January 22, 2013
Injunksi difailkan dua bulan selepas Presiden Petronas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Shamsul Azahar membuat kenyataan mengatakan Petronas tidak berhutang dengan negeri tersebut sebarang royalti kerana kerajaan persekutuan yang menguruskannya.
“Saya nampak kes injunction ini perlu diselesaikan oleh mahkamah dalam tempoh yang singkat,” Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) Datuk Husam Musa memberitahu pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur disini.
Injunksi difailkan ditengah-tengah pertarungan undang-undang diantara kerajaan negeri dan Petronas, selepas saman difailkan pada April 2010 sebagai percubaan untuk mendapatkan pembayaran royalti diatas semua petroleum yang ditemui di pantai Kelantan.
Husam mendakwa rakyat Kelantan akan lebih berterima kasih jika pembayaran royalti RM12 bilion dilakukan daripada tujuh janji diberikan oleh perdana menteri.
Dalam lawatan ke Kelantan Ahad lepas, Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tujuh projek besar jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih Kelantan pada Pilihan Raya 2013.
Tujuh projek tersebut termasuk lebuhraya menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu, masjid bernilai RM50 juta dan stadium baru.
Husam mendakwa hampir kesemua projek diumum Najib sudah berada dalam perancangan dan sudah diumumkan kerajaan negeri, dan dengan mudah dilaksanakan jika pembayaran royalti RM12 bilion dibuat.
“Saya rasa hairan bagaimana penasihat-penasihat kepada PM tak boleh berikan satu tawaran yang lebih menyentuh hati rakyat,” kata Husam.
“Dia ingat rakyat Kelantan tak berapa cerdik, tapi rakyat Kelantan antara rakyat yang sedar politik.”
Husam menekankan keperluan untuk menambak empangan di Sungai Golok, untuk melindungi kawasan-kawasan seperti Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang daripada banjir.
Beliau juga mencadangkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baru untuk Kota Bharu bagi menggantikan lapangan terbang domestik semasa yang mengendalikan sehingga 40 penerbangan sehari.
Perlawanan undang-undang Kelantan dan Petronas berterusan dengan negeri memfailkan petisyen penggulungan terhadap Petronas.
Petisyen itu boleh menyebabkan Seksyen 218 (1) (e) Akta Syarikat 1965 digunakan, di mana syarikat yang tidak dapat membayar hutangnya diambil tindakan oleh mahkamah.- TMI
No comments:
Post a Comment