04 March 2012

PANAS TERKINI : MB Kedah diarah letak jawatan?

Oleh : AZMAN ARIFFIN


AKHIRNYA, krisis politik yang melanda pentadbiran negeri Kedah ini selesai juga. Sumber memaklumkan penulis bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak telah diarahkan oleh PAS Pusat untuk meletakkan jawatan dan seorang Menteri Besar baru akan dilantik.

Tapi memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, seperti memohon perkenan DYMM Sultan Kedah untuk seorang Menteri Besar baru dilantik dan mendapatkan persetujuan semua ADUN Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, maka pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu, dan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Penulis mendengar jalan penyelesaian ini dicapai setelah campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Datuk Saifudin Nasution untuk membantu, memandangkan beliau sekarang berada di Islamabad, Pakistan. Saifudin telah menyampaikan amanat Anwar kepada Jawatankuasa Khas PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara ini yang diketuai Timbalan Presiden, Mohammad Sabu.

Sebelum itu juga, dilaporkan Saifudin Nasution telah menghubungi Datuk Phahrolrazi Zawawi untuk memaklumkan keputusan Anwar.

Azizan pula, walaupun dikhabarkan menerima keputusan tersebut, telah mengarahkan Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Kedah (melalui Setiausaha Sulit Kanannya, Helmi Yahya) untuk mengeluarkan kenyataan menolak sebarang usaha menyingkirkannya dari jawatan tersebut.

Kedua dewan ulama tersebut telah mengeluarkan kenyataan bersama melalui ketua masing-masing, Datuk Harun Taib dan Syeikh Mohammad Abdullah, semalam disini.

Tapi sokongan kedua-dua dewan tersebut dijangka tidak mampu menghalang persetujuan yang telah dicapai kerana Azizan bakal dibiarkan berseorangan dalam menghadapi isu penyelewengan peruntukkan menyelenggara jalan dari kerajaan pusat berjumlah RM 150 juta yang sedang disiasat SPRM, menurut sumber tersebut lagi.

Walaupun Azizan menuduh isu tersebut berkait rapat dengan Phahrolrazi atas kedudukkannya sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai agensi pelaksana, tapi sebagai Menteri Besar, Azizan bertanggungjawab atas semua masalah yang mungkin timbul dari isu tersebut.

Exco hanya menjalankan tugas yang telah diputuskan dalam mesyuarat Exco negeri yang dipengerusikan Menteri Besar.

Penulis mendengar, isu ini juga telah dikenalpasti oleh PAS Pusat sebagai punca utama perbalahan yang berlaku sekarang.

Apa sekalipun, penulis meminta semua pihak terbabit menerima keputusan PAS Pusat ini dengan hati terbuka kerana ia adalah untuk kebaikan semua pihak dan kelangsungan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah negeri Kedah dalam pilihanraya umum akan datang.

Kepada yang telah dikenalpasti sebagai calon Menteri Besar, penulis mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. -Sabahkini

4 comments:

Anonymous said...

Ada seorang kawan bertanya aku nie ahli parti politik mana. Aku kata aku tak berparti. Tanya dia lagi mengapa tak menjadi ahli mana2 parti kerana katanya rugilah kalau begitu. Aku menjawab biar aku rugi dari aku silap. Rugi bermaksud aku tak dapat apa2 dan kalau aku silap aku bersubahat dengan dasar parti2 tersebut.....

KulimBoy said...

Isu penyelewengan mana-mana dana rakyat merupakan isu yang paling celaka dalam PAS, walaupun isu seperti ini amat relevan untuk UMNO dan menjadi kebiasaan bagi parti PKR.
PAS tidak menerima mana-mana pemimpinnya melakukan perbuatan hina tersebut kecuali dilaknat seperti terlaknatnya iblis.
Jika terdapat pemimpin PAS yang menjadi penyamun dan perembat harta rakyat, maka semua ahli PAS akan doakan mereka semoga digoyang kaki mereka daripada perjuangan PAS dan terkubur sebagai terkuburnya puak-puak munafiq yang mengunakan agama untuk kepentingan diri.
Penyebar sebenar cerita mengenai penyelewengan pemimpin PAS adalah taik UMNO. Mereka cuba untuk menyamakan perangai jijik UMNO dengan wanginya perjuangan Islam.
Kesah YB menentang MB di Kedah tidak memerlukan orang diluar PAS untuk menyelesaikan. Amalan ini bukannya baru, sejak zaman bayi lagi PAS berdiri atas kaki sendiri. PAS tidak pernah ketandusan ahli yang boleh menjadi penasihat dan mursyid. Mereka yang berlagak ingin menjadi penasihat dan orang tengah dalam rumahtangga PAS adalah umpama "katak yang berlagak nak jadi kerbau".
Kembali bertautnya YB dan MB Kedah adalah perkara biasa, tiada pun yang luar biasa. Hanya dengan lawatan dan serban TGNA dan TGHH, kedua-dua belah akan menamatkan ikhtilaf yang penuh dengan kebodohan. Senjata utama penyatuan bagi YB dan MB Kedah adalah kedua-dua belah pihak adalah pejuang Islam yang sayangkan PAS.
Jika YB keras kepala tidak mahu beralah dengan penyelesaian PAS, halau keluar mereka seperti TGNA dan TGHH menghalau Hasan Jati.
Begitu juga, jika MB Kedah masih keras kepala dan membuka mulut seluas mulut Hasan Jati, maka TGNA dan TGHH masukkan sahaja dalam guni beras cap "Hasan Jati".
"Bagi orang PAS, serban TGNA dan TGHH lebih bernilai dan dimuliakan daripada seratus YB dan sepuluh orang Menteri Besar".

Anonymous said...

jgn dok percaya kes penyelenggaraan jln negeri tu. Penulis pakai dok sedap hentam aje sebenarnya selagi dato SS tak tandatangani LA selagi tu la projek tu x berjalan tp sebenarnya dok berkira nak bg kat GLC BINAK

ajib said...

"penyelesaian dicapai selepas campor tgn anuar melalui saifudin kpd mat sabu" sapa dia azman ariffin ni? sapa pulak sabahkini? apa pulak kena mngena ngan nuar? org pkr yg lompat parti kat kedah pun ramai. sudah2 la nak mereka cerita tak tau ujung pangkal ni. waktu senja pegi smayang maghrib la, bkn bmimpi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive