Showing posts with label Meninggal dunia. Show all posts
Showing posts with label Meninggal dunia. Show all posts

05 April 2015

Bapa Anwar Ibrahim Meningal Dunia


Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 8:00 AM

Gambar fail: Datuk Ibrahim Abdul Rahman (kanan) memegang pipi anaknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan meliwat, kali pertama pada 1998.

PETALING JAYA: Bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Ibrahim Abd Rahman meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi Ahad.

Berita berkenaan dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi akaun Facebook peribadinya.

"Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Jangkaan setakat ini pengebumian di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, selepas Zohor, InsyaAllah.

"Kali pertama Anwar dipenjara beliau diuji dengan pemergian ibunda beliau dan juga pemergian ustaz (Datuk) Fadhil Noor. Kali ni diuji pula dengan pemergian Datuk Nik Abdul Aziz dan kini, ayahanda beliau," demikian tulis Dr Wan Azizah.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh bagi menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

13 February 2015

Al Fatihah .... Perginya Seorang Pengulas Sukan Terkenal @ Datuk Hasbullah Awang




alt


SHAH ALAM 13 Feb - Reda menerima suratan takdir, anak bongsu Allahyarham Datuk Hasbullah Awang mengakui tidak akan ada individu lain di dunia yang dapat menyamai sifat ayahnya yang terlalu baik.

"Sumpah, mati hidup balik pun saya tidak akan jumpa orang seperti ayah. Mungkin semua orang akan cakap begitu, tetapi bagi saya beliau insan yang terbaik.

"Beliau terlalu mengambil berat dalam semua perkara, mungkin kerana kami empat beradik semuanya perempuan," luah Noniana,33 tahun.

Allahyaraham Hasbullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pukul 12.20 tengah hari Khamis selepas mengalami komplikasi masalah jantung.

Menurut Noniana, ketika ayah tersayang menghembuskan nafas terakhir, kakaknya yang juga anak ketiga, Loliana, 34, berada di sisi, manakala beliau sedang mengikuti kursus ketika itu.

"Memang berita ini mengejutkan kami semua walaupun sudah dimaklumkan oleh doktor mengenai keadaannya," katanya segalanya bermula apabila ayahnya jatuh dan menjalani rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke IJN.

Susulan itu, katanya, pihak keluarga bercadang melakukan pembedahan pintasan jantung, bagaimanapun doktor tidak mengizinkan kerana risiko tinggi.

"Kami semua reda di atas permergian ayah," jelasnya dalam keadaan sebak sambil menambah arwah tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum meninggal dunia.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Datin Hazida Alang Ahmed,58, yang kelihatan tenang berkata, arwah mengadu sakit kaki selepas pulang mengerjakan umrah bulan lalu dan berpunca daripada komplikasi penyakit jantungnya.

"Walaupun tahu keadaan beliau di saat-saat akhir, tapi jauh di sudut hati saya masih mengharapkan dia sembuh," jelasnya ketika ditemui sebaik sahaja pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kota Kemuning selesai.

Hazida berkata, doktor di IJN memaklumkan Allahyarham mengalami serangan jantung dua hari sebelum ke hospital namun tidak disedarinya.

"Akibatnya dua saluran darahnya sudah mengeras dan pada hari berikutnya doktor memberitahu ketiga-ketiga saluran darahnya tidak berfungsi.

"Jadi memang pembedahan tidak boleh dilakukan sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir. Arwah pergi dengan tenang," katanya.

Dalam masa sama, Hazida juga menyifatkan suaminya seorang yang arwah seorang yang suka bekerja, merendah diri dan gemar membantu orang lain, lebih-lebih lagi berkaitan kerjanya.

"Kami sama-sama bekerja di RTM sebelum beliau bertukar ke tempat lain dan tahu perangainya yang suka menolong serta tidak kedekut ilmu," tambahnya.

15 December 2014

Hero Filem Melayu Klasik, Mustapha Maarof Meninggal Dunia Hari Ini


KUALA LUMPUR: Seniman filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju jam 8.38 pagi tadi.
Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.
Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang yang dijangka selepas Zuhur.
Suami kepada Allahyarhamah Roseyatimah dikenali dengan filem seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

13 August 2014

Pelawak Maidin meninggal dunia ... Al Fatihah


 1 / 1 
PELAWAK veteran yang terkenal dengan lakonan dalam filem Anak Mami, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi.
 
Menurut seorang anggota keluarganya yang enggan dikenali, Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun.    Allahyarham yang terkenal dengan panggilan Mamu Maidin itu
meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim, lima anak serta tiga orang cucu.
 
Allahyarham yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, Pulau Pinang itu mula bergiat dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya sekitar 1950-an.
 
Allahyarham yang popular dengan lakonannya di dalam filem Anak Mami pernah membintangi sitkom Salam Pantai Timur dan pernah memenangi anugerah Aktor Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi drama Pinang Durian. - Bernama

05 July 2014

Sharifah Aini Meninggal Dunia ... Al-Fatihah


Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 3:20 AM

PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara dekat sini.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini pada Selasa lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan.

Al Fatihah ... Takziah buat keluarga

15 May 2014

Penyanyi Era 80-an Adam Ahmad Meninggal Dunia


Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 7:30 AM


Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi Khamis.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Adam Ahmad, 50, yang popular era 1980-an dengan laguKau Pergi Jua selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai  Ampang dekat sini sekitar pukul 11.30 pagi Khamis.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jangkitan kuman pada paru-paru kira-kira pukul 12.15 malam Khamis.

Gambar Adam Ahmad bersama isterinya Norliza.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak menciptla lagu-lagu hit seperti  Di Hari Persandingan Mu dan  Di Pantai Cinta Berahi  nyanyian Yunizar Hosein.

Lagu Janji Manismu nyanyian Aishah dan ditulis oleh beliau pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-5 pada tahun 1990 manakala lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff turut merebut gelaran yang sama pada 1993 (AJL ke 8).

Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 19 Disember 2010 ketika berusia 46 tahun dengan seorang janda beranak dua iaitu Norliza Ayat, 46.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang dekat sini.

07 May 2014

Al Fatihah ... 'Pak Cik Jamal' meninggal dunia


Personaliti televisyen veteran, Jamal Muhamad, yang lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya di Putrajaya hari ini.
  
Jamal, 75, meninggalkan seorang isteri Zainab Serat, 67, dan tiga orang anak.
  
Anaknya Sheila berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di wad unit rawatan rapi (ICU) kira-kira 11 pagi setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak semalam setelah mengadu sesak nafas.
  
Pak Cik Jamal sebelum ini dilaporkan beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi jantung dan paru-paru serta sakit tulang belakang.
  
Jamal ialah personaliti televisyen popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM pada era 80-an.
  
-Bernama

01 May 2014

Artis : Al Fatihah - Kartina Dahari meninggal dunia




Diterbitkan: Khamis, 1 Mei 2014 2:18 AM
kartina dahari 1
Gambar kenangan ketika zaman muda, Kartina Dahari (kiri) bersama teman baiknya Datin Paduka Julie Sudiro.

SINGAPURA: Penyanyi veteran iaitu Kartina Dahari meninggal dunia di Braddel sini kira-kira pukul 6 petang Rabu.

Ratu lagu-lagu keroncong itu dipercayai meninggal dunia akibat penyakit barah.

Beliau berusia 73 tahun.
Kartina Dahari
Kartina Dahari

Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan untuk para peminatnya ialah di Konsert Sayang Di Sayang terbitan Esplanade Teater Di Pesisiran sempena Pesta Raya 2013.

Kartina ialah antara biduanita Melayu era 1960-an hingga 1980-an.

Beliau juga pernah berduet dengan Allahyarham Datuk Ahmad Jais menerusi lagu Budi Setahun Jagung  dan Sejak Kita Berpisah.
Allahyarham meninggalkan tiga orang anak dan jenazahnya akan dikebumikan pada Khamis.


28 April 2014

Artis : Al-Fatihah, Sidek Hussain 63 meninggal dunia

  • Sidek Hussain meninggal duniaSidek Hussain
 1 / 1 
PELAKON Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 11.55 malam tadi, akibat kanser tahap empat.

Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser di pipinya semakin serius dan komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Allahyarham pernah membintangi filem Karak terbitan KRU Studios dan beberapa lagi filem tempatan.

Al-Fatihah.

18 April 2014

Al Fatihah ... Pengacara terkenal era 70an, 80an, Taufik Latif, 69, meninggal dunia


SUBANG JAYA: Pengacara terkenal era 70an dan 80an, Taufik Latif, 69, meninggal dunia di Pusat Perubatan Sime Darby, di sini, kira-kira jam 12 tengah malam tadi akibat masalah jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Jenazah akan dikebumikan di Kg Bandar Dalam, Sentul jam 11 pagi ini. [18/4/14]

Kuala Lumpur, 18 April
Taufik Latif telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.45 malam tadi. Jenazah akan dibawa ke rumah bondanya di Lot 588, Off Persiaran Pelangi, Kampung Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur untuk urusan pengebumian.
Taufik membina populariti sekitar tahun 1975 hingga 1986 menerusi pertandingan Bintang RTM yang dikendalikannya.
Ketika itu, mendengar suaranya, sudah cukup membuatkan peminat pertandingan itu akan mengadap TV dari awal hingga ke akhir rancangan.
Setiap kali muncul di kaca TV, Taufik tidak akan mengabaikan penampilan. Dia sentiasa dilihat bergaya dengan kot dan bertali leher serta sepatu bertumit (cukup popular di era 1970-an).

27 March 2014

ARTIS : Datuk Ali Mamak meninggal dunia


  • Ali Mamak Ali Mamak
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor.

Al-Fatihah.

22 January 2014

Al Fatihah ... Komposer Kassim Masdor meninggal dunia


Kassim Masdor
PETALING JAYA: Komposer zaman filem-filem Shaw Brothers iaitu Kassim Masdor, 76, meninggal dunia pada Selasa di Singapura.
Cucu Allahyarham Muhammad Kazhendra Kaskazan, 27, berkata, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma.
Bagaimanapun katanya, pada malam Selasa keadaannya semakin kritikal sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.
“Atuk tidak pernah menunjukkan ciri-ciri dia mempunyai penyakit sehinggalah dia dimasukkan ke hospital kira-kira empat hari lalu. Keadaannya semakin lemah sehinggalah kami dikejutkan dengan pemergiannya,” kata Muhammad Kazhendra.
Kassim yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit.

17 December 2013

Artis : Azean Irdawaty meninggal dunia ... Al Fatihah

Siapa boleh lupa ungkapan... "Lihatlah dunia, aku anak wayang..." yang dilafazkan oleh Seniwati Azean Irdawaty tatkala memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 1980.

Ia bukan ungkapan untuk bermegah-megah, tapi satu penyataan kepada dunia, yang selama ini memandang rendah kepada 'anak wayang' dan Azean membuktikan sebaliknya.

Beliau merupakan lagenda filem Melayu selepas zaman P Ramlee. Lakonan beliau mempunyai kelas tersendiri dan mendapat pujian penonton sehingga digelar primadona filem Melayu.

06 December 2013

Nelson Mandela Meninggal Dunia


Nelson Mandela
BEKAS Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, meninggal dunia pada usia 95 tahun di rumahnya, Johannesburg selepas hampir tiga bulan menjalani rawatan jangkitan paru-paru.
Presiden Jacob Zuma mengatakan Mandela 'pergi dengan damai'.
"Bangsa kita kehilangan seorang yang terbaiknya," kata Zuma.
Sejak tahun 2004 Mandela sudah jarang dilihat masyarakat umum, namun pernah muncul seketika Piala Dunia Afrika Selatan 2010.
"Apa yang membuatkan Nelson Mandela agung adalah sikap sejatinya yang membuat dia sebagai manusia.
"Kita melihat dalam dirinya apa yang kita lihat di dalam diri kita," jelas Zuma ketika bersiaran di stesen TV Nasional.
Beliau meraih Nobel Perdamaian pada tahun 1993 dan terpilih sebagai presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan tahun 1994 sebelum mengundurkan diri setelah lima tahun memikul tanggungjawab tersebut.
Mandela juga dilihat sebagai satu ikon dunia dan pernah di penjara selama 27 tahun di bawah rejim aparteid Afrika Selatan.

02 December 2013

Al Fatihah - Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia

  • Datuk Mohd Fauzi ShaariBekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Fauzi Shaari
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang di Hospital Selayang di sini, malam ini.

Mohd Fauzi, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi hospital berkennaan, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya.

Jenazah Mohd Fauzi akan dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.

Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu. - Bernama

01 December 2013

Bintang 'Fast And The Furious' [Paul Walker] Maut Dalam Nahas Jalan Raya


Paul Walker
KHABAR duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California pada Sabtu.
Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.
Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup
Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.
Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar.

11 November 2013

Artis : Alfatihah... Ahmad Busu meninggal dunia

Ahmad Busu meninggal dunia akibat penyakit strok.
PETALING JAYA: Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.
Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.
"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.
"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.- mStar

22 October 2013

ARTIS ; Noreen Noor meninggal dunia

  • Noreen Noor meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
    PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
    Menurut penyanyi Norshila Amin, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
    "Pada mulanya saya tidak percaya arwah telah tiada tetapi berita tersebut telah disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu Shiba," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
    Jenazah akan dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor.
    Menurut Norshila, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada malam Isnin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini.
    "Hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahui keadaannya dan berita kehilangannya sangat mengejutkan kerana Allahyarham seorang yang ceria," ujarnya.
    Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu.
    Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talakpada tahun 1980.
    Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu SiangWira Angkasa danPelumba Malam.
    Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

07 September 2013

Artis : Maimon Mutalib Meninggal Dunia


Maimon Mutalib
PETALING JAYA: Dramatis Maimon Mutalib, 54, yang mengidap penyakit kanser payudara (tahap keempat) telah meninggal dunia pada pukul 2.30 petang Sabtu di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.
Berita itu telah disahkan oleh anak kedua pelakon tersebut iaitu Surayatul Nadia Keristifa, 32.
Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir ketika beliau tiba di rumah selepas dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini sekitar pukul 12 tengah hari Sabtu.
"Sudah empat hari lalu ibu dimasukkan wad dan dia sudah mula tenat sejak semalam (Jumaat).
"Kemudian pada tengah hari tadi (Sabtu), doktor meminta pihak keluarga untuk membawanya pulang," kata Nadia yang dihubungi mStar Online di sini pada Sabtu.
Tambah Nadia, dia turut memohon maaf sekiranya tidak menjawab panggilan mana-mana pihak yang ingin mendapatkan pengesahan pemergian ibunya itu kerana sibuk menguruskan jenazah.
Jenazah dijangka akan dikebumikan pada malam ini di kampung halamannya di Kg. Sialang, Tangkak, Johor.
Maimon atau nama sebenarnya Maimon Abdul Mutalib merupakan ibu tunggal kepada lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.
Antara filem-filem popular lakonannya ialah Qabil Khushry Qabil Igam, Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan Kum Kum, Chantek, dan Budak Pailang.
Allahyarham juga cukup popular dengan penampilan watak yang pelbagai menerusi ratusan drama di televisyen.

04 August 2013

Pelakon 80-an, Rosnah Mohd Noor Meninggal Dunia


Rosnah Mohd Noor
PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, iaitu Rosnah Mohd Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 2.55 petang Ahad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini.
Menurut rakannya, Zaridah Ishak, Allahyarham meninggal dunia di wad Onkologi hospital itu kira-kira pukul 2.55 petang Ahad.
"Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.
"Kami sedang berbincang," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online kira-kira pukul 3.30 petang Ahad.
Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Gambar fail yang dirakamkan pada Februari lalu menunjukkan Rosnah bersama keluarganya di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranyaHantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.
Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.
Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive