24 August 2014

Dikritik Selfie Di Hari Perkabungan : Azwan Ali Gelar #MelayuLaknatullahMsia








alt

Gara-gara gambar ‘Selfie’ ketika ribuan rakyat Malaysia sedang bertafakur bagi mengingati mahas nahas MH17, pengacara Azwan Ali dikritik hebat oleh pelbagai lapisan masyarakat yang tidak bersetuju dengan tindakannya yang dilihat ingin mencari publisiti murahan.

Hasil tinjauan SuaraTV mendapati,  mereka merasakan tindakan Azwan itu sangat melampau dan tidak sensitif kerana tidak menghormati perasaan khusus kaum keluarga waris yang sedang bersedih.

“Post (gambar) ini sangat (tidak) sensitif, bayangkan mereka adalah keluarga awak dan apa awak rasa kalau org selfie tempat pengebumian keluarga awak?… gambar ni sangat melampau dan sensitif!…nak block saya silakan..itu saja yang awak mampu buat…lari dari bayang2 diri sendiri…," ujarnya.


Manakala salah seorang rakan kepada mangsa yang terlibat dengan nahas tersebut berkata beliau marah dan sedih dengan tindakan tersebut.

“Kawan saya salah seorang mangsa terhempas di situ, saya tidak dpt menghadiri ke pengebumian beliau… Lagi saya sedih nampak kamu selfie diri sendiri di tempat penghormatan orang, sampai bila nak dicaci dimaki dibenci dek ramai?…tak malu ke?..mana maruah lelaki anda?," katanya.

Azwan di dalam caption gambar yang ‘selfie’ yang dimuatnaik melalui akaun media sosialnya berkata, beliau bersama rakyat Malaysia sedang bertafakur

"Semua kaum bersama ' AA bertafakur di Dataran Merdeka 22 Ogos 2014 untuk mangsa tradegi MH17.Al-Fatihah," ujarnya menerusi laman Instagram dan Twitter.

Ekoran kritikan dan cemuhan yang diterima itu, Azwan telah menyekat akses mereka dari laman sosialnya.
"Yeayyy...my PA (personal assistant) gaji RM3,000 seminggu 'blocked'(sekat) lambakan #MELAYULAKNATULLAHMSIA! Well Done.

"Dah tahu diri ti sejijik-jijik ahli neraka ada hati nak cross? kan da kena 'blocked'.#MELAYULAKNATULLAHMSIA," ujar Azwan pula.


1 comment:

Anonymous said...

Kata orang laknatullah. Dalam Islam jantan yang menyerupai betina dilaknat Allah dan di tendang ke dalam neraka Jahanam. Nah, cuba cermin diri siapa sebenarnya yang di laknat Allah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive