Teks ucapan Khairy Jamaludin (KJ) dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, jelas menunjukkan keadaan diri KJ ketika ini. Kandungan ucapannya membayangkan kecelaruan dan kerungsingan dalam memikirkan masa depan politiknya dalam UMNO.
Barangkali KJ mula menyedari bahawa inilah peluangnya yang terakhir berucap di depan perwakilan sebagai Ketua Pemuda UMNO. Mengandaikan hal itu, KJ sebaik mungkin membuat satu ucapan yang pada perkiraannya dapat mengembalikan sokongan padu perwakilan. Lebih penting lagi ucapannya itu dapat memikat hati ketuanya unutk di calonkan pada PRU13 nanti.
Ucapan KJ bersulamkan pantun. Pantunnya mungkin sedap di dengar oleh Perwakilan tetapi kurang enak dibaca oleh penggemar pantun.
Dalam ucapannya itu, KJ secara berselindung di sebalik tirai yang jarang, melontarkan keterkilanannya terhadap layanan yang di berikan kepada dirinya selaku Ketua Pemuda. KJ dengan lagak pemuda gagah berani membidas sesetangah individu di dalam UMNO yang menggunakan jalan mudah untuk melonjak naik. Kumpulan ini diistilahkannya sebagai calon kabel. KJ yang mewakili Pemuda UMNO memberi amaran serta menolak ‘calon kabel’ dan hanya menerima 'winnable candidate' sahaja. Bidasannya dan amarannya yang agak keras ini tidaklah ubah sekadar berkahak menghala kelangit.
KJ merayu agar pemuda di beri peuang yang luas dan diberi kepercayaan dalam menetukan masa depan Negara. Rayuan semestinya tidak lengkap kalau tidak di sertakan puji-pujian melangit kepada Ketuanya. Begitulah budaya mereka.
Bagi meraih sokongan dan simpati presiden dan para perwakilan, kandungan ucapan mestilah bersertakan serangan dan kecaman terhadap Pakatan Rakyat (PR). Maka tanpa teragak-agak KJ mengaitkan PR sebagai perosak negara. PR diumpamakannya sebagai 6 Jahanam moden dengan merujuk kepada Filem 6 Jahanam.
Sememangnya kalau gelaran yang paling negatif dan paling buruk di lemparkan kepada PR, maka akan bergemuruhlah tepukan dan tepik sorak daripada perwakilan. Begitulah mudahnya KJ meraih populariti. Samada KJ berjaya dengan ucapannya atau tidak, biarlah masa yang akan mensejarahkannya.
Menurut KJ, PR adalah 6 Jahanam moden yang didakwa akan menjahanamkan negara dengan 6 bentuk penjahanaman diberikannya iaitu Menjahanamkan sistem demokrasi, sistem pentadbiran, maruah negara, sejarah negara, jati diri bangsa dan kemakmuran ekonomi negara.
Namun begitu, KJ sebenarnya kurang mendalami kisah 6 Jahanam. Mengaitkan PR dengan 6 Jahanam menunjukkan bahawa KJ tidak melakukan membuat semakan dan kajian yang bijak. Perumpamaan 6 Jahanam yang dilontarkan oleh KJ kepada PR tidak ubah bagaikan menepuk air ludahnya sendiri di dulang yang terbentang.
6 Jahanam adalah judul filem arahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee yang memegang watak Tantari. Turut membintangi filem ini adalah Noor Azizah yang memegang dua watak iaitu Masmeera dan Mastika. 6 Jahanam mengisahkan, sekumpulan 6 orang penjahat bernama Paragas, Sujamang, Karambit, Katipang, Mumbala dan Jagindas. Mereka melakukan pelbagai bentuk kezaliman dengan merompak, memperkosa dan membunuh demi mendapatkan kekayaan mudah dan demi melunaskan hawa nafsu mereka.
Kemuncak kejahatan 6 Jahanam ini adalah memperkosa dan membunuh Masmeera isteri kepada Tantari. Merasa sedih dan marah dengan kematian isterinya, Tantari berazam untuk menuntut bela dan menghapuskan 6 Jahanam. Tantari dibantu oleh Damburi seorang utusan raja yang dititah untuk mengembalikan keamanan dan menghapuskan penjahat tersebut.
Sekiranya disebut 6 Jahanam, sesiapa pun yang pernah menonton filem tersebut akan dapat membayangkan 6 orang jahat berperangai seperti Paragas, Sujamang, Karambit, Katipang, Mumbala dan Jagindas.
Mengaitkan dan mengumpamakan PR dengan kumpulan 6 Jahanam adalah tidak tepat dan terlalu tersasar. Lebih-lebih PR sehingga ke hari ini masih belum berpeluang untuk memerintah negara. Mana mungkin sebuah gabungan parti yang tidak memerintah boleh menjahanamkan sebuah negara seperti yang ditomahkan oleh KJ.
Seandainya sebuah negara itu ditahap jahanam, maka pihak yang perlu dipertanggungjawapkan adalah pemerintahnya. Sekiranya negara ini telah jahanam, maka yang perlu dipertanggungjawapkan adalah pemimpin-pemimpinnya.
Kalau sekiranya negara ini jahanam atau sememangnya telah jahanam, permulaannya adalah ketika zaman penjajahan. Negara ini dijajah dan di perintah mengikut perlembagaan dan cara penjajah. Penjajahlah yang menjahanamkan negara dengan perlembagaannya, sekularnya, budaya kebaratannya dan perbagai bentuk penjahanamannya.
Penjahanaman moden berlaku, apabila UMNO yang mengambil alih kuasa dari penjajah secara terus menerus menggunapakai sistem pemerintahan penjajah. Lebih menjahanamkan lagi apabila islam itu diletakkan hanya sebagai agama rasmi tetapi tidak dijadikan panduan pemerintahan.
Penjahanaman agak teruk berlaku pada era Perdana Menteri (PM) ke 4. Pada waktu inilah, berlakunya peristiwa pembunuhan menyayat hati di Memali. Berlaku juga pencabulan terhadap institusi kehakiman, penyebaran fitnah yang memalukan, melampau dan memualkan. Berlaku juga kongkongan terhadap media yang melampau, penggunaan jentera kerajaan bagi tujuan politik, keruntuhan akhlak, penghinaan kepada ulama dan berbagai bentuk penjahanaman yang terlalu panjang untuk di senaraikan. Melebihi 6 Jahanam yang di senaraikan oleh KJ.
Ketika era ini jugalah bermulanya krisis kepimpinaan dan perpecahan teruk dalam UMNO. Berlakunya kewujudan Team A dan Team B sehingga UMNO terjahanam dan diharamkan. Rentetan daripada itu UMNO baru di tubuhkan. Kemudian berlaku pula krisis kepimpinan dalam UMNO sehingga ramai daripada ahli-ahlinya meninggalkan UMNO.
Bermula pada era ini jugalah, kebanyakan rakyat mulai sedar dan semakin menjauhkan diri daripada UMNO . Berbagai tembelang dan penjahanaman mula disedari oleh rakyat jelata. Maka, rakyat menunjukkan protes dengan mengambil 2 buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Maka terjadilah sekali lagi seperti apa yang telah dilakukan oleh Paragas dan rakan-rakannya, merompak hak rakyat. Royalti minyak yang seharusnya diberikan kepada rakyat terengganu telah di rompak secara terang-terangan walaupun ternyata bahawa itu adalah hak rakyat Terengganu.
Kesan kejahanaman yang di lakukan oleh PM ke 4 selama lebih kurang 22 tahun itu diparahkan lagi oleh PM ke 5. Antara penjahanaman yang masih di ingati adalah mewujudkan satu lagi fahaman islam moden yang dinamakan Islam Hadhari. Setelah sekian banyak wang rakyat di gunakan untuk mempromosikan Islam Hadhari maka hari ini, Islam Hadhari itu berkubur tanpa nisan, tidak pernah ditalkinkan tidak pernah juga ditahlilkan. PM5 juga dengan kelemahan yang dimiliki telah membenarkan campur tangan menantunya iaitu KJ inilah, supaya lebih menjahanamkan lagi negara ini.
Kemuncak penjahanam adalah pada era PM ke6. Segala bentuk penjahanaman terdahulu diulangi kembali pada eranya. Malah ianya semakin teruk, semakin parah dan semakin jahanan dan menjahanamkan. Bayangkanlah apabila sebuah kapal dijahanamkan oleh 2 nakhoda yang sama-sama berkuasa. Maka semakin cepatlah kapal itu akan pecah, jahanam dan tenggelam.
Maka kalau KJ betul-betul meneliti filem 6 Jahanam ini, tidak boleh tidak dia harus mengakui bahawa Rakyat Jelatalah Tantarinya. Barangkali Pakatan Rakyatlah Damburinya. Dan pastinya wajah-wajah 6 Jahanam itu sudah terbayang di dalam kepala KJ. -------------------------- Penulis boleh dihubungi menerui fayafa.blogspot.com |
No comments:
Post a Comment