24 July 2014

80% pilih Abdul Khalid kekal jawatan MB

Oleh: LIZAWATI MADFA
SHAH ALAM, 24 JULAI: Rakyat Selangor terus menzahirkan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu berkenaan jawatan Menteri Besar.
Melalui satu ‘polling’ yang mula dilakukan sejak semalam di poll.pollcode.com, Abdul Khalid terus mendahului dengan peratusan yang tinggi.
polltskiSetakat jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Dengan ‘caption’ Suara Rakyat Selangor, undian itu turut meletakkan tiga pilihan lain iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Azmin Ali dan pilihan terakhir iaitu semua DUN dibubarkan.
Wan Azizah hanya beroleh 399 undian (11%), Azmin 75 (2%) sementara 241 lagi (7%) memilih untuk DUN Selangor dibubarkan.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR memutuskan memilih Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor untuk melengkapkan ‘Langkah Kajang’ bagi menggantikan Abdul Khalid, pada 21 Julai lalu.
Khalid-Ibrahim-SELANGORPengumuman yang dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun menerima reaksi kurang senang di kalangan rakyat yang mempersoalkan keperluan pertukaran itu.
Tinjauan Selangor Kini semalam mendapati kebanyakan rakyat menuntut penjelasan dan alasan Abdul Khalid perlu diganti memandangkan beliau mempunyai ‘track record’ cemerlang dan bersih sehingga kini.
-NFN-

Pemuda PAS pilih Khalid

Syarhan Humaizi Abdul HalimPemuda Pas Selangor hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan mengingatkan sebarang usaha mengganti dan melantik menteri besar baharu mesti mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, PR tidak boleh menafikan kecemerlangan perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada PRU13 lepas.
“Kami menyokong penuh kenyataan Persuruhjaya Pas Selangor Ir Iskandar Samad yang menegaskan bahawa Abdul Khalid perlu dikekalkan sebagai MB Selangor.
“Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada PR di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Syarhan turut mengingatkan kepada pihak yang terlibat dalam isu percaturan menteri besar ini agar tidak bertindak semberono.
“Pemuda Pas Selangor mengingatkan pihak yang bersungguh dalam ‘movement’ ini agar tidak gopoh hanya kerana ingin meraih untung secupak tetapi rugi segantang.
“Amanah yang terhampar untuk kita fokus dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat jangan dipersiakan, ayuh kita usahakan agar Pakatan Rakyat sentiasa terkehadapan dalam menunaikan tanggung jawab ini,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu bersetuju untuk memilih Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive