17 January 2013

TERKINI : 2 Rakyat Malaysia ditawan di Algeria


Wisma Putra: Rakyat Malaysia ditawan di Algeria
Kerajaan Malaysia melahirkan rasa kebimbangan berikutan insiden penahanan rakyat Malaysia sebagai tebusan di Amenas, Selatan Algeria.  Kementerian Luar Negeri telah dimaklumkan bahawa dua (2) orang rakyat Malaysia bersama-sama beberapa rakyat negara lain yang bekerja di kompleks kemudahan gas tersebut telah ditahan sebagai tebusan pada hari Rabu, 16 Januari 2013.

Kementerian Luar Negeri telah berhubung dengan ahli keluarga tebusan Malaysia serta pejabat cawangan syarikat di mana mereka berkerja yang berpangkalan di Singapura. Pada masa yang sama, Kedutaan Besar Malaysia di Algiers telah meminta bantuan Kementerian Luar Negeri Algeria untuk mengesahkan samada terdapat rakyat Malaysia lain yang terlibat dalam insiden ini serta memohon bantuan untuk memastikan keselamatan serta pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan.
Dalam hubungan ini, Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Sri Anifah Haji Aman juga telah berhubung dengan rakan sejawatan beliau di Algiers, TYT Mourad Medelci.

Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik dalam usaha untuk memastikan rakyat Malaysia yang ditahan di Selatan Algeria dibebaskan dengan selamat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive