Showing posts with label edisi kantoi. Show all posts
Showing posts with label edisi kantoi. Show all posts

28 May 2014

PRK Teluk Intan : "Lompat Parti" ...sebenarnya macam ni la kerja macai UMNO, ...


TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN tidak berjalan seperti dirancang malam tadi apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan.

Shantini a/p Subramaniam, 46, seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam.

"Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang.

"Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya.

21 May 2014

Kerja Macai BN kantoi Lagi - dari Dyana pegang Kucing bertukar jadi Anjing

Foto Kantoi - Dyana peluk Anjing

Gambar sebegini pastinya akan memberikan persepsi yang sangat buruk kepada Dyana Sofya terutama di kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam.

Namun sudah menjadi adat bagi gerombolan macai yang ternyata seronok dengan budaya fitnah yang sudah menjadi sebahagian dari darah daging mereka selama ini. Hidup tak akan tenang jika sehari tidak buat fitnah dan kerja-kerja bodoh tahap bangang.

Jika diperhatikan betul-betul, gambar Dyana Sofya memegang anjing tersebut adalah palsu terutama sekali pada bahagian kepala dan badan anjing yang ternyata tak kena langsung hanya jika dilihat dengan mata kasar sahaja.

12 April 2013

Edisi kantoi : VIDEO MUSTAFA ALI DIEDIT..!!! -SAKSIKAN


TERHOT ! KERJA JAHAT UMNO TERKANTOI VIDEO MUSTAFA ALI DIEDIT..!!! -SAKSIKAN






Mustafa Ali enggan ulas isu video lucahSetiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini enggan mengulas berhubung dakwaan beliau terlibat dalam aksi lucah bersama seorang wanita tidak dikenali, yang disebarkan dalam bentuk video di blog-blog pro-Umno.


"Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai isu yang diperkatakan.

"Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan," katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan dalam akhbar web PASHarakahdaily sebentar tadi.

Lapan hari sebelum penamaan calon, beberapa blog pro-Umno memuatkan video melibatkan pemimpin itu dengan seorang wanita tidak dikenali dalam sebuah bilik hotel.

Penulis blog Papagomo mendakwa, wanita dalam video itu mengaku diupah PKR untuk memerangkap pemimpin itu - yang menurutnya orang paling lantang mendesak ke arah penyatuan PAS-Umno melalui kerajaan perpaduan.

Naib Presiden PKR N Surendran bagaimanapun berkata, dakwaan itu tidak berasas. Laman perkongsian Youtube sudah membuang video itu.

Harakahdaily: Mustafa mangsa politik Umno

Sementara itu, Harakahdaily juga melaporkan Mustafa sebagai mangsa "politik buruk Umno" dalam membunuh musuh politik selepas kelihatan tersepit.
Antara keadaan itu, menurut organ PAS itu lagi, apabila menifesto BN hanya disokong 19 peratus rakyat Malaysia, menurut undian dalam talian sebuah harian berbahasa Melayu.

Selain itu, menurut Harakahdaily lagi, BN tersepit apabila Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya - langkah yang disifatkan sejarah baru politik Malaysia apabila presiden parti komponen BN enggan bertanding.

"Dalam suasana tertekan inilah video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat," laporan itu dipetik.

Malah, tindakan menuding jari kepada PKR juga bertujuan melaga-lagakan kedua-dua rakan dalam Pakatan itu. - sumber

15 October 2012

Edisi Kantoi .... hahaha orang UMNO sendiri yang masuk UMNO


MB tertipu jika percaya 86 ahli PR sertai Umno

Khairil Abdul Rahim,15 Okt 2012
BERA: PAS menganggap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob tertipu jika percaya seramai 86 orang ahli parti-parti Pakatan Rakyat dari Cawangan Bukit Mendi menyertai Umno dalam ‘Majlis Pemimpin Turun Padang’ kelmarin.


Ketua Pemuda PAS Cawangan Bukit Mendi, Hasan Abdul Latif yang mendakwa mengikuti program yang dihadiri Datuk Seri Adnan Yaakub itu secara dekat, hampir semua yang hadir bukannya datang dari Felda berkenaan.

(Gambar: Hassan menunjukan laporan akhbar kononnya 86 ahli komponen PR menyertai Umno.)

“Saya pasti kebanyakan yang hadir didatangkan dari Kampung Baris, Felda Sungai Kemahal, Jawi-jawi yang semuanya dari Dun Menteri Besar sendiri (Dun Pelangai).

“Memang ada seorang penduduk Bukit Mendi iaitu Ismail Yusoff yang mengetuai kumpulan masuk Umno dan majlis tersebut diadakan di perkarangan kedainya sendiri, tetapi dia hanya bekas penyokong DAP” jelasnya.

12 October 2012

Edisi Kantoi : Mat Sabu pegang babi


JOM KITA KENALI WAJAH FACEBOOKER UMNO YANG MEMFITNAH TIMBALAN PRESIDEN PAS, TUAN HJ MOHAMAD SABU DENGAN MEMBUAT GAMBAR SUPERIMPOSE BELIAU SEDANG PANGANG BABI!!!!!!


Beginilah akhlak dan cara para soldadu maya (cybertrooper) menyerang pimpinan PAS.

Jenis membuat gambar yang telah diedit dan superimpose.

01 August 2012

EDISI KANTOI : Ustaz Azizan ditahan SPRM di sebuah hotel



Fitnah jahat blogger UMNO terkantoi lagi...

(MB Kedah Ditahan Bersama $etiausha Politik & Ketua Eksekutif PKNK oleh $PRM Di Sebuah Hotel)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive