28 November 2014

Kekal Akta Hasutan, Najib terus kongkong kebebasan rakyat bersuara

KUALA LUMPUR 27 NOV: Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengecam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memungkiri janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan.
“Keputusan Najib mengekalkan Akta Hasutan yang didakwa melindungi kesucian Islam dan agama lain serta menangani gesaan sebilangan pihak untuk memisahkan Sabah, Sarawak jelas berniat jahat.

mulut zip
“Akta kuno ini secara berleluasa telah disalahguna untuk menahan ahli politik, aktivis dan sesiapa saja yang mengkritik kerajaan.
“Keputusan Najib ini akan lebih mengongkong kebebasan bersuara dan berekspresi, sekaligus menjadikan masa depan rakyat bertambah suram di bawah pemerintahan tidak demokratik,” kata GHAH dalam kenyataan.
Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno semalam.
GHAH menyeru Najib agar menghormati norma demokrasi, kedaulatan undang-undang dan bertanggungjawab kepada seluruh rakyat terhadap janji yang pernah berkali-kali beliau taburkan sebelum ini.
“Najib perlu ingat bahawa beliau telah berulang kali berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan dan janji itu harus dikotakan,” kata GHAH lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64316

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive