil Mei 11 lalu bahkan dia ke England dulu.
Bila lagi?
Lepas balik dari England dan konvokesyen anaknya, dia ke Asia Barat dan ke Asia Tengah pula.
Bila yang dikatakan dekat itu. Sebelum puasa? Selepas puasa? Sebelum musim haji? Atau tunggu seperti durian gugur sendiri?
Oleh kerana ia tidak diadakan sebelum Bersih 3.0, maka Najib menunggu kesan Bersih 3.0 itu. Bersih 3.0 itu mencetuskan huru-hara antara polis dan peserta Bersih 3.0.
Najib mahu mengambil faedah dari huru-hara yang tercetus itu. Dia bersetuju mengadakan jawatankuasa penyiasat bebas tentang siapa pencetus kekacauan. Kerajaannya sekarang mengejar ratus orang peserta Bersih 3.0. Sudah ada yang menyerah dan yang lain-lain sedang diburu.
Sudah ada yang didakwa di mahkamah seperti MP Batu Tian Chua. Ramai lagi yang didakwa.

15 May 2012

[Video] "Please, can u stop it?" pinta Najib ... Laungan BERSIH depan Najib di London




(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 15 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak paling takut menghadapi kekalahan dalam pilihan raya umum kerana jika itu berlaku, beliau akan diheret sebagai saksi perbicaraan Scorpene di Perancis, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
Tian berkata, Najib pada masa ini masih mempunyai imuniti sebagai ketua negara yang boleh menghalang beliau sebagai saksi dalam kes itu.
Beliau merujuk kes sama yang terjadi ke atas diktator Chile, Agusto Pinochet yang ditangkap hanya selepas tidak lagi memegang kuasa.
“Najib paling takut kalau kalah pilihan raya umum ke-13. Bila menjadi orang biasa, dia boleh didakwa di Perancis sekiranya menjejakkan kaki di mana-mana negara Kesatuan Eropah (EU),” jelas Tian.
Katanya, selaku ketua negara, Najib masih boleh membuat permohonan untuk mengenepikan perintah mahkamah apabila waran dikeluarkan untuk membantu siasatan kelak.
“Boleh jadi dalam masa terdekat, dia tiba-tiba muncul di Paris dan bersalaman dengan presiden baru Perancis, Francois Hollande. Kononnya ‘bukti’ dia berani ke Eropah dan tak didakwa. Sedangkan, ini kerana imuniti Najib sebagai ketua negara,” jelas Tian.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30424


01 May 2012

BERSIH : Najib, tunaikan 8 tuntutan atau hadapi Bersih 4.0

(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0.
Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur.
“Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima,” katanya dalam kenyataan.
Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih.

Bersih 4.0 - 1 juta rakyat akan turun - Mat Sabu

Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya.

Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya.

08 October 2011

BERSIH 2.0 : Siasatan Kementerian Kesihatan sahkan polis telah langgar SOP

Bersih: Anggota taraf koperal langgar SOP, polis masih kumpul bukti

KUALA LUMPUR, 8 Okt – Polis memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggotanya – seorang yang berpangkat koperal – jika didapati bersalah melanggar garis panduan operasi (SOP) semasa meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, anggota yang telah dikenal pasti itu berpangkat koperal.

Namun beliau berkata pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak di luar garis panduan operasi polis (SOP) semasa melaksanakan tugas.

10 September 2011

BERSIH 2.0 berjaya memburukan imej Najib - Mahathir

KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.
Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.

“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

20 August 2011

SPR temui BERSIH bincang 3 isu pembaharuan

2011/08/20

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menemui BERSIH 2.0 bagi membincangkan tiga isu baru berkaitan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara tetapi menegaskan tidak akan sekali-kali tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba mengugut atau mencabarnya bagi melakukan reformasi pilihan raya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, mengesahkan pihaknya sudah menerima surat daripada BERSIH mengenai pertemuan itu dan ia akan diadakan apabila suruhanjaya bersedia, namun persetujuan itu tidak bermakna SPR menerima pakai segala cadangan.

16 August 2011

"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya"

Imam kecewa selepas ditangkap dalam BERSIH

Jimadie Shah Othman
Ogos 16, 11

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kini "berkerat rotan berpatah arang" dengan Jabatan Agama Johor (JAJ) yang mengeluarkan arahan itu.

Imam kecewa itu - Hassan Md Said - membayangkan tidak mahu lagi berkhidmat dengan JAJ selepas tamat tempoh penggantungan tiga bulannya pada 2 November depan.

"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya.

"Saya sudah 14 tahun berkhidmat sebagai imam tetapi macam tidak dihargai. Jabatan agama (JAJ) ini tidak profesional langsung," kata imam bertauliah di Masjid Ladang itu.

Peserta Bersih 2.0 saman Berita Minggu RM10juta

Abdul Razak Endot saman Berita Minggu RM 10 Juta

TEMERLOH, 16 Ogos: Seorang Pemuda Unit Amal yang pernah digambarkan oleh akhbar Berita Minggu sebagai 'perusuh yang membawa pisau' dalam himpunan Bersih 9 Julai lalu, menghantar notis tuntutan fitnah terhadap akhbar berkenaan.

Abdul Razak Endot, 33, dalam notis yang difailkan melalui syarikat guaman Sazali & Lim dan ditujukan kepada Ketua Pengarang Berita Minggu serta penerbit dan pencetak syarikat The New Strait Times Press (M) Bhd., meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.

15 August 2011

Bayar RM50 - Kenyataan Rais dangkal : Mahfuz

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50 adalah kenyataan yang "sangat dangkal"

Sambil menafikan PAS turut mengupah anggotanya, Mahfuz menyifatkan kenyataan Rais itu sebagai cuba "menyamakan semua orang macam Umno".

"Umno nak meramaikan perhimpunan mereka, nak meramaikan perhimpunan yang dihadiri pimpinan mereka, mesti diberi duit, dibelanja dengan wang cukup besar, sediakan pengangkutan, kemudian diberi duit, beri makan dan sebagainya.

14 August 2011

Lawak pagi Ahad : Bersih 2.0 : Siapa yang tak dapat lagi RM50, petang ni mai Stadium Merdeka tuntut bayaran bawa sekali resit hotel, tol minyak ... hahaha hahaha

Rais Dedah Peserta Perhimpunan Haram 9 Julai Diupah RM50

JEMPOL: Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lepas, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur, Sabtu.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan haram itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive