01 May 2012

BERSIH : Najib, tunaikan 8 tuntutan atau hadapi Bersih 4.0

(Oleh Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 1 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menunaikan segala tuntutan Bersih atau bakal berdepan himpunan lebih besar dari Bersih 3.0.
Beliau mengulas kejayaan Bersih 3.0 menyaksikan lebih 300,000 rakyat pelbagai kaum hadir menjayakan himpunan itu di Kuala Lumpur.
“Jika tuntutan rakyat kekal tidak didengar, kita sedia menganjur himpunan lebih besar dengan jumlah berganda berbanding Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima,” katanya dalam kenyataan.
Sehingga kini, pentadbiran Najib hanya bersedia mengguna dakwat kekal dan ia hanya satu dari lapan tuntutan Bersih.

Tujuh lagi tuntutan Bersih yang ditolak Najib termasuk enggan membersihkan daftar pemilih, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan politik kotor.
“Kepada pentadbiran Najib, saya mengingatkan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita.
“Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi dan jangan tulikan telinga,” katanya lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29780

3 comments:

Anonymous said...

apabila demo ini diwarnai dengan politik jumlah kehadiran yang ramai tidaklah mustahil kerana ahli pas sahaja lebih 300k. Namun adakah demo itu tindakan yang betul. Setiap permintaan perlu ada kajian dan dipenuhi sekiranya ada asasnya. Macam tugas kita sebagai bapa, adakah setiap yang anak kita minta akan dipenuhi. Tentu tidak. Adakah jika anak kita meraung baru nak beri juga tidak berlaku kerana ia akan meninggalkan satu precendent iaitu kalau kita minta tak dapat maka kita kena demo. Itu yang tak betul. Saya khuatir apabila kerap berdemo maka yang sokong PR pun juga boleh berubah hati kerana wujud suasana yang tidak menyenangkan.

Anonymous said...

Saya nak apa cara lagi yang boleh dibuat untuk bersih daftar pengundi..Cara baik..menjadi ahli PAC..sudah..Perbahasan Parlimen nak masuk Minoriti Report di tolak...sedangkan warga asing sebagai pengundi meningkat hampir 1 juta orang...apakah kita semua kita semua tak da hak keatas negara kita sendiri sehingga satu masa nanti satu satu persatu hak keistimewaan kita terpaksa kita korbankan baru nak sedar...saya rasa masa itu nak berdemo pun dah tak bermakna...lihat bagaimana PERU diperintah oleh Fujimori...ini pengajaran...bila bergantung kepada wargaasing untuk menang dalam Pilihanraya..fikirlah demi agama,bangsa dan tanah air jangan fikiran mudah terpengaruh dengan perang saraf kerajaan yang berada dimana saja...

Anonymous said...

10.36 PM dah lupa kot. Tuntutan 8 perkara bukan baru semalam diminta dan kalau jadi bapa pun janganlah jadi bapa bodoh sombong , anak dah minta lama dah , bukan minta benda yang pelik2 semalam tapi minta perkara yang boleh dibuat tanpa menerajang , membelasah anak sampai panggil orang lain supaya diajar anak tu supaya kena ikut juga kehendak bapa. Setakat 8 tuntutan tu kalau dilaksanakan pun , SPR tak rugi apa2 pun malah rakyat akan menghormati SPR sebagai satu badan yang benar2 mementingkan ketelusan dan berintegriti dalam menjalankan amanah rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive