07 August 2014

Nasrudin Tantawi diberi tempoh 24 jam minta maaf pada Guan Eng




lge

GEORGE TOWN, 7 OGOS: Ahli Parlimen PAS Temerloh Dr Nasrudin Hassan Tantawi diberikan tempoh 24 jam untuk membuat permohonan maaf kerana telah memfitnah kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


“Saya terkejut dengan serangan Nasrudin yang melemparkan tuduhan tidak berasas kepada kepimpinan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan penganugerahan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
“Nasrudin mempunyai 24 jam untuk dengan jelas dan tanpa syarat meminta maaf kepada saya. Sekiranya gagal berbuat demikian, (bererti) dia berkelakuan tidak amanah dan tiada bezanya dengan UMNO,”
“Jika tidak, saya tiada pilihan lain melainkan melayan beliau seperti BN, dengan mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan fitnah secara terang-terangan,” katanya dalam sidang media di Komtar, hari ini.
Tantawi semalam dalam kenyataannya telah menuduh kononnya Terowong Dasar Laut adalah bernilai RM4.63 bilion dan kerajaan negeri telah menganugerahkan projek itu secara rundingan terus kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd.
Beliau mempersoalkan mengapa projek terowong itu tidak dikritik sepertimana projek KIDEX di Selangor.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu juga mendakwa tahun ini adalah tahun keenam Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan defisit belanjawan, terakhir sebanyak RM255.44 juta.
Menyelar dakwaan itu, Guan Eng menyatakan beliau tidak pernah membuat sebarang ulasan terbuka mengenai projek KIDEX atau penganugerahan rundingan langsung.
“Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk terjebak dengan permainan politik Nasrudin menyokong KIDEX.
“Nasrudin berbohong kerana projek terowong bawah dasar laut telah dianugerahkan melalui tender terbuka, bukan rundingan terus, dengan kos RM3.6 bilion, bukannya RM4.63 bilion seperti didakwa.
“Beliau juga berbohong kerana kerajaan negeri tidak pernah mengalami defisit belanjawan untuk sebarang tahun, tetapi sebaliknya mencatatkan lebihan belanjawan dan ia disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara,” tegasnya.
Mengikut Laporan Ketua Audit Negara, lebihan belanjawan Pulau Pinang meningkat dari tahun 2010 ke 2012 dan dijangka akan terus mencatat lebihan untuk akhir 2013.
Pada tahun 2010, lebihan belanjawan Pulau Pinang adalah sebanyak RM33 juta; 2011, RM138 juta dan 2012 sebanyak RM114 juta.
Mengulas mengenai projek terowong, Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan satu maklum balas dan perundingan awam telah dijalankan sebelum Pilihanraya Umum 2013.
“Tiga mesyuarat majlis kerajaan tempatan dengan orang awam telah diadakan, dua di pulau dan satu di tanah besar.
Jelas pembohongan dibuat Nasrudin adalah sama seperti media sosial pro-BN dan pro-Umno,” katanya. -Roketkini.com

2 comments:

Anonymous said...

fizikal melambangkan PAS tp akhlak?? masyaAllah.. memalukan Islam.

Anonymous said...

Ada juga ahli Pas yang tak pandai menggunakan kepala otak yang telah di anugerahkan Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive