Showing posts with label Nasrudin. Show all posts
Showing posts with label Nasrudin. Show all posts

07 August 2014

Nasrudin Tantawi diberi tempoh 24 jam minta maaf pada Guan Eng




lge

GEORGE TOWN, 7 OGOS: Ahli Parlimen PAS Temerloh Dr Nasrudin Hassan Tantawi diberikan tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf kerana telah memfitnah kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


“Saya terkejut dengan serangan Nasrudin yang melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kepimpinan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan penganugerahan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
“Nasrudin mempunyai 24 jam untuk dengan jelas dan tanpa syarat meminta maaf kepada saya. Sekiranya gagal berbuat demikian, (bererti) dia berkelakuan tidak amanah dan tiada bezanya dengan UMNO,”
“Jika tidak, saya tiada pilihan lain melainkan melayan beliau seperti BN, dengan mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan fitnah secara terang-terangan,” katanya dalam sidang media di Komtar, hari ini.
Tantawi semalam dalam kenyataannya telah menuduh kononnya Terowong Dasar Laut adalah bernilai RM4.63 bilion dan kerajaan negeri telah menganugerahkan projek itu secara rundingan terus kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd.
Beliau mempersoalkan mengapa projek terowong itu tidak dikritik sepertimana projek KIDEX di Selangor.

19 September 2012

Filem Hina Islam : Apabila KJ berjalan bersilang lengan dengan Nasrudin Hassan, ....

oleh : NORDEN MOHAMED

 Liga Muslim mahu AS ambil tindakan
Orang ramai yang berhimpun di luar Masjid Kapitan Keling berdoa selepas membantah penerbiatan filem Innocence of Muslims.
Filem Innocence of Muslims, yang mempersenda Nabi Muhammad SAW  membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Di negara kita, demonstrasi dianjurkan di merata negeri dan daerah. Selain  jemaah masjid yang  berdemonstrasi selepas solat, beberapa NGO turut menyuarakan bantahan.

Memang  banyak provokasi  dilakukan terhadap umat Islam.  Tidak lama dulu, akhbar Denmark, Jyllands-Posten memaparkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad. Ahli politik Belanda, Geert Wilders, juga sering mencetus provokasi. Begitu juga, apabila Terry Jones, paderi sebuah gereja kecil di  Amerika Syarikat membakar al-Quran, demonstrasi demi demonstrasi bantahan diadakan.


Demonstrasi adalah salah satu cara memanifestasikan perasaan dan merakam bantahan mana-mana pihak yang menyokong atau menentang sesuatu perkara. Ia sihat dalam amalan demokrasi selagi ia tidak bertukar menjadi rusuhan tidak terkawal. Ia bagus selagi jawatankuasa anjur demonstrasi menjaga disiplin ahli. Ia baik selagi pemimpin demonstrasi itu sendiri tidak lepas tangan apabila sesuatu tidak diingini terjadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive