11 July 2014

MB Khalid bakal tinggalkan PKR sertai Umno?

 | July 11, 2014
Spekulasi bahawa Khalid Ibrahim akan meninggalkan PKR tidak seharusnya timbul kerana beliau hadir atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Selangor
najib_tweet_khalid_300PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ini berikutan kehadiran Khalid semalam di majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak anjuran Umno Selangor.
“Pada saya itu perkara biasa dan tidak perlu timbul dakwaan seperti ini. Kita tidak boleh berfikir yang dia akan keluar parti hanya kerana beliau menghadiri majlis anjuran Umno.
“Mungkin Khalid telah mendapat jemputan daripada Najib untuk bersama-sama menghadiri majlis itu,” katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini, tiada masalah untuk mana-mana ahli PR untuk menghadiri majlis rasmi seperti ini.
“Jika terdapat dakwaan yang mengatakan Khalid bakal keluar daripada parti, kita kena tanya Khalid sendiri,” jelasnya.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Kasim Abdul Aziz,  terpulang kepada Khalid untuk beliau menghadiri mana-mana majlis anjuran Umno.
“Itu perkara biasa dan tidak perlu timbul isu mengenai kehadirannya di majlis itu,” katanya.
Mengenai dakwaan yang mengatakan Khalid akan keluar dari parti, beliau enggan mengulas.

1 comment:

Anonymous said...

Itulah saja yang ada dalam hati sanubari orang politik yang takut dengan bayang-bayang sediri,bila DSAI makan bersama Najib tidak pula disyaki yang Anuar sudah mahu berubah selera dari PKR dan kembali semula kepangkuan UMNO ,bila TSKI baru sekali hadir kejemputan Najib juak-juak yang memusuhi TSKI sedah mula mensyaki untuk belaui lari dari PKR apakah semudah itu yangakan diambil oleh TSKI hanya kerana tidak berjaya dalam juangan beliau dalam PKR bodoh benar beliau jika berbuat demikian. hanya pemimpin PKR yang hati mereka rosak saja yang bekemungkinan berfikir sedimikian rupa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive