Showing posts with label mb kedah. Show all posts
Showing posts with label mb kedah. Show all posts

16 April 2013

PRU 13 : MB Kedah akan ditentang sepupu sendiri

ALOR SETAR, 16 April —Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan ditentang sepupunya sendiri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika beliau kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. 

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mengumumkan sepupu Azizan, Mohd Fadzillah Mohd Ali, 55, seorang arkitek dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerai, sebagai calon BN kerusi DUN itu. Mohd Fadzillah, yang merupakan antara 19 muka baharu BN yang akan bertanding di kerusi DUN di negeri jelapang padi ini, berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan sepupunya itu yang juga pesuruhjaya PAS Kedah. 

Walaupun Azizan merupakan wakil rakyat DUN Sungai Limau sejak pilihan raya umum 1995, Mohd Fadzillah yakin dapat merampas kerusi DUN itu daripada PAS kerana beliau membantu membawa pembangunan di kawasan itu walaupun merupakan muka baharu dalam PRU. 

01 August 2012

EDISI KANTOI : Ustaz Azizan ditahan SPRM di sebuah hotel



Fitnah jahat blogger UMNO terkantoi lagi...

(MB Kedah Ditahan Bersama $etiausha Politik & Ketua Eksekutif PKNK oleh $PRM Di Sebuah Hotel)

27 July 2012

Mukhriz bakal porak perandakan BN Kedah - Ustaz Azizan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak percaya bahawa kajian yang menyatakan bahawa anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir adalah calon MB popular bakal memporak-perandakan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Azizan sebagai berkata, keputusan kajian Universiti Utara Malaysia tersebut sebaliknya bakal memberi kelebihan kepada PAS.


"Pemimpin BN asyik berkhayal siapa layak jadi menteri besar jika layak berkuasa. Selepas itu kem masing-masing mula mencantas pemimpin lain yang disenaraikan lebih awal.


"Ini satu kelebihan bagi PAS Kedah," katanya mengulas kajian yang dibentangkan dalam satu program Majlis Profesor Negara pada Rabu lalu.

16 July 2012

Pasai apa Ustaz Azizan buat macam tu ....?

Azizan tidak hormati PAS dan Pakatan Rakyat

Muda Mohd. Noor
 | July 16, 2012
Menteri Besar ada polisi sendiri, PAS ada polisi sendiri.
PETALING JAYA: Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) tidak menghormati PAS dan Pakatan Rakyat yang membantah penyenaraian FGV.
Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan pembelian tersebut dengan alasan mengikut prosedur serta tidak ada kaitan dengan politik.
Unit saham tersebut adalah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera. Bagaimanapun, 50,000 unit telah dijual.
Seorang pemimpin PAS Kedah ketika dihubungi hari ini pembelian saham itu bertentangan dengan pendirian PAS Pusat yang menolak FGV.

10 March 2012

Rais puji MB Kedah

SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertindak betul apabila meletakkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sebagai keutamaan dalam menghadapi krisis kepimpinan dengan dua Exconya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, dalam menghadapi tekanan sehingga membawa campur tangan Pas Pusat dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran negeri, ketegasan Azizan menangani krisis membuktikan beliau tetap mengutamakan undang-undang tubuh dan pandangan rakyat Kedah meskipun 'disepit' oleh kuasa luar.

"Ketegasan Menteri Besar Kedah ini harus dipuji kerana beliau tidak mahu pihak luar campur tangan dalam urus tadbir negeri," kata Rais selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) di sini, hari ini.

08 March 2012

Kecoh di Kedah, MB masuk hospital

Timbul 'Kekecohan' Di Kedah Azizan Dimasukkan Ke Hospital
ALOR SETAR: Kedamaian di Kedah sedikit tergugat apabila berlaku kekecohan di negeri ini walaupun Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya menjalani pemeriksaan rutin perubatan di hospital di sini.
Timbul spekulasi bahawa pesuruhjaya PAS negeri yang berusia 72 tahun dan mempunyai masalah kesihatan ini, mengalami serangan jantung tetapi ia ternyata tidak benar kerana dia beliau hanya pergi untuk pemeriksaan mata.
Setiausaha Akhbar Azizan, Mohd Helmi Khalid berkata Azizan pergi mendapatkan rawatan mata susulan di Hospital Sultan Bahiyah berikutan pembedahan katarak beberapa tahun yang lalu.
Beliau berkata, Azizan telah dimasukkan ke hospital pada hari Isnin dan akan dibenarkan keluar, Khamis.
"Beliau dijangka akan pulang ke pejabat pada hari yang sama," katanya.

04 March 2012

PANAS TERKINI : MB Kedah diarah letak jawatan?

Oleh : AZMAN ARIFFIN


AKHIRNYA, krisis politik yang melanda pentadbiran negeri Kedah ini selesai juga. Sumber memaklumkan penulis bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak telah diarahkan oleh PAS Pusat untuk meletakkan jawatan dan seorang Menteri Besar baru akan dilantik.

Tapi memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, seperti memohon perkenan DYMM Sultan Kedah untuk seorang Menteri Besar baru dilantik dan mendapatkan persetujuan semua ADUN Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, maka pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu, dan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Penulis mendengar jalan penyelesaian ini dicapai setelah campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Datuk Saifudin Nasution untuk membantu, memandangkan beliau sekarang berada di Islamabad, Pakistan. Saifudin telah menyampaikan amanat Anwar kepada Jawatankuasa Khas PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara ini yang diketuai Timbalan Presiden, Mohammad Sabu.

06 February 2012

Konspirasi singkir MB Kedah

Pemimpin, ahli PKR dalang penyebaran isu cuba jejas imej MB Kedah

ALOR SETAR: Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan sengaja membangkitkan pelbagai isu untuk menjejaskan imej beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sumber dalaman PAS berkata, usaha halus itu mula digerakkan secara aktif sejak beberapa bulan lalu untuk menyingkirkan Azizan jika pembangkang kembali menguasai Kedah selepas PRU-13.

Berikutan itu, ahli PAS peringkat pimpinan pertengahan dan bawahan negeri kini bertekad untuk mempertahankan kedudukan Azizan dan menuntut semula semua kerusi PKR yang bermasalah lompat parti bagi diserahkan kembali kepada PAS.

02 September 2011

Masalah kesihatan : Tiada rancangan gantikan Azizan

Oleh Clara Chooi
September 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Sept ─ Pemimpin kerajaan negeri Kedah berkata tiada cadangan untuk menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai menteri besar ekoran masalah kesihatan wakil rakyat PAS itu.

Ketika dihubungi pagi tadi, tiga Exco kerajaan mengakui terkejut apabila terdapat usaha untuk menggantikan Azizan seperti yang dilaporkan akhbar hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata beliau hanya mengetahui perkara itu pagi tadi apabila diberitahu terdapat “berita sampah dalam akhbar” mengenai pentadbiran Kedah.

25 December 2010

Larang pamer gambar MB Azizan di sekolah-sekolah

Sekolah larang gambar Azizan

ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut. - Sinar Harian
MS: Aku tak tau nak kata apa lagi dah pada Umno haramjadah ni, sampaikan gambar MB pun tak dibenarkan digantung disekolah-sekolah. Apa yang aku boleh kata Umno ni dah terdesak sangat-sangat, segala-galanya dia takut. Katanya politik tak sepatutnya dibawa ke sekolah, tapi arahan ini bukan kah bersangkutan denga n politik. Apakah ini arahan dari din sembab? ....

14 November 2008

MB Kedah Sedia Didakwa - malaysiakini

oleh SinarHarian

ALOR STAR-Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sedia didakwa jika tindakannya berkaitan dengan polisi kuota tanah adalah satu kesilapan.Beliau berkata, kawasan yang penduduknya majoriti kaum Bumiputera perlu diberi kelebihan untuk mengisi kuota terbabit.
Azizan berkata pihak pemaju tempatan sudah berjumpa dengan beliau dan menyatakan persetujuan dalam polisi tersebut.“Mereka berpuas hati dan sedang memikirkan mekanisma yang sesuai untuk dilaksanakan bagi menjual rumah yang tidak terjual mengikut cadangan kerajaan negeri,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kononnya ada tindakan saman yang akan dikeluarkan kepada pihak pemaju mengenai polisi terbabit, Azizan berkata beliau sedia didakwa jika apa pihak ingin menge-mukakan saman.“Jika betul mereka menyatakan apa yang dilakukan saya salah, saya sanggup didakwa, jika tidak saya tidak nampak mengapa perkara itu perlu,” ujarnya.
Menurutnya, surat permohonan maaf telah dihantar ke pejabatnya mengenai isu salah faham yang timbul.Katanya, mereka berpuas hati dan sedang memikirkan mekanisma yang sesuai untuk dilaksanakan bagi menjual rumah yang tidak terjual mengikut cadangan kerajaan negeri.
“Pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menimbulkan isu mengenai soal tanah di Kedah walhal mereka tidak mengetahui sistem pengurusan tanah di Kedah, dan campur tangan dari negeri lain tidak perlu,” ujar beliau. -- KedahLanie

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive