24 July 2014

Kumpulan pertama mayat mangsa MH17 disambut penuh istiadat di Belanda

Kumpulan pertama mayat nahas MH17 tiba di Belanda dengan sambutan istiadat dan deretan orang ramai. Gambar fail Reuters. 
Kumpulan mayat pertama daripada pesawat Malaysia Airlines MH17 tiba di Belanda malam tadi, kira-kira seminggu selepas pesawat malang itu ditembak jatuh di ruang udara Ukraine ketika konflik meletus semula di kawasan terhempasnya pesawat itu.
Tentera Belanda yang beruniform lengkap menerima 40 keranda kayu berisi mayat mangsa yang ditempatkan satu persatu di lapangan terbang Eindhoven di selatan negara itu dalam majlis penuh istiadat sebagai penghormatan terakhir dengan orang ramai berbaris di kiri dan kanan jalan.
Majlis dua jam itu disiarkan ke seluruh negara dan dunia dalam suasana amat berbeza di kawasan kejadian yang penuh dengan suasana kelam kabut selepas kejadian itu.
Loceng gereja dibunyikan di seluruh Belanda ketika pesawat yang membawa kumpulan pertama mayat yang belum dikenal pasti itu mencecah bumi negara itu di mana kebanyakan mereka adalah rakyat Belanda.
Dalam perkembangan terkini yang penuh dramatik, Kiev mendakwa peluru berpandu itu ditembak Rusia - dakwaan yang dibuat Barat untuk melakukan provokasi terhadap kemusnahan MH17 - juga menembak jatuh dua kapal terbang mereka di kawasan kejadian yang dikawal kumpulan pemberontak pro Rusia.
Rakyat Belanda bersatu dalam kesedihan dan kemarahan mereka semakin memuncak kerana tertangguhnya usaha mendapatkan kembali mayat mangsa dan cara pemberontak pro Rusia mengawal kawasan kecelakaan itu, mayat mangsa dan barangan milik peribadi mereka.
Pesawat itu meninggalkan Kharkiv di Ukraine, di mana mayat itu dibawa oleh tentera.
Kira-kira 1,000 keluarga 193 mangsa rakyat Belanda berkumpul di lapangan terbang termasuk Raja Willem-Alexander dan Queen Maxima, Perdana Menteri Mark Rutte dan wakil negara yang terlibat menyambut ketibaan pesawat itu.
Mayat itu kemudiannya dibawa ke makmal tentera di Hilversum, selatan Amsterdam, di mana pakar forensik akan mengenalpasti mereka.
Bendera 17 negara yang kehilangan rakyat mereka dikibarkan separuh tiang di lapangan terbang itu.
MAS memaklumkan 11 kewarganegaraan dalam senarai penumpang tetapi sebahagian mereka mempunyai dua kewarganegaraan.
Jalan sepanjang 100 km dari Eindhoven ke Hilversum ditutup bagi membolehkan konvoi panjang itu melaluinya, dengan orang ramai berkumpul di atas jejantas dan melemparkan bunga ke atas kenderaan limosin yang membawa mereka.
Masa bertafakur seminit juga dibuat di seluruh negara di mana tiada kapal terbang dibenarkan berlepas atau mendarat di lapangan terbang Schiphol, di mana pesawat malang MH17 berlepas enam hari sebelum itu menuju Kuala Lumpur.
Kumpulan kedua mayat dijangka tiba di Belanda pada Khamis, iaitu sebahagian lagi daripada 200 mayat yang diterima, kata pegawai Belanda di Ukraine.
Rutte sudah memberikan amaran, mungkin tempoh sebulan diperlukan sebelum semua mayat dikenal pasti.
Polis Belanda beberala kali datang untuk mendapatkan sampel DNA seperti sikat, butiran tatu dan cap jari, di samping rekod perubatan dan pergigian, untuk membantu proses kenal pasti mayat.
Kotak hitam pesawat itu sudah dihantar kepada pakar analisis di Britain, dan penganalisis Belanda berkata semalam, mereka Berjaya memuat turun data daripada perakam suara kokpit dan tiada bukti menunjukkan peralatan itu diganggu.
Perakam data penerbangan itu akan dianalisis hari ini, kata penyiasat.
Kiev berkata, Belanda dan negara lain yang kehilangan rakyat dalam kejadian itu bercadang untuk menghantar polis untuk mengawal keselamatan di kawasan itu, kerana bimbang bukti tercemar.
Presiden Rusia Vladimir Putin berjanji “melakukan segalanya” untuk mempengaruhi puak pemisah dan memastikan siasatan menyeluruh.
Pegawai risikan AS berkata mereka percaya pemberontak tersilap tembak pesawat malang yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan peluru berpandu.
Kegasanan meletus lagi semalam di zon nahas di timur Ukraine, dan Kiev berkata dua jet pejuangnya ditembak dengan peluru berpandu dari Rusia.
“Menurut maklumat awal, senjata itu dilancarkan dari wilayah Rusia,” kata Majlis Keselamatan Negara dan Pertahanan Ukraine.
Jurucakap yang mendakwa sebagai Republik Rakyat Donetsk memberitahu AFP jet pejuangnya menembak jatuh dua pesawat.
Kedua-dua juruterbang berjaya keluar daripada pesawat Su-25 menggunakan payung terjun kira-kira 45 kilometer di lokasi MH17 terhempas ke sempadan Rusia.
Insiden itu berlaku ketika Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata ia menganggap Ukraine berada dalam keadaan perang saudara, dan memberi amaran kepada kedua-dua pihak supaya mematuhi Konvensyen Geneva.
Putin berdepan hukuman baru Eropah seminggu selepas pendedahan mengenai pembabitannya dalam krisis di Ukraine, yang mendinginkan ketegangan di Timur-Barat pada tahap paling bawah bagi tempoh lama.
Wakil Kesatuan Eropah dijangka mengadakan pertemuan di Brussel hari ini untuk berbincang menambah senarai individu yang perlu menerima hukuman.
Askar kerajaan Ukraine bertahan dalam pergelutan kuasa untuk mengawal kawasan perindustrian di timur Ukraine daripada kumpulan pemisah pro-Moscow. – AFP, 24 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kumpulan-pertama-mayat-mangsa-mh17-tiba-di-belanda-disambut-penuh-istiadat#sthash.vuaLOYnm.dpuf

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive