Oleh Anti Parasit
Isu di Kedah kain terserlah. Jawab menjawab di dada akhbar sudah mula menjadi lumrah.Dulu akhbar-akhbar ini menjadi bahan bungkusan nasi lemak di kola atau ke bendang. Tiada makna membaca kerana kebanyakan berita politik hanya mengarut belaka. Tapi kini dibuatnya sidang media untuk menjelaskan tentang kedudukannya.
Bercakap seolah-olah kami para penyokong dan pengundi tegar pas tak pandai menilai.
Kami juga hadir mengikutinya. Maka ramailah muka-muka orang yang dikatakan cerdik pandai politik disekeliling dan ada juga yang menyembunyikan diri seolah-olah tidak terlibat dengan Phahrolrazi. Kalau Aris Awang kata dia pandai, Hj Nan kata dia hebat dan beberapa orang lagi yang bergerak keliling negeri , kami lagi hebat.Hangpa setakat hebat atas pentas dan markas saja. Tak payah la dok jadi petualang. Berenti saja la kerja hangpa tu
Kami yang bertungkus lumus dikedai kopi, diatas pokok, didalam hutan buluh bukan untuk Phahrolrazi,bukan untuk Ustaz Hadi,bukan untuk Dr Ismail,bukan untuk ustaz Azizan tapi untuk PAS.Kami yang dok berhadapan siang malam dengan pengundi menerangkan bab Islam dan PAS. Menerangkan macamana umno memperbodohkan rakyat. hangpa kira kat kedai tu saja.Habis takdak dok kat tempat Nasir belakang tu.
Sudahlah hoi, setakat dok mesyorat kat kedai Imran dan nasi 3 rasa. Kami mesyorat disemua kedai kopi seluruh negeri. Otak kami beribu untuk berfikir demi PAS. Mata kami lebih banyak dari hangpa,telinga kami pun lebih banyak juga. Mulut kami lebih banyak untuk bercakap bab perjuanga pas ni.Perasaan kami pun lebih marah dari hangpa.Kami marah kerana hangpa ni sudah menjadi pengkhianat perjuangan Islam.
Elok la hangpa pakat berenti cara terhormat sebelum kami sepak hangpa macam kami sepak umno masa pilihanraya. Jadi wakil rakyat dan exco sibuk memanjang macam la kami ni tak pandai pentadbiran. Kalau kami tak pandai sudah tentu bendang kami naik menerung penuh. Bot kami jadi macam lori sampah. Kedai kami jadi macam kedai besi buruk la.
Kepada pimpinan pas,kami harap pertimbangkan elok-elok untuk masa depan. Kalu letak calon macam Phahrolrazi lagi alamat kurang baik la keputusannya. Bagi kami pemimpin dan wakil rakyat ni kalau ada Ir ka Dr. ka ustaz ka tapi tak ikhlas dan penyegan lebih baik lantik pemimpin yang dok bergelumang dengan parti tapi akal depa cerdik,amanah ,istiqamah,ikhlas dan rajin walaupun takdak apa-apa gelaran depan tu. Kerana orang macam depa menjadikan kami segan dan kami sanggup tubuh cawangan,kami sanggup panjat pokok pasang bendera.
Harap pemimpin macam Phahrolrazi,Dr ismail ka Aris awang ka, Haji Nan ka dan beberapa kerat lagi setakat buat kerja dengan ayaq lioq saja. Tambah lagi yang dok keliling kelalang depa tu,sapa yang tak kenai. Masa sebelum boleh memerintah kerja dok bawa pemimpin itu ini saja. Pegang jawatan apa pun tak berani.Tapi bila dapat merintah,depa pula jadi tuan penasihat lebih dari yang dok pengidup cawangan dan markas…Pirahhh..Mata kami lebih banyak dari mata hangpa.Tangan kami lebih banyak dari tangan hangpa. - Tranungkite
4 comments:
aku setuju sgt dgn komen ini.kami yg tk dk jawatan besag ni la yg keja tngh mampoih dok bg hampa naik.aleh2 mai dh ada kosa hampa yg nk pelingkop PAS..sedag la diri tu..baru ALLAH bg skit ujian kemenangan hampa dh tk buleh kigha pa dh..kalu cakap dlm ceramah hampa la lebih islam dari org len....
Aku setuju apa yang bro Kaki di atas kata.
Assalamualaikum, saya kira satu pandangan yang amat baik cuma penjelasannya agak kurang jelas. Dalam memilih pemimpin, kita perlu melihat pada perlantikan Rasul SAW sebagai iktibar. Allah melantik Muhammad SAW bukan kerana kelayakan akademiknya atau darjatnya tetapi kerana IMAN, IKHLAS,AMANAH dan PEKERTI yang ada pada beliau. Inilah sunnah yang perlu diikuti oleh setiap umat Rasuluallah SAW. Wallahhualam.
Kadang-kadang ada orang nak pemimpin-pemimpin lama tumbang sebab ada kaki busuk kebuloq nak jadi calon. Aku tahu sangatlah perangai UMNO ni dalam PAS.
Kaki-kaki busuk ini, masa zaman PAS kalah memanjang tak kebuloq pun nak jadi calon. Tapi semenjak dua menjak ni ramai nak tawaq diri nak jadi calon sebab nak kebuloq nak penuhkan penuhkan tembolok... yang tak ada tokoh memimpin satu hal, yang tak disukai ahli-ahli pun satu hal, yang ada masalah kelaku pun satu hal.
Yang kami perlukan bukan wakil rakyat yang ikhlas pada PAS semata-mata, tetapi ikhlas kerana Allah, Islam, rakyat dan PAS.
Jadi hayatilah hadis Rasulullah SAW ini:
Abu said (abdurrahman) bin samurah r.a. Berkata: Rasulullah saw telah bersabda kepada saya : ya abdurrahman bin samurah, jangan menuntut kedudukan dalam pemerintahan, karena jika kau diserahi jabatan tanpa minta, kau akan dibantu oleh Allah untuk melaksanakannya, tetapi jika dapat jabatan itu karena permintaanmu, maka akan diserahkan ke atas bahumu atau kebijaksanaanmu sendiri. Dan apabila kau telah bersumpah untuk sesuatu kemudian ternyata jika kau lakukan lainnya akan lebih baik, maka tebuslah sumpah itu dan kerjakan apa yang lebih baik itu. (Bukhari, muslim)
Post a Comment