Showing posts with label akta hasutan. Show all posts
Showing posts with label akta hasutan. Show all posts

28 November 2014

Kekal Akta Hasutan, Najib terus kongkong kebebasan rakyat bersuara

KUALA LUMPUR 27 NOV: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan.
“Keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan yang didakwa melindungi kesucian Islam dan agama lain serta menangani gesaan sebilangan pihak untuk memisahkan Sabah, Sarawak jelas berniat jahat.

mulut zip
“Akta kuno ini secara berleluasa telah disalahguna untuk menahan ahli politik, aktivis dan sesiapa saja yang mengkritik kerajaan.

18 September 2014

Siri dakwaan hasutan Putrajaya bangkitkan rasa takut dan benci rakyat

Siri dakwaan hasutan oleh Putrajaya baru-baru ini terhadap pembangkang berjaya membelengu rakyat Malaysia daripada bersuara terutama mengenai isu yang dianggap sensitif, kata pemerhati, susulan penganjur forum awam semalam minta media tidak buat liputan.
Mereka berkata, ketakutan ini bertepatan mengapa Akta Hasutan 1948 perlu dihapuskan dan digantikan dengan undang-undang yang lebih adil kepada semua.

07 September 2014

Isteri sebak Safwan dipenjara


Isteri bekas pemimpin mahasiswa, Muhammad Safwan Anang sebak namun tabah menerima hukuman penjara 10 bulan terhadap suaminya yang didapati bersalah menghasut pada 13 Mei tahun lalu.

Masturah Abu Bakar, 25, tidak dapat menahan dirinya menangis sewaktu mengulas hukuman itu di luar Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi ini.

"Saya sokong apa yang suami saya buat, namun buat masa sekarang saya dan anak sangat-sangat perlukan dia. Anak kami baru 8 bulan," katanya seraya mengalirkan air mata.

01 September 2014

Pensyarah UM Azmi Sharom Dijangka Didakwa Di Bawah Akta Hasutan


Azmi Sharom.


PETALING JAYA: Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Azmi Sharom dijangka didakwa atas Akta Hasutan pada Selasa berhubung komennya yang dibuat di sebuah portal mengenai krisis Perak 2009.
Beliau dijangka didakwa di bawah Akta Hasutan 4(1)(b) di bawah Akta Hasutan 1948.
Di bawah seksyen itu, mereka yang mengeluarkan sebarang perkataan berbaur hasutan akan berhadapan dengan denda tidak lebih RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah.
Azmi bagaimanapun enggan mengulas mengenai kemungkinan beliau akan didakwa kerana mengeluarkan kenyataan itu.

25 August 2014

Khalid Samad akan didakwa menghasut esok



Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad dijangka didakwa menghasut di mahkamah esok.

Ini ekoran kenyataannya berkaitan sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebelum ini.

Khalid memberitahu pemberita, beliau akan didakwa pagi esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Wakil rakyat PAS itu dimaklumkan perkara itu oleh pihak polis melalui SMS hari ini.

Sebelum ini, telah ramai ahli politik pembangkang didakwa bawah akta hasutan.

24 May 2013

Tian Chua, Tamrin dan Haris dibebas


KUALA LUMPUR 24 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Tian Chua serta dua individu propembangkang, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan Tamrin Abdul Ghafar hari ini dibebaskan selepas majistret menolak permohonan polis untuk mereman mereka.
Mereka ditahan ditahan polis tengah semalam kerana dipercayai menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan ucapan ketiga-tiganya dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lalu.
"Tian Chua ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini, sementara Tamrin ditahan di Bangsar dan Haris pula di Segambut," katanya.
Dalam perkembangan yang lain,aktivis Mahasiswa Pro Pakatan Rakyat, Adam Adli Abdul Halim turut dibebaskan semalam selepas Hakim Mahkamah Sesyen 1, Norshidah Awang membebaskan beliau dengan jaminan RM 5,000 serta seorang penjamin.

23 May 2013

Tian Chua, Haris dan Tamrin ditahan di Balai Polis Jinjang


OLEH MOHD FARHAN DARWIS
MAY 23, 2013
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Chua Tian Chang dan aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah Akta Hasutan semalaman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang hari ini. — Gambar oleh Siow Feng SawKUALA LUMPUR, 23 Mei — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Chua Tian Chang dan Tamrin Ghafar, serta aktivis politik Haris Ibrahim, ditahan di bawah Akta Hasutan semalaman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang hari ini.
Ketiga-tiga mereka yang ditahan sekitar tengahari tadi dimasukkan ke lokap berkenaan sekitar jam 5 petang tadi.
Ketika sidang media, peguam mewakili Haris, Gobin Singh Deo berkata, pihaknya bagaimanapun tidak dimaklumkan “kenyataan menghasut” bagaimana yang telah dikeluarkan kesemua pemimpin pembangkang berkenaan sehingga menyebabkan mereka ditahan.
“Mereka telah ditahan dan akan di bawa ke lokap untuk permohonan reman ... kita baru dimaklumkan ketiga-tiga mereka akan ditahan, untuk siasatan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan dan seksyen 124 Kanun Keseksaan.
“Polis akan bawa mereka esok jam 11 pagi untuk permohonan reman, kemudian terpulang kepada majistret sama ada untuk teruskan reman atau sebaliknya,” katanya.
Individu pertama yang ditahan dan didakwa di bawah akta berkenaan adalah aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim di kompleks mahkamah Jalan Duta pagi tadi.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua telah ditahan di LCCT pada pukul 12.30 tadi semasa menunggu pesawat untuk ke Kuala Terengganu.
Sementara Haris, aktivis pergerakan Asal Bukan Umno (ABU) ditahan pada waktu sama semasa sedang makan tengahari di Segambut sejurus memberikan sokongan kepada Adam Adli di mahkamah.
Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, Tamrin yang merupakan bekas ahli Parlimen Batu Berendam turut ditahan ketika sedang makan di Bangsar.
Tian Chua diwakili peguam, New Sin Yew manakala Tamrin diwakili Dr Dzulqarnain Lukman.
Turut hadir di balai polis Jinjang adalah Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk memberikan sokongan kepada ketiga-tiga mereka.
Pihak polis turut dilihat telah mengepung kawasan sekitar balai polis berkenaan tepat jam 6 petang tadi dan melarang mana-mana pihak daripada melakukan demonstrasi pembebasan ketiga-tiga mereka dengan meletakkan kon dan tali penghadang polis.
Adam Adli telah didakwa di bawah seksyen 4(1) (b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.
Beliau walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan diikat jamin sebanyak RM5,000.
Hakim Norsyaridah Awang membebas dan melepaskan Adam yang hadir berbaju T hitam diwakili peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, N. Surendran, Afiq M. Noor, dan Shamsul Iskandar Mat Akin.
Hakim ketika pendakwaannya berkata ucapan Adam yang dibuat pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat Malaysia supaya cuba menukar kerajaan pemerintah dengan cara yang tidak sah.
Adam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
“Ini akta hasutan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah kata akan hapuskan, tetapi beliau masih gunakan akta ini untuk mendakwa Adam.
Hakim bagaimanapun berpendapat cadangan pemansuhan akta berkenaan masih sedang dikaji diperingkat cadangan dan bersifat pramatang, menjadikan akta berkenaan masih boleh digunakan.
Antara kenyataan Adam yang terkandung dalam kertas pertuduhan yang dibacakan hari ini adalah :”Ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini, saya nak ajak semua yang ada di sini, kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampas kembali kuasa kita! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya sebab akhirnya dalam dunia ketiga macan negara Malaysia, pilihan raya takkan tumbangkan kerajaan kita.
“Yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. Sedara, ingat, ini sahaja peluang yang kita ada ...”
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, kedua-duanya yang baru dilantik selepas Pilihan Raya 2013 telah memberi amaran dan berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menyeru agar rakyat berhimpun di jalan raya bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013.

14 March 2013

Tian Chua mengaku tak bersalah

Tian Chua Di Dakwa Dan Beliau Mengaku Tidak Bersalah 
Polis Cuba Menahan Tian Chua Di Kafateria Mahkamah Tetapi Dihalang Oleh Peguam Beliau | 

KUALA LUMPUR: Tindakan dua anggota polis yang ingin menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta hari ini ditentang peguam sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.


Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula. Tian Chua akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.

Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.

"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah "Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.

Sementara itu, puluhan ahli PKR dan penyokong PKR hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan.

Sumber: Harakah Daily

Tian Chua mengaku tak bersalah tuduhan hasutan | Naib presiden PKR Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas satu kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu – yang didakwa dikeluarkannya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

Tian diwakili N Surendran, Latheefa Koya, William Leong, Eric Paulsen dan dua lagi peguam.

Sumber: Malaysiakini.

29 August 2011

Polis akan ambil tindakan terhadap Azmil

SHAH ALAM – Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Azmil Rabu lalu dan dia disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

22 June 2011

Ibrahim Ali badut yang tidak relevan

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Selepas Pemuda Umno, kini DAP pula mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera terhadap Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengugut kaum Cina di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil terhadap Ibrahim walaupun beliau mengeluarkan kenyataan rasis mengenai Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0.

“Ibrahim Ali seorang badut yang tidak relevan. Lebih menyedihkan adalah sikap berdiam diri Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Tan Sri Ismail Omar.

20 June 2011

Khairy pula mahu Ibrahim Ali didakwa di bawah Akta Hasutan ...

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap kaum Cina.

Khairy berkata, Ibrahim tidak wajar mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman yang mengugut kaum lain.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali yang seolah-olah mengugut masyarakat Cina.

15 March 2011

Mahathir boleh didakwa di bawah Akta Hasutan - Prof Aziz Bari

SHAH ALAM: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Beliau mengulas demikian merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara’ pada program Wacana Ekonomi di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini hari ini.

Aziz berkata, Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam tidak akan dinafikan.

“Di bawah Artikel 152 memberi jaminan dan mekanisma yang memastikan semua orang mendapat hak masing-masing dan kerajaan boleh memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini,” ujarnya.

Aziz turut menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak logik kerana pernah menentang peruntukan kepada SRJC dan SRJT tahun lalu.

“Apa yang diperjuangkan Perkasa itu tidak logik dan masuk akal kerana melanggar perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agong KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati, P Muthiah dan Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Majlis itu turut diserikan dengan ucapan pembukaan daripada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Nor.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9006

26 January 2010

Kes hina Sultan lagi ... ?

Melayu mudah lupa”. Itu kata Tun Mahathir yang sangat terkenal…..
Hari ini, ramai sungguh yang kecoh hal Aduka Taruna tapi lupa nak menyelitkan isu sama yang pernah berlaku di Terengganu pada bulan Mac 2008.

Pada waktu itu, berita NTV7 menyiarkan berita penyokong Idris Jusoh menyanggah keputusan Sultan Mirzan kerana tidak menerima Idris Jusoh sebagai MB Terengganu.

Banyak sepanduk yang dibawa menghina Sultan Terengganu.
Antara sepanduk yang paling ganas berbunyi begini:

“KAMI NAK DERIS NATANG”

Saya percaya, berjuta penonton berita NTV7 yang melihat insiden itu dan beribu-ribu lagi telah menyaksikan ulangtayang berita itu di media internet.

Hari ini, ada pula penyokong PAS yang kata Dewan Pemuda PAS lebih prihatinkan isu Aduka daripada isu yang berlaku di Terengganu itu.

Saya fikir mereka juga sudah lupa.

Pada 25 Mac 2008, Ketua Pemuda PAS pada waktu itu telah mengadakan sidang akhbar untuk mengutuk perbuatan itu dan melaporkan perbuatan itu pada pihak polis. [seterusnya]
DARI MAHKAMAH : AdukaTaruna akan direman sehingga 29 Jan 10 (Perisik Rakyat)

25 January 2010

AdukaTaruna serah diri

KOTA BHARU 25 Jan - Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.Difahamkan penulis berkenaan - dikenali sebagai Aduka Taruna - menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.
Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum. Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai.
Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya "mengheret penulis berkenaan ke mahkamah".
Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.
Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..
Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas. - Malaysiakini
.... lagi blog hina Almarhum DYMM Sultan Johor di sini

24 January 2010

Aduka Taruna akan disiasat polis

artikal berkaitan dari blog adukataruna pada hari kemangkatan DYMM Sultan Johor


JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) -- Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.-- BERNAMA

STONE: Walau pun aku tak mengenali siapa sebenarnya AT ni, tapi sebagai rakan Blogger aku bersimpati dengan apa yang bakal dihadapinya.

Tapi ketelanjuran nya itu, yang aku juga sangat-sangat tidak bersetuju pertama kali membaca nya, telah menjerat diri beliau.

Walau pun artikal itu telah ditarik [lihat di atas] keluar dan AT telah memohon maaf, tapi itu tidak menghalang pihak berwajib untuk terus mendapatkan AT.

Kita tunggulah apa episod selanjutnya.

Untuk sekalian rakan-rakan blogger, hati-hati lah dalam setiap penulisan dan komen-komen anda, kerana kita sedang dan akan terus diperhatikan.

02 September 2008

DAP, MCA & Gerakan buat lapuran polis



DAP, MCA dan Gerakan dan buat lapuran polis kes Ketua Umno Bkt Bendera Ahmad Ismail yang dikatakan menghasut masa kempen pilihanraya kecil Pmtg Pauh baru-baru ni.


Tunggu, ... bila pula polis nak bertindak. Lapuran dah dibuat. Kadang2 depa kata tak dak lapuran depa tak boleh bertindak.


Orang2 UMNO semua tak mau komen. Semua tanya pak lah. Tapi kalau kena pada Pakatan Rakyat, ramai pulak yang nak komen.


Ariff Shah kata dia tak dak di tempat tu masa Ahmad cakap benda ni.


Bila tanya pak lah, pak lah pesan pada Mad "hang jangan cakap lagi la macam tu mad".


:-)

08 August 2008

Rais minta tubuh majlis dalaman pantau penulis blog

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta supaya satu majlis dalaman ditubuhkan atau mekanisme dirangka bagi memantau laman dan penulis blog.

Katanya, dari segi perundangan, Akta Hasutan sudah memadai tetapi beliau bimbang mengenai langkah penguatkuasaan yang tidak menepati standard serta penubuhan majlis seperti itu akan membantu dalam penguatkuasaan.
Katanya undang-undang negara mungkin tidak dapat dilaksanakan terhadap penulis blog yang berada di luar negara tetapi sesuatu boleh dilakukan ke atas penulis blog dalam negara. ... seterusnya
Sumber: bharian

Senjakala: Awat yang takut sangat dengan penulis-penulis blog ni? Kalau dah buat tak betoi mcm ni la jadinya. Hanya yang bersalah saja akan takut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive