22 October 2013

ARTIS ; Noreen Noor meninggal dunia

  • Noreen Noor meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
    PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
    Menurut penyanyi Norshila Amin, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
    "Pada mulanya saya tidak percaya arwah telah tiada tetapi berita tersebut telah disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu Shiba," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
    Jenazah akan dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor.
    Menurut Norshila, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada malam Isnin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini.
    "Hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahui keadaannya dan berita kehilangannya sangat mengejutkan kerana Allahyarham seorang yang ceria," ujarnya.
    Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu.
    Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talakpada tahun 1980.
    Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu SiangWira Angkasa danPelumba Malam.
    Allahyarham meninggalkan dua orang anak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive