Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

19 May 2014

Macai Kantoi lagi ... hehehe


Konon nya Facebook Dyana Sofya la [calon DAP PRK Teluk Intan]
nak memfinah Abg Mat dan Dyana la
dah la ejaan nama Dyana Sofya pun salah [jadi Dyana Sofea] 
BI dia pun berterabur
tu pun jangan ada hati nak buat fitnah
Ni bro/sis hang pi belajar dulu la
baru boleh jadi pemfitnah
dasar macai
haramjadah sungguh

26 April 2014

Gambar fitnah Wan Azizah: Polis digesa bertindak pantas serupa kes Rosmah

KUALA LUMPUR 26 APRIL: Polis digesa mengambil tindakan segera berhubung penyebaran gambar dan berita fitnah kononnya Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.
Gambar yang tersebar di facebook dengan nama pemilik ‘Blue Wave Army’ itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.
azizah_kafanSekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.
Kenyataan di facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai ‘isteri kedua ketua pembangkang’ dan menggelarkannya sebagai ‘mujahidah bangsat’.
Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP) mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut.
“AMKPP mengutuk tindakan pemilik akaun facebook dengan nama ‘Blue Wave Army’ yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.
“AMKPP akan membuat laporan polis bermula hari ini,” kata Ketuanya, Dr Afif Bahardin dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius fitnah ini dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

18 February 2014

Blog salah guna gambar sebagai tertuduh yang dirogol - Sharifah Zarina


SHARIFAH ZARINA berharap agar pengendali blog lebih beretika dalam setiap laporan yang disiarkan.


LAMA sudah tidak bersua, namun khabar terkini mengenai penyanyi Sharifah Zarina di sebuah blog hiburan cukup mengejutkan peminat-peminatnya.
Pelantun lagu popular Langit Ketujuh itu dikatakan dipenjara atas kesalahan membunuh lelaki yang cuba merogolnya.
Bagaimanapun, setelah dihubungi Kosmo!, dia menjelaskan blog berkenaan telah menyalahgunakan gambarnya ke atas artikel yang tiada kaitan langsung dengan dirinya.
Artikel tersebut telah disiarkan sekitar bulan Januari lalu, namun Zarina hanya mula mengambil tindakan pada minggu lalu.

30 October 2013

Padi Jantan [Blogger Umno] diarah bayar RM130 Ribu pada bekas SU ustaz Azizan

Sobbri Sudin (gambar), pengendali blog Padi jantan diarahkan mahkamah supaya membayar RM130 000 kepada bekas SU Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Muhammad Sanusi Md Nor kerana menfitnah.

Dia diarah membayar gantirugi am sebanyak RM100,000 dan kos sebanyak RM30,000 dalam tempoh sebulan. 

Mahkamah mengambil kira kedudukan plaintif sebagai bekas SU MB serta penglibatan dalam parti politik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas dan Ketua Penerangan Pas Kedah, selain fitnah yang dibuat melalui internet, keluarga plaintif yang menanggung kesannya, kata Pesuruhjaya Kehakiman, Abu Bakar Katar dipetik Sinar Harian.


Muhammad Sanusi yang ketika itu SU Politik Azizan memfailkan saman fitnah pada 27 Febuari berhubung laporan blog pada 22 Julai 2012, kerana mengaitkan dirinya dengan rasuah bernilai RM1.3juta, selain didakwa berada dalam lokap SPRM Kedah.

Dakwaan itu bersifat fitnah kerana ketika itu, beliau hadir pada program MB menyampaikan sumbangan Ramadan di Masjid Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar. 

19 December 2012

Pergaduhan di Sg Petani - Blogger UMNO bertanggungjawab sebar fitnah


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.
Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.
“Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,” katanya kepada Keadilan Daily.

01 May 2012

Fitnah jahat Umno berulang menjelang PRU 13 - Azmin

KUALA LUMPUR 1 Mei: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali mengecam keras fitnah yang disebarkan blog pro Umno bertujuan mengaibkannya dan keluarga.
Beliau berkata, fitnah itu ulangan menggunakan modus operandi sama yang diguna terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya amat kesal memandangkan tindakan ini (fitnah terbaru skandal seks) adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya.
“Ia kemudian disusuli dakwaan pemilikan saham, dituduh menghina Raja-Raja Melayu dan baru-baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam himpunan aman Bersih 3.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam fitnah terbaru itu, seorang lelaki yang didakwa sebagai Azmin bersama seorang wanita melakukan aksi seks di dalam tandas.

05 May 2011

Fitnah lucah: Pemerintah di Malaysia ‘mandul’, dayus- Teras

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-Barisan Nasional disifatkan mandul dan dayus kerana membiarkan gejala fitnah dan lucah berleluasa, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid.

Kata Azmi, sikap berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan membendung gejala itu, merendahkan nilai dan norma masyarakat selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan.

“Institusi agama Islam termasuk perundangan dan pihak berkuasa Malaysia diibaratkan seperti orang yang telah ‘mandul’ dan ‘dayus’ kerana tidak mampu mengambil sebarang tindakan berhubung gejala fitnah yang berleluasa.

17 April 2011

Pemimpin Islam digesa elak Politik Fitnah - Saf Anti Fitnah

Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani
April 17, 2011

mereka yang terlibat dalam fitnah bukan sebahagian daripada komuniti Islam.

KUALA LUMPUR, 17 April — Golongan ulama hari ini membuat pendirian menggesa pemimpin-pemimpin Islam mengelak daripada terlibat dalam politik fitnah atas alasan ia bertentangan dengan Islam dan boleh mengaibkan orang lain.
Anggota gerakan Saf Anti Fitnah (SAF) mendakwa ahli-ahli politik terlalu ghairah untuk menggunakan fitnah lucah terhadap pesaing-pesaing politik mereka.
Kata mereka, dakwaan palsu bukan sahaja membawa impak buruk ke atas soal maruah mangsa, malah ke atas keseluruhan masyarakat.
Jurucakap SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, media mempunyai peranan besar dalam menghentikan penyebaran fitnah sedemikian.
“Media khususnya media arus perdana harus mengelak daripada terlibat dalam budaya fitnah menjatuh dan mengaibkan seseorang sama ada menerusi berita ataupun temu bual.
“Media juga seharusnya tidak bersubahat dalam menyebarkan fitnah dan mencetuskan keraguan di kalangan masyarakat Islam,” kata beliau pada satu forum yang diadakan di sebuah masjid di Ampang.
Malah kata beliau, media juga seharusnya mengamalkan prinsip kewartawanan yang beretika dan profesional.
Mohd Azmi juga menafikan pemimpin-pemimpin agama mengambil sikap membisu dalam isu berkaitan video seks, yang didedahkan “Datuk T”, yang lelaki dalam aksi seks adalah mirip seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Sebaliknya kata beliau, media tidak membolehkan pihaknya memberi pandangan mereka.
“Mereka yang membenarkan dan tidak mengatakan apa-apa mengecam fitnah juga bersalah tidur atas katil syaitan,” katanya.
Rakaman video seks itu didedahkan oleh “Datuk T” oleh bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuiab Lazim tiga bulan lalu.
Laporan media hari ini juga menyebut siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan “Datuk T” itu, mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, bekas mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya berkata, Nabi Muhammad s.a.w berkata mereka yang terlibat dalam fitnah bukan sebahagian daripada komuniti Islam.
“Adalah sesuatu yang mengarut apabila beliau (Abdul Rahim) mengatakan yang beliau mendedahkan video seks demi kebaikan masyarakat. Ia menunjukkan bahawa beliau tidak faham Islam,” katanya.
Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir juga menekankan bahawa rakaman video tidak boleh digunakan di mahkamah syariah memandangkan soal ketulenan boleh dipersoalkan.
“Tidak pernah video atau foto digunakan sebagai bukti dalam tuduhan berzina. Malah, penggunaan DNA juga tiada konsensus di kalangan ulama.
“Secara peribadi, DNA hanya dibenarkan jika ujian makmal dikendalikan oleh seorang Muslim yang alim,” katanya lagi. TMI

29 March 2011

Tidak mustahil fitnah dikembalikan kepada tuannya


Ismail Hashim

SHAH ALAM, 28 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan umat Islam jangan mengejutkan fitnah yang sedang tidur kerana bahayanya akan menimpa semua orang. Menurutnya, Allah SWT menyatakan kejahatan fitnah bukan hanya terkena orang zalim sebaliknya akan terkena sesiapa sahaja.

Katanya, fitnah apabila melanda dalam masyarakat adalah seperti malam gelap gelita dan sesiapapun sudah tidak dapat membezakan siapa yang ada di hadapannya.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Maghrib dalam majlis Solat Hajat dan Pidato Khas anjuran Pakatan Rakyat yang sedang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini.

Tuan Ibrahim berkata sifat fitnah, ia hanya laku ketika awal sahaja selepas itu, ia akan ditolak oleh masyarakat dan rakyat. Beliau mengaitkan fitnah isu video seks yang ditolak selepas sahaja saiz perut pelakon kelihatan berbeza.

"Kerana itu, dalam hal ini kita kena menjaga perut kita kerana kini ia sudah menjadi bahan bukti. "Dalam zaman teknologi tinggi kini, jika perut atau bahu kelihatan berbeza, keadaan ini masih boleh dibaiki dengan editan dalam waktu sekejap sahaja," tegasnya.

Disiplin Islam, ujarnya, menegaskan setiap berita apabila ia datang wajib dikaji selidik terlebih dahulu, bukan tayang baru hendak dikaji.

Inilah yang menyebabkan berlakunya fitnah besar, ujarnya, melibatkan maruah termasuk keluarga dan sanak saudara. "Tidak mustahil untuk Allah kembalikan fitnah itu kepada tuannya dan jadikan fitnah itu sebagi sumber kebangkitan rakyat," katanya.

Sementara itu selepas solat Isyak tadi, berlangsung solat hajat yang diimamkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut berlangsung sekarang ini adalah pidato khas oleh pimpinan PR seperti Presiden PAS sendiri, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. - HD

20 January 2011

Pertemuan blogger pro-PR dgn TGNA dapat RM500, Laptop, Broadband, Blackberry? hahaha

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.

KLToday.com melaporkan Tarmizi yang juga penyelaras majlis makan malam bersama kerajaan negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu negara mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, “Suara Dari Bumi” pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

Tarmizi mendakwa taktik-taktik jahat ini adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.

Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger ’pemfitnah’ pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Tarmizi juga menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur . Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker DUN Kelantan. - HD
MS: Kalau tak kaki fitnah bukan papagomo. Apa yang dia xfitnah. macam-macam. Yg terbaru calon PAS di Tenang cik gu Normala dikatakan berzina. ... "menuduh wanita baik melukan zina adalah salah satu DOSA BESAR" .... hati hati papa gomo ...

24 December 2010

Fitnah Zina Adun Selinsing : PAS Kelantan akan saman blog

KOTA BHARU, 24 Dis: PAS Kelantan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web, blog dan individu yang menyebar dan terlibat dalam penyebaran fitnah terhadap Adun Selising, demikian dijelaskan oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Muhammad Fadzli Hassan.

Beliau berkata tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya diambil tindakan.

“Kita sedar, PRU sudah semakin hampir dan dengan kemudahan internet serta teknologi moden, pihak yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan bahan ini untuk membuat dan menyebarkan fitnah kepada kita dan ia akan dipantau”ujar beliau.

Dr.Muhammad Fadzli juga berkata umno-BN kini sudah tidak mampu untuk berlawan secara ideologi maka kaedah fitnah melalui “ Character assassination” digunakan.

Menurut beliau lagi pelbagai fitnah dilemparkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini PAS juga telah dijadikan mangsa fitnah mereka.

“PAS ingin mengingatkan rakyat agar tidak mudah termakan fitnah yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab”Kata beliau lagi.

Semalam Harakahdaily melaporkan cabaran yang dibuat oleh Adun Selising Drs.Saipul Bahrin Mohamad terhadap mana-manap pihak yang menyebarkan fitnah membawa bukti dalam kes “berzina” tersebut - HD

12 December 2010

Fitnah jelek SB Malaysia dan agensi perisikan Singapura — Mohamed Azmin Ali

December 12, 2010 — Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier politik Anwar.

Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.

Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan.

Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut.

Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.

Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil - TMI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive