01 October 2014

Politik dendam: Bantuan di kawasan Khalid dibekukan

1 OKT : Jika benar dakwaan Pegawai Khas Adun Pelabuhan Klang Faekah Hussin bahawa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Mohamad Azmin Ali membekukan bantuan kepada kawasan diwakili Tan Sri Abdul Khali Ibrahim, ianya tentu ‘politik dendam’.
Faekah mendakwa Menteri Besar baru itu mengarahkan Bendahari Negeri Selangor meminta bank membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi parlimen Bandar Tun Razak dan DUN Pelabuhan Klang pada 25 September lalu.
“Nampaknya Menteri Besar baru mahu menghukum bukan sahaja Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
“YAB Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri,” kata Faekah yang juga bekas ketua pegawai eksekutif MBI.
Dalam kenyataannya Faekah menganggap tindakan itu sebagai “tindakan keras dan politik dendam” kepada Khalid yang berkhidmat kepada rakyat, parti dan Pakatan Rakyat sebelum ini.
khalid dan faekahM”Saya percaya ia dibuat atas arahan Azmin,” katanya menerusi kenyataan.
Beliau yang juga Penyelaras DUN Pelabuhan Klang berkata, tindakan itu jelas menafikan segala jasa Khalid yang selama lebih 6 tahun menerajui Selangor ekoran politik dendam yang disemai Azmin.
“Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.
“Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi,” katanya.
sultan selangorSehubungan itu, Faekah mendesak Azmin memberi penjelasan munasabah berhubung arahan tersebut untuk tidak dilihat rakyat sebagai politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid.
“Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang lama berputik dan semakin merebak  semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’,” katanya.
Faekah juga mendakwa bahawa tindakan itu menempelak titah Sultan Selangor yang menasihatkan kepimpinan Azmin agar mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.
“Nampaknya menteri besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
azmin 2“Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada UMNO tetapi kepada rakan sekutu yang sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus-lumus memperkasa program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya.
Apa pun, sama-sama kita ikuti perkembangan kisah terbaru ini samada Azmin akan mengaku mengeluarkan arahan itu kerana dipersetujui oleh kepimpinan PKR atau menafikannya.
Yang pasti, jika dakwaan Faekah itu benar maka tentunya rakyat boleh membuat pelbagai andaian sehinggalah penjelasan mengenainya dibuat Azmin sekaligus menjawap pula persoalan samada Azmin di’remote control’ oleh mentornya atau Azmin, Menteri Besar yang tahu membezakan urusan politik parti dan pentadbiran kerajaan negeri.

3 comments:

mosabit said...

sap dendam siapa ni..pompuan ni sentiasa buat onar...kah kah

Anonymous said...

Kalaulah kenyataan ini benar, alangkah kotor dan hinanya dunia pengamal politik picisan ini. Tapi barulah beberapa detik saja pentadbiran Selangor yang baru ini dah pun ternilai sedemekian rupa. Ternyata manusia-manusia kecewa politik ini bersemarak dengan laknat dendam yang tidak berkesudahan.

Ridd said...

Macam mana Faekah tahu akaun tersebut dibekukan.
Orang yang hidup pernah buat salah, apa saja yang orang lain lakukan mesti tak kena pada pandangannya.
Sudah2lah Faekah.... pergi register parti baru. PRU14 masuk jadi calon, klu menang jerit lah kuat kuat dalam DEWAN.

FAEKAH yg tak insaf...pitty Her....dude.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive