24 August 2014

Khairy tak setuju paksa penjawat awam sokong BN


Tidak adil membekukan laluan kerjaya penjawat awam yang tidak menyokong “parti kita”, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Menteri belia dan sukan itu juga berkata, prinsip berkecuali penjawat awam mesti dihormati kerana tugas mereka berbeza dengan pegangan politik yang dipercayai.

“Saya tidak paksa sesiapa sokong parti saya. Sudah pasti saya mahu mereka sokong parti saya, tetapi lebih baik mereka sokong secara sukarela.



“Apa guna kita paksa mereka bersorak dan mengangkat banner(kain rentang) sokongan kalau itu cuma satu lakonan?” katanya.

Beliau menulis demikian dalam Facebook bagi menjelaskan sebuah laporan yang menurutnya boleh menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan menuduhnya mempromosi musuh musuh dalam selimut.

Laporan Astro Awani itu memetiknya sebagai berkata, beliau tiada masalah mengambil penyokong Pakatan Rakyat bekerja dengannya jika terbukti individu itu berkebolehan tinggi.

Bagaimanapun, katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia (MSLS) kelapan di Kuala Lumpur, satu-satunya perkara dirisaukan berkaitan isu maklumat sulit.

Dinilai melalui teladan

Sementara itu, Khairy di Facebook turut menjelaskan, hubungan mesra dengan profesional yang memberi kerjasama baik dan menyokong dasar kerajaan semasa serta tidak membawa unsur politik dalam tugasan perlu dikekalkan.

“Mungkin ada yang berfikiran konservatif yang tidak boleh terima pandangan saya ini. Bagi mereka, apa yang penting adalah kesetiaan total.

“Saya rasa pandangan sedemikian agak kuno pada zaman sekarang,” katanya.

Menurut Khairy lagi, tindakan hanya boleh diambil terhadap pembocor maklumat kerajaan dan membawa pegangan politik ke pejabat.

“Tetapi bagi mereka yang profesional dan hanya mahu buat kerja berkhidmat untuk negara, janganlah kita ada sangkaan yang buruk pada mereka atau cepat label mereka,” katanya.

Beliau juga menjelaskan “hanya melalui teladan kita sebagai pemimpin akan orang menilai kita”.

5 comments:

FORENSIC PATHOLOGY said...

YB KJ, pada pendapat saya semua penjawat awam mestilah menyokong dan menjalankan semua tugasan yang diberikan oleh pihak KERAJAAN. Kerajaan bukannya parti tetapi ia adalah satu entiti pengurusan negara yang telah diamanahkan oleh rakyat melalui pilihanraya umum. Kerajaan terdiri daripada parti pemerintah dan parti pembangkang dan pengurusan mentadbir negara dilakukan menerusi parlimen. Apa-apa arahan daripada "kerajaan" mestilah di akur oleh penjawat awam. Masa berparti dan berkempen hanyalah 2 minggu seperti yang dibenarkan oleh SPR.

Bagi penjawat awam polisi UNDI masing-masing itu RAHSIA adalah sangat baik. Berbanding dengan bukan penjawat awam yang boleh menzahirkan sokongan mereka terhadap mana2 parti (tetapi adalah lebih molek jika golongan ini juga mengundi dan merahsiakan undi mereka). Walau bagaimana pun, selepas proses pilihan raya, semua rakyat Malaysia jangan berkempen lagi tetapi bekerja dan berusaha membangunkan negara dengan SETIA sepenuhnya kepada kerajaan yang telah diundi oleh mereka kerana kerajaan itu terdiri daripada kesemua parti yang telah diundi oleh rakyat Malaysia itu sendiri (iaitu parti pemerintah dan parti pembangkang serta beberapa orang senator yang dilantik). Kalau semua rakyat sentiasa berpolitik dan berkempen sepanjang tahun, negara yang tercinta ini akan merudum ke arah kemelesetan ekonomi dan kepapaan. (tragedi sebegini akan dirasai paling awal oleh rakyat marhaen). Sempena hari merdeka marilah kita semua bersatu hati menyumbang bakti kepada negara kita yang tercinta ini. MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Merdeka ini tiada ertinya jika rakyat tidak patriotik serta menjahanamkan negara tercinta ini.

Anonymous said...

KEBANYAKAN TUGASAN YANG DITERIMAA OLEH KAKITANGAN KERAJAAN DARI PEMINPIN IALAH DISURUH MENCURI HARTA NEGARA.ITU SEBAB RAMI YANG TIDAK SOKONG DENGAN PEMERINTAH DURJANA LAGI LAKHANATULLAH INI.MARILAH SAMA KITA DOAKAN KEPADA SEMUA PEMINPIN PEMINPIN LAKHANATULLAH INI.YA ALLAH YA TUHAN KU KAU HANCURKAN LAH DIDUNIA DAN DIAKHIRAT KEPADA SEMUA PEMINPIN YANG MENGKHIANATI RAKYAT NEGARA INI TERMASUKLAH KAUM KELUARGA MEREKA SERTA KAKITANGAN KERJAAN YANG BGERSENGTONGKOL DENGAN MEREKA AZAPKAN LAH MEREKA YA ALLAH ,HINAKAN LAH MEREKA YA ALLAH YA TUHANKU DAN HANCURKAN MEREKA YA ALLLAH AMIN

FORENSIC PATHOLOGY said...

Adakah kenyataan "KEBANYAKAN TUGASAN YANG DITERIMAA OLEH KAKITANGAN KERAJAAN DARI PEMINPIN IALAH DISURUH MENCURI HARTA NEGARA.ITU SEBAB RAMI YANG TIDAK SOKONG DENGAN PEMERINTAH DURJANA LAGI LAKHANATULLAH" oleh anon August 25, 2014 at 11:11 AM mempunyai bukti sahih. Adakah Anon August 25, 2014 at 11:11 AM seorang penjawat awam dan pernah disuruh oleh mana2 pemimpin kerajaan berbuat demikian? Maaf, Menuduh tanpa bukti adalah fitnah/mengumpat (salah satu daripada DOSA2 Besar).

Saya sebagai penjawat awam tidak pernah disuruh oleh mana-mana pemimpin kerajaan untuk mencuri harta negara. Yang disuruhnya ialah menjalankan tugas dengan penuh disiplin dan komitmen. Sentiasa berlaku adil dan penyayang (perkhidmatan yang diiringi senyum sebagai sedekah). Semua yang di sebelah sana kaunter perkhidmatan mestilah dianggap seperti saudara-mara dan kaum keluarga kita sendiri, tidak kira rupa dan warna kulit mereka.

Penjawat awam yang bertugas seperti di hospital, balai polis, bomba, angkatan tentera, kerja raya, pengangkutan, telekomunikasi dan lain2, jika tidak menjalankan tugas mereka seperti yang diarahkan oleh kerajaan, akan menyebabkan negara ini kucar kacir. Sebagai contoh, sekiranya Anon August 25, 2014 at 11:11 AM sakit tenat dan penjawat awam di hospital bertindak untuk TIDAK mengikur arahan yang diberikan oleh kerajaan, maka Anon August 25, 2014 at 11:11 AM akan mengalami kesusahan yang amat sangat. Alternatifnya, Anon August 25, 2014 at 11:11 AM terpaksa dihantar ke hospital swasta yang dari segi kelengkapan perubatannya tidak setanding dengan mana2 hospital besar kerajaan, selain daripada bayaran yang mahal yang perlu ditanggung oleh Anon August 25, 2014 at 11:11 AM.

Akan tetapi.... apa yang berlaku ialah penjawat awam di hospital kerajaan tetap menjalankan perkhidmatan berkualiti mereka seperti yang darahkan oleh pemimpin kerajaan dan Anon August 25, 2014 at 11:11 AM sama2 dapat menikmati perkhidmatan salah satu agensi kerajaan ini.

Oleh itu marilah kita sama2 mendoakan kesemua pemimpin kita sihat wal'afiat, berakal waras dengan taufik dan hidayah yang diberikan oleh Allah SWT. Selain itu semoga Allah yang maha Perkasa dan Penyayang mengurniakan nikmat dan rahmatNya kepada rakyat dan negara kita yang tercinta ini. Ameen.

Anonymous said...

Terbaik dr kj mmg hak masing2 utk sokong parti mana asalkn tidak mbocorkn rahsia kjaan, dlm apa jua kedaan professionalism harus diletakkn utama., selagi mana dasar kkerajaan bgs pnjwt awam perlu lksana dgn Bsungguh2, tahniah kj krn mempunyai pndangn yg dinamik, segar kerana perlu bg pmimpin moden mempunyai gaya pimpinan yg jauh lebih baik dr pemimpin umno lama

FORENSIC PATHOLOGY said...

Semoga Sdr/Sdri (Anon 1:55 PM) boleh ucapkan tahniah kepada YB KJ selepas PRU 14.

Tahniah untuk: "KJ berpndangn yg dinamik, segar kerana perlu bg pmimpin moden mempunyai gaya pimpinan yg jauh lebih baik dr pemimpin umno lama"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive