January 17, 2013
KUALA LUMPUR, Jan 17 — Pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menyuarakan rasa terkejut terhadap tuduhan yang mengatakan bekas menteri mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk membenarkan warga asing mengundi.
Semalam, bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin, berkata kepada inkuiri, almarhum Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengarahkannya untuk memberikan resit JPN kepada warga asing, dokumen sementara, yang membolehkan mereka mengundi pada 1994.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar, kiri), menggambarkan testimoni Ramli di hadapan Ikuiri Diraja (RCI) terhadap warga asing Sabah “mengejutkan”, dan ini berkailtan dengan “penipuan” daftar pemilih.
“Bukti ini sangat mengejutkan, namun pada satu pihak, inilah yang telah rakyat menjangkakan. Apa yang telah dan berlaku di Sabah dilaporkan berlaku di Malaysia Barat juga! Inilah penipuan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut tidak menolak adanya konspirasi dan ada wujudnya keraguan.
“Ini bermakna ada konspirasi peringkat atasan. Memang tidak elok untuk komen selagi inkuiri belum tamat, buat masa ini apa yang timbul ini menimbulkan keraguan.”
Maria Chin Abdullah (gambar, kanan), ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 turut meluahkan rasa terkejut.
“Kami terkejut, tapi lega apabila orang-orang ini tampul membuat pendedahan walaupun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) seringkali membuat penafian.”
“Ini sebabnya kita perlukan pemerhati,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Bersih 2.0 bersama MAFREL dan Pusat Komas telah mula merekrut pemerhati melalui kempen PEMANTAU bagi memerhati kempen dan pilihan raya untuk Pilihan Raya Umum 2013, dan Tindak Malaysia melatih agen pengundian sebagai pemerhati.
Kumpulan ini berkata melalui pemerhati ia dapat mengelakkan penipuan daripada belaku, yang menurut mereka jangkaan persaingan sengit untuk mendapat undi.
Semalam, Ramli berkata Megat Junid, yang kemudiannya menteri dalam negeri, pada 1994 kemudian mengarahkannya untuk memadankan butiran resit JPN dikeluarkab kepada warga asing untuk nama dan no kad pengenalan unttuk pendaftaran pengundi.
“Kami berikan mereka (warga asing) RM20,” kata Ramli kepada inkuiri semalam.
“Kami ajar mereka untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di sebuah runah. Kami menggunakan bas ke tempat mengundi dan menghantar mereka balik. Resit untu hanya untuk mengundi. Kami tidak berikan mereka kad pengenalan,” katanyta.
Ramli berkata sekitar 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang ditakrifkan sebagai kerusi “hitam yang sukar dimenangi kerajaan.”
Ramli, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 juga menafikan menerima rasuah.
“Ia hanyalah arahan terus daripada timbalan menteri dalam negeri, walaupun saya tahu ia salah,” katanya.
Tambahnya, arahan itu diberikan dalam mesyuarat antara Megat Junid, Datuk Seri Osu Sukam dari Umno (yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah pada 1999), seorang pegawai JPN, Asli Sidup, di Hyatt Hotel, Kota Kinabalu dua minggu sebelum pilihan raya 1994.
“Resit itu hanya untuk mengundi. Kemudian, kami akan mengumpul resit itu semula dan memusnahkannya,” kata Ramli.
Bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh, yang memerintah daripada 1976 hingga 1985 menafikan wujudnya komplot “Projek IC.”
Inkuiri di hadapan pengerusinya, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bersambung hari ini.
1 comment:
aci apa pasal mau terkejut.ini negara korek,korek,korek,Ayo Yo aci ini orang semua ada tipu belakang aci.itu hakim tipu,polis tipu menteri tipu semua tipu.ayo ayo pandy kuty Aci balik kena simbahyang kasi tahu itu tokong.kasi hatam ini jahat punya orang aci ada fahamke
Post a Comment