01 May 2012

Bersih 4.0 - 1 juta rakyat akan turun - Mat Sabu

Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya.

Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya.

Beliau juga mengutuk kekejaman polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, sambil berkata ia "lebih kejam daripada polis Israel terhadap rakyat Palestin".

Beliau berada di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama kumpulan pemandu mobilisasi demokrasi PAS hari ini untuk menyampaikan memorandum yang telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam suruhanjaya itu.

Memorandum itu menuntut akses media yang adil bagi pembangkang dan peletakan jawatan serta-merta Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang didedahkan Jumaat lalu oleh PKR menjadi ahli Umno.

2 comments:

Anonymous said...

bersih 4.0 lagi cepat lagi bagus. kali ini musuh utama rakyat adalah PDYM (polis yahudi malaysia). rakyat akan lawan polis yahudi malaysia habis-habisan.

Anonymous said...

B4.0 lagi cepat lagi baik. Rakyat ingin sangat berhadapan untuk kali terakhir dengan PDYM (polis diraja yahudi malaysia).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive