18 October 2014

Azmin nafi ada perjanjian lantikan MB ..


  • Azmin AliAzmin Ali
 1 / 1 
KLANG - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan wujudnya perjanjian bersyarat antara beliau dan PKR berhubung pelantikannya.

Beliau dalam pada itu menegaskan, pelantikannya sebagai menteri besar adalah keputusan parti.

“Tak adalah. Itu keputusan parti,” katanya selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang.


Sebuah blog mendedahkan satu surat yang ditulis Setiausaha Agung PKR, Mohamed Rafizi Ramli kepada Mohamed Azmin yang menyatakan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Surat tidak bertarikh itu, mensyaratkan PKR berhak memecat Mohamed Azmin daripada jawatan menteri besar jika tidak mengikut arahan parti.

Surat yang diutuskan melalui emel itu didakwa ditujukan kepada Ketua Umum PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Namun, penulis blog itu mendakwa Azmin sehingga sekarang tidak menandatangani surat perjanjian itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive