19 December 2012

Pergaduhan di Sg Petani - Blogger UMNO bertanggungjawab sebar fitnah


(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.
Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.
Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.
“Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini,” katanya.
Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian. Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.
“Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman,” tegas beliau.
“Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai,” serunya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41417

1 comment:

Anonymous said...

Orang politik sama saja 2x5.. 5x2.. dua2 sama… engkau kata dia..dia kata engkau…aku rakyat biasa yang tak masuk mana2 parti politik tak boleh mudah percaya.. korang nak buat perhimpunan…nak bangkit ke apa ke… tolong jangan sesakkan lembah kelang yang sedia sesak… aku bosan tak dapat keluar nak buat apa2 urusan… tolong ye… pergi buat jauh2 tempat yang tak sesak macam di lembah kelang…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive