Showing posts with label algeria. Show all posts
Showing posts with label algeria. Show all posts

03 July 2014

Pasukan Piala Dunia Algeria derma RM27 juta ke Gaza

Jordan: Walaupun gagal ke pusingan suku akhir Piala Dunia, pasukan Algeria antara pasukan yang menjadi tumpuan media sehingga ini.
Difahamkan, pasukan Algeria akan menderma wang yang dimenangi semasa pusingan ke-16 Piala Dunia itu berjumlah RM27 juta. 
Pasukan yang sangat menyerlah ketika perlawanan akhir mereka menentang Jerman Selasa lalu kelihatan lebih menyerlah walaupun di luar padang.

Wartawan dari Jordan, Waleed Abu Nada berkata, penyerang Algeria, Islam Slimani mendedahkan bahawa mereka akan mendermakan kesemua wang Piala Dunia yang dimenangi kepada rakyat di Gaza, Palestin.
Foto
FOTO AFP

Menurut Slimani, pemain Algeria memilih berbuat demikian kerana merasakan wang tersebut lebih diperlukan rakyat Gaza berbanding mereka.

Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri daripada pasukan Algeria sekaligus menjadi contoh kepada pasukan-pasukan dari Afrika yang mana pasukan Ghana dan Cameroon sering berkelahi kerana wang. - Agensi 

23 May 2014

Piala Dunia: Perancis minta makanan halal, Algeria minta Al-Quran




HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Meskipun Perancis bukanlah negara umat Islam, namun skuad bola sepak negara itu ke Piala Dunia 2014 meminta tuan rumah, Brazil menyediakan makanan halal kerana terdapat pemainnya yang beragama Islam seperti Karim Benzema dan Franck Ribery. 

Salah satunya ialah daging yang mesti disembelih sesuai kaedah Islam. Untuk hal ini, permintaan Perancis sememangnya munasabah termasuk untuk para penyokongnya yang beragama Islam.

Perancis diletakkan dalam kumpulan E bersama Ecuador, Honduras dan Switzerland.

Sementara, Algeria yang merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti muslim pula meminta Brazil menyediakan kitab suci Al Quran di semua bilik hotel yang akan ditempatkan para pemain dan staf pelatih.

17 January 2013

TERKINI : 2 Rakyat Malaysia ditawan di Algeria


Wisma Putra: Rakyat Malaysia ditawan di Algeria
Kerajaan Malaysia melahirkan rasa kebimbangan berikutan insiden penahanan rakyat Malaysia sebagai tebusan di Amenas, Selatan Algeria.  Kementerian Luar Negeri telah dimaklumkan bahawa dua (2) orang rakyat Malaysia bersama-sama beberapa rakyat negara lain yang bekerja di kompleks kemudahan gas tersebut telah ditahan sebagai tebusan pada hari Rabu, 16 Januari 2013.

Kementerian Luar Negeri telah berhubung dengan ahli keluarga tebusan Malaysia serta pejabat cawangan syarikat di mana mereka berkerja yang berpangkalan di Singapura. Pada masa yang sama, Kedutaan Besar Malaysia di Algiers telah meminta bantuan Kementerian Luar Negeri Algeria untuk mengesahkan samada terdapat rakyat Malaysia lain yang terlibat dalam insiden ini serta memohon bantuan untuk memastikan keselamatan serta pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive