Showing posts with label rais yatim. Show all posts
Showing posts with label rais yatim. Show all posts

19 October 2012

‘saya ini orang kecil, biar Tuhan sahaja membalasnya’,” - Robengah bekas amah Rais Yatim


(Oleh: Aedi Asri)

KUALA LUMPUR 19 Oktober: Jingga 13 akan mendedahkan rakaman video pertemuan dengan keluarga dan bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, kata Koordinatornya, Fariz Musa.
“Kita akan dedahkan selepas buat laporan di Kedutaan Indonesia (berhubung kes ini),” katanya pada sidang media di hadapan pintu masuk pejabat Kementerian itu petang tadi.
Katanya lagi, video itu dirakam ketika wakil Jingga 13 melawat kampung halaman Robengah di Banjanegara, Indonesia sekitar Mac lalu untuk bertemu dan mewawancara beliau.

Robengah, bekas amah Rais Yatim bina rumah RM100ribu




     Bekas pembantu rumah Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim didakwa hidup mewah hingga mampu membina rumah dianggar bernilai RM100,000 di negara asalnya.

Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa mempersoalkan bagaimana Robengah, yang bekerja selama 8 tahun di kediaman Rais mampu membina rumah mewah di Banjanegara, Indonesia.

Sedangkan, katanya, gaji Robengah hanya sekitar RM300 sebulan, sebelum dinaikkan RM500 selepas beberapa tahun.

17 September 2012

Kemana perginya RM200 juta Dana Industri Kreatif penggiat seni? - Hasmi Hashim [penulis lirik Awan Nano]

Oleh: Aliff Fikri)


KUALA LUMPUR 16 September: Penulis lirik, Hasmi Hashim menggesa Datuk Seri Rais Yatim mengemukakan ke mana perginya Dana Industri Kreatif sebanyak RM200 juta yang diperuntukkan bagi membantu industri perfileman, kesenian dan kebudayaan negara.

Hasmi yang lebih dikenali dengan nama pena Buddhi Hikayat berkata, beliau dimaklumkan hanya sebahagian kecil penggiat seni menerima peruntukan dari dana berkenaan.

22 August 2012

Merdeka - Logo baru???

Hampir sebulan selepas Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan pembatalan logo Merdeka sebelum ini, yang baru pula telah muncul di akhbar-akhbar utama sejak minggu lepas.

Logo ini memaparkan unsur-unsur yang sama tetapi dengan grafik yang lebih baik berbanding dengan logo sebelumnya yang semata-mata dibuat melalui gabungan fon yang sedia ada pada editor grafik Photoshop.

Logo baru yang muncul di muka depan beberapa akhbar seperti 
Berita Harian, Utusan Malaysia danNew Straits Times sejak minggu lepas mempunyai nombor 55 dalam warna biru dan kuning dengan garis merah berombak di atasnya.

10 March 2012

Rais puji MB Kedah

SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertindak betul apabila meletakkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sebagai keutamaan dalam menghadapi krisis kepimpinan dengan dua Exconya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, dalam menghadapi tekanan sehingga membawa campur tangan Pas Pusat dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran negeri, ketegasan Azizan menangani krisis membuktikan beliau tetap mengutamakan undang-undang tubuh dan pandangan rakyat Kedah meskipun 'disepit' oleh kuasa luar.

"Ketegasan Menteri Besar Kedah ini harus dipuji kerana beliau tidak mahu pihak luar campur tangan dalam urus tadbir negeri," kata Rais selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) di sini, hari ini.

28 August 2011

Murtad : DAP gesa Rais 'hukum' TV1

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — DAP menggesa kerajaan menghukum mereka yang bertanggungjawab menyiarkan satu laporan menerusi saluran TV1 semalam — didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook “Murtads in Malaysia and Singapore” menerusi segmen berita perdana 8 malam tadi, mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah.

16 July 2011

Atasi gangguan siaran atau hadapi padah - Amaran Rais pada Astro

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Atasi segera gangguan siaran semasa hujan atau hadapi tindakan undang-undang, demikian tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kepada Astro.

Beliau berkata rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan.

28 April 2011

Kampung Wifi atau Kampung 'Wife-I'?

Oleh: SHAHIRAH ABDUL HALIM

MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim dibidas kerana melakukan pembohongan dan melakukan jenayah pilihanraya dengan mengumumkan projek Kampung Wifi pada pilihanraya kecil Batu Sapi, November 2010.

Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendakwa Rais telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan berbohong kepada para pengundi di Batu Sapi dengan pengumuman enam buah kampung iaitu Kampung Air, Kampung Karamunting Lama, Kampung Karamunting Baru, sebahagian Kampung Bokara, Kampung Lupak Meluas dan Flat MPS akan dijadikan Kampung Tanpa Wayar (Kampung Wifi).

11 January 2011

DSAI - Liwat vs Rais Yatim - Rogol ... awat jadi lagu ni?

oleh Faisal Mustaffa
Usaha untuk menjatuhkan seseorang di dalam organisasi berlaku di mana-mana; di dalam parti, di luar parti, di dalam syarikat, di dalam jabatan - pada ketika mereka merebut kerusi dan jawatan.

Kali ini, usaha bagi menjatuhkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim (gambar kiri) berlaku dengan menyebarkan berita beliau memperkosa pembantu rumahnya, Robengah yang bekerja di rumah menteri itu sejak 23 Disember 1999 hingga 2007 selama lapan tahun.

Insiden dikatakan berlaku sekitar 2007 yang diketengahkan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Pada tahun 2007, sekiranya perkara ini dibangkitkan, sesungguhnya warga Indonesia serta kerajaan Indonesia sendiri sudah "mengamuk" kerana perhubungan Malaysia-Indonesia pada waktu itu tidak berapa baik, malah lebih teruk daripada kemarahan Indonesia terhadap Malaysia atas kekalahan semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki baru-baru ini.

Oleh kerana kejadian berlaku pada tahun 2007 dan dibangkitkan sekarang, maka menimbulkan persoalan sendiri. Adakah pihak yang membangkitkan isu ini benar-benar simpati terhadap mangsa dirogol si menteri atau tujuan menjatuhkan kerjaya menteri tersebut?

Sumber yang mendedahkan jenayah Menteri pada asalnya datangnya dari WikiLeaks dan kemudiannya diperbesarkan lagi oleh blog bigdogdotcom.wordpress.com dan rockybru.com.my.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didapati lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, sedangkan SKMM tangkas bertindak ke atas RockyBru melalui laman blognya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

Media Indonesia sendiri tidak terbakar dengan liputan yang dibuat. Mereka berpendapat, sikap Robengah itu sendiri yang sudah membuat pengakuan bahawa beliau tidak dirogol menutup segala spekulasi. Pihak Migrant Care yang menerima laporan awal kes ini juga tidak berhasrat untuk memperbesarkan kes tersebut kerana menghormati permintaan Robengah dan Pejabat Luar Negara Indonesia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut ditutup.

Robengah tidak mengakui dirinya dirogol. Suaminya juga meminta supaya tidak memporak-perandakan keluarganya. Bagi Perdana Menteri pada waktu kejadian berlaku, Abdullah Badawi juga mengeluarkan kenyataan dengan menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya. Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.

Lagipun, perkara ini dibangkitkan oleh seorang penulis yang sememangnya dijangkakan beragenda tersendiri.

Keputusan atas keyakinan PM

Berlainan sungguh dengan dakwaan yang dikenakan sebelum ini terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim (gambar kanan) sewaktu waktu dahulu. Di saat Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah. Anwar berkali-kali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia meliwat pemandu kereta isterinya, tetapi dakwaan tetap dikenakan - kerana Perdana Menteri yakin perkara ini berlaku.

Sehingga rencana ini ditulis, tiada sebarang dakwaan oleh pihak Peguam Negara terhadap Rais Yatim. Barangkali keputusan Peguam Negara (untuk tidak bertindak) berdasarkan atas keyakinan Perdana Menteri bahawa perkara tersebut tidak berlaku.

Tolak-tarik Pengakuan Bersumpah

Di Malaysia, pengakuan bersumpah seperti suatu yang boleh dipermainkan. Terdapat beberapa kes di mana pengakuan bersumpah yang dibuat, boleh dibuat pengakuan bersumpah lain satu lagi bagi menutup pengakuan bersumpah yang awal. Antara faktor-faktor yang menjadikannya begitu ialah kerana dipaksa membuat pengakuan, ada juga tidak lari daripada diugut, dan diberi rasuah.

Berikut beberapa contoh insiden pengakuan bersumpah yang dibuat di negara ini:

1. Julai 2008: P.Balasubramaniam, seorang peyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda memperincikan kisah yang mahu diceritakan berkenaan apa yang berlaku dan apa yang diberitahu kepadanya oleh tokoh-tokoh utama dalam kes tersebut termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri. Pengakuan berkanunnya juga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Pada 4 Julai 2008, P.Balasubramaniam didapati menarik kembali pengakuan tersebut. Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

2. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah Munawar Ahmad Anees, penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memperjelaskan betapa keji dan hinanya perbuatan polis Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka banggakan sebagai "profesional". Munawar mendakwa dipaksa membuat pengakuan bersumpah untuk membebaskannya daripada pendakwaan diliwat oleh Anwar Ibrahim.

3. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim kemudiannya membuat pengakuan bersumpah yang lain yang menyatakan beliau dipaksa membuat pengakuan bersumpah awal dan kemudiannya menafikan segala dakwaan liwat antara beliau dengan Anwar Ibrahim.

4. September 2008: Pengakuan Doktor Mohamed Osman, doktor yang memeriksa Saiful Bukhari (pihak yang mengadu diliwat Anwar Ibrahim) bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful.

5. 19 Jun 2008: Pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin penglibatan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sekarang, dalam kes pembunuhan Altantuya. Raja Petra kini menjadi buruan polis dan dakwaan di dalam pengakuan bersumpah tersebut langsung tidak dipertikaikan.

Mungkin benar, bahawa daripada pendakwaan tersebut mempunyai kepentingan tertentu, tetapi mengapakah siasatan tidak dibuat ke atas laporan polis yang telah pun dibuat oleh Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM b/p Solidariti Anak Muda Malaysia?

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas

MS: hahaha aku agak bukan saja aku, tapi ramai lagi yang berfikiran macam aku yang tak berapa pandai ni ... kes Rais ini akan berkesudahan macam ni ... penafian mangsa dan pemangsa. So polis pun akan kata, apa nak disiasat lagi selepas mangsa dah kata dia tak diapa-apa oleh majikannya ... rakyat senyum sinis bila baca kedua-dua penafiaan ini ... hahaha ... inilah kelebihan menteri-menteri umno ... pasai tu ramai nak jadi menteri ...
Kalau boleh aku pun nak jadi menteri juga ... hahahahahahahaha

15 July 2009

Datuk Zaid bidas Rais Yatim mengenai minyak di Kelantan

JULAI 14 — Rais Yatim, seorang Menteri dan juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, beberapa hari lalu telah membuat satu kenyataan yang luar biasa.

Bukanlah saya terkejut bila Rais membuat kenyataan yang luar biasa dan aneh itu. Dah memang menjadi “trademark” Rais yang begitu rupa. Kali ini dia berkata Kelantan tak ada hak di bawah undang-undang untuk membuat tuntutan terhadap Petronas daripada hasil minyak dalam kawasan Laut Cina Selatan yang sudah dalam produksi sejak tahun 2004.

Terengganu juga katanya tidak berhak kepada royalti minyak kerana apa yang diberi kepada Terengganu adalah wang ehsan mengikut budi bicara Kerajaan Pusat. Wah! Hebat sungguh kenyataan Menteri yang dikatakan pakar dalam bidang undang-undang itu.

Mungkin esok Rais akan mengumumkan pula bahawa Sarawak dan Sabah pun “tidak ada hak” untuk dapatkan royalti minyak dan beratus juta ringgit yang diperolehi sekarang hanyalah “wang ehsan” semata-mata. Kalaulah semua ini benar, maka ia bererti tak ada maknalah janji Petronas kepada Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah pada tahun 1975. Setahu saya, mengikut perjanjian itu, Petronas wajib membuat bayaran tunai dua kali setahun kepada negeri-negeri tersebut. Jumlah pembayaran itu adalah 5 peratus daripada hasil jualan minyak dari kawasan-kawasan yang dikenal pasti di Laut Cina Selatan.

Rais sepatutnya menjelaskan kepada rakyat apa yang sudah terjadi kepada perjanjian yang saya sebutkan itu. Apakah perjanjian itu sudah tidak boleh dipakai lagi? Mengapa mahkamah sudah sekian lama membekukan atau “cold storage” tuntutan Terengganu terhadap royalti minyak itu? Nampaknya mahkamah di negara kita dalam kes-kes tertentu begitu cekap dan pantas sekali membuat keputusan tetapi dalam hal-hal yang tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional, mahkamah mengambil masa begitu lama.

Apa dah jadi dengan tuntutan kerajaan Terengganu terhadap hasil minyaknya?

Bilakah kes tuntutan kerajaan Terengganu mengenai minyak itu akan didengar? Ada baiknya Rais tunggu sebentar dan jangan cuba menjadi hakim yang tahu segala-galanya. Saya yakin Malaysia masih ada hakim yang jujur dan para peguam yang lebih bijak dan cekap daripada Rais. Jadi biarlah mahkamah yang menentukan keputusan sama ada Terengganu dan Kelantan ada hak atau tidak dalam perkara ini.

Kepada Rais, saya harap beliau dapat menumpukan lebih banyak masa untuk meningkatkan mutu rancangan TV dan radio RTM serta memastikan agensi berita Bernama yang dibiayai sepenuhnya oleh pembayar cukai tidak menjadi alat kepada UMNO dan Barisan Nasional, daripada cuba berlakon menjadi hakim mahkamah. — myzaidibrahim

10 May 2009

Bogel di Pantai Mersing - Program Gila TV3 Denmark


Oleh by SIM LEOI LEOI, BEH YUEN HUI and A.RAMANAN @ The Star Online

dialih bahasa

Sebuah pulau di daerah Mersing Johor telah digunakan sebagai lokasi untuk satu program realiti sebuah stesen tv Eropah yang mana pesertanya terpaksa berlari dalam keadaan berbogel. Babak dari rancangan "Survivor Robinson Ekspeditionen" itu yang mana telah ditayangkan melalui stesen TV3 Denmark (kat Denmark pun ada TV3 ker?) telah pun diterbitkan dalam sebuah akhbar Online - ScandAsia.com.

Seorang pembaca yang mempunyai hubungan keluarga di Malaysia telah menghubungi Harian Metro untuk menyampaikan berita tersebut. Dalam babak tersebut kelihatan kedua-dua lelaki dan wanita berlari disepanjang pantai dalam keadaan "tanpa seurat benang".

Warganegara Denmark yang menghantar gambar tersebut kepada Metro berkata dia amat terkejut dengan kebenaran yang telah diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk pengambaran ini walaupun ia hanya lah "soft porn".

Adalah dipercayai inilah pertama kali rancangan ini menghendaki 16 dari 22 peserta nya berlari berbogel manakala 6 lagi hanya berseluar dalam. Juga difahamkan bahawa mana-mana peserta wanita yang enggan berbogel akan dikeluarkan dari program ini dan dihantar pulang.

Menurut seorang pegawai dari Majlis Daerah Mersing mereka hanya membenarkan pengambaran dibuat setelah memberitahu pihak penerbit bahawa tiada adengan bogel boleh dibuat di pulau tersebut. Untuk bulan ini dan bulan hadapan pengambaran hanya di Pulau Besar sebelum berpindah ke pulau lain pada bulan berikutnya.
Mimpi Senja : dah sah ada adengan bogel, nak siasat apa lagi ni. Kalau perkara lain yang membabitkan Pakatan Rakyat hangpa boleh tangkap dulu baru siasat macam kes Mat Sabu tu. Nak tengok video kejadian 7 Mei di Ipoh pun hangpa tangkap, pakai baju hitam hangpa tangkap,tapi bila kena batang hidung sendiri, konon nak siasat dulu , piiiiiiiiiraaahhhhhhhhhhhh
Apa kata YB2 di kawasan ini? Tak kan tak tau kot ...

08 August 2008

Rais minta tubuh majlis dalaman pantau penulis blog

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta supaya satu majlis dalaman ditubuhkan atau mekanisme dirangka bagi memantau laman dan penulis blog.

Katanya, dari segi perundangan, Akta Hasutan sudah memadai tetapi beliau bimbang mengenai langkah penguatkuasaan yang tidak menepati standard serta penubuhan majlis seperti itu akan membantu dalam penguatkuasaan.
Katanya undang-undang negara mungkin tidak dapat dilaksanakan terhadap penulis blog yang berada di luar negara tetapi sesuatu boleh dilakukan ke atas penulis blog dalam negara. ... seterusnya
Sumber: bharian

Senjakala: Awat yang takut sangat dengan penulis-penulis blog ni? Kalau dah buat tak betoi mcm ni la jadinya. Hanya yang bersalah saja akan takut

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive