Agenda sebenar Dato' Dr Hasan Ali sudah jelas terbongkar dengan kenyataan terbarunya yang dangkal, bebal dan berasaskan fitnah semata-mata.
Semasa berceramah di Bangi tempoh hari, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.
Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan.
Namun begitu, saya percaya taktik fitnah taraf UMNO ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengambil pendirian yang mencabar teras-terasnya.
Sebagai bukti pendirian DAP dalam mempertahankan kerangka kenegaraan yang sedia ada, termasuk sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, saya memetik tiga perkara yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang baru sahaja dibentangkan, dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para pewakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2012 bulan lepas:
Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Petikan di atas jelas membuktikan komitmen DAP untuk menjunjung dan mempertahankan teras-teras Perlembagaan Persekutuan.
Dan jika benar DAP mempunyai hasrat untuk merendahkan status Islam, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang meningkatkan berkali-kali ganda peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam? Kenapakah di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan Kerajaan BN untuk pembesaran tapak perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program-program sambutan kebesaran Islam?
Di samping itu, baru-baru ini Utusan Malaysia telah didapati bersalah dan diarahkan membayar RM200,000 kerana memfitnah Lim Guan Eng dan kerajaan pimpinannya sebagai anti-Melayu dan anti-Islam. Keputusan mahkamah ini adalah bukti yang paling nyata bahawa DAP tidak pernah mengambil pendekatan yang mencabar teras-teras kenegaraan dan kemasyarakatan di negara kita.
Dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui. Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai.
Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 2hb Februari 2012
9 comments:
Weiiii Asang.
Awat hang jadi cam tu...
Hang kecewa sangat ka tak dapat jadi MB Selangor.
Awat hang kecewa sangat ka sbb hang ke tendang dr PAS.
Kita orang kat luar ni TERGELAK ja tengok hang meracau ke san- kesini.
Aku bekas pengundi hang kat Parit Buntar ni dah agak dah perangai hang memang teruk, sebijik macam Zul Kulum tu.
Memang bagus la hang kena tendang...
Angkuh...dan gila kuasa...dan dengki.
Lepas ni hang tubuh JATI, hang lantik la hang jadi ketua. Lepas ni pakat2 orang tak hormat hang sebab hangpun tak pandai nak hormat ketua masa hang dalam PAS.
Matlamat entah kemana....memfitnah pulak yang kuat jadinya hang ni.
Awas, ADUN berlagak seperti Pegawai BTN gila nak jadi Menteri Besar Selangor buat road show.
Hadir boleh, percaya jangan.
Kami bekas2 ahli PAS PKR sangat berterima kasih kepada Dr Hasan Ali yang telah membuka mata untuk melihat ke kedurjanaan2 yang berlaku di DUN Selangor oleh komponet Pakatan Rakyat.
Apa salahnya..betul la tu..DAP kan sekutu PAP spore. Lambang pon sama. Org yg x tau asal usul DAP je buta sejarah. X caya tanya L K Siang, Karpal & Lee Kuan Yew.
biax la kat pak hasan ali meroyan sorang2, la nye leh la msk tv3 suku, rtmamak,utusex n berita meroyan. lepas nye ko msk umah org tua2 la nmpak nya... nasihat bwat la byk2 road show la nye, lps nye x leh dah... haha
Yang selalu suka kaitkan DAP dengan PAP tu selalunya BTNlah. Tulah biro yang selalu suruh orang nyanyi lagu Anak Kecil Main Api, dan suruh orang jaga telur - macam iblis bawa telur pergi jumpa Nabi Idris.
Tapi yang biro lupa nak cerita ialah:
Singapura hilang, Presiden UMNO punya angkara,
Batu Putih hilang, Presiden UMNO juga punya angkara,
Aset KTM hilang pun, Presiden UMNO punya angkara.
Tanah Rezab Melayu hilang... siapa lagi punya angkara.... puak tu je yang pernah perintah... yang lain belum pernah pun.
Bukan DAP yang bagi semua tu hilang, melainkan UMNO belaka.
Jadi Melayu kalau nak kheyiau, hang pi kheyiau kat UMNO... sebab semua ni kerja dia.
"Kami bekas2 ahli PAS PKR sangat berterima kasih kepada Dr Hasan Ali yang telah membuka mata untuk melihat ke kedurjanaan2 yang berlaku di DUN Selangor oleh komponet Pakatan Rakyat."
Nota:
'Kami' tu ialah orang-orang yang kecewa sebab disangkakan masuk PKR dan PAS akan membolehkan mereka membuat kekayaan dan kuasa macam UMNO... namun malangnya Pakatan Rakyat lebih mengutamakan kebajikan rakyat... maka remuk rendamlah hati mereka.
'Kami' tu juga tak ikhlas untuk berjuang untuk kesejahteraan semua. Kalau dalam PAS lagi teruk sebab di hati mereka tiada keikhlasan kepada Allah. Memanglah PAS bukan agama, tapi PASlah parti yang konsisten memperjuangkan agama. 'Kami-kami' tu kadang kala bising sebab PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP, namun menafikan kerjasama ini samalah seperti mereka menafikan kerjasama yang dijalinkan Rasulullah dengan orang kafir, seperti Penghijrahan Ke Habsyah seperti yang diarahkan Rasulullah pada para sahabat, malah di dalam Sahifah Madinah juga tertera perjanjian antara Rasulullah dengan orang kafir dalam membangunkan dan mempertahankan Kota Madinah.
UMNO pasti mengatakan bahawa Rasulullah tidak bekerjasama dalam menentang orang Islam sendiri, namun ketahuilah wahai UMNO bahawa Rasulullah telah mengarahkan pembakaran Masjid Dhirar yang dibina oleh orang Islam namun munafik, malah Baginda amat membenci orang-orang munafik.
Hassan Ali sila lah kembali ke pangkal jalan..lupakan lah politik, balik lah ke alam motivasi yg lebih disanjung. Tak guna hidup kalau di caci dihina walaupun anda perasan di sanjungi di sebelah pihak. Dah tua tua ni mahasabah lah diri tu., asyik meroyan sahaja..
nasib kau lah san...dulu kata umno x berjiwa besar bila kalah,la ni aku tengok kau macam gila babi kesana kemari meroyan tak tentu hala semua tak kena....habis kan lah hari2 senja kau dengan umno yang dah tentu munafik!!!!!!
Post a Comment