04 March 2012

Isu Kedah selesai.

KUALA LUMPUR- Pertemuan khas antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah malam tadi telah mencapai keputusan yang dijangka akan menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di negeri itu.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi pagi ini berkata, keputusan yang dicapai malam tadi mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.
"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.
"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasami dalam masa terdekat," katanya kepada Harakahdaily.
Malam tadi, pertemuan khas bagi mencari penyelesaian isu Kedah itu berlangsung lebih lima jam bermula sekitar jam 9.30 malam sehingga jam 3 pagi tadi di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon, Alor Setar.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah yang dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.
Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.
Difahamkan pertemuan malam tadi itu dibahagikan kepada dua sesi iaitu pertama pertemuan empat mata antara Salahudin dengan Phahrolrazi, kemudian dengan Ustaz Azizan.
Ia kemudiannya disusuli dengan pertemuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Negeri yang dipengerusikan presiden parti sendiri.
Menurut Salahudin lagi, keputusan sebulat suara malam tadi itu juga dibuat dengan meletakkan kepentingan parti sebagai asas utama.
Malah katanya, keputusan itu juga telah dimaklumkan kepada Phahrolrazi.
"Keputusan itu telah kita sampaikan kepada Yb Phahrolrazi," ujarnya.
-Harakahdaily

5 comments:

Anonymous said...

kanang pulak ada ada jadi Cah Keting sudah la.

Jalankan tugas masing2 dan biar PUSAT yang handle.

Jangan pulak ada yang jadi macam Hassan Jati, lidah rasmi musuh jadi pilihan utk luahkan perasaan. Kalau ini berlaku aku harap PUSAT terus ambil tindakan penyinkiran dan nyah terus dari PAS. Orang yang macam ni adalah PARASIT.

yANG KEDUA: KALAU MANA2 ESCO YANG TAK DAPAT BEKERJA DGN KETUA, SILA BERHENTI DGN TERHORMAT DAN BERI PELUAN PADA ORANG YANG BOLEH BEKERJA SUPAYA PENTADBIRAN KERAJAAN BERJALAN LANCAR.

YANG KETIGA: KALAU DAH SUKARELA BERHENTI JANGAN LAH PULAK BERDENDAM DAN MENGHASUT ORANG LAIN SUPAYA BERENTI ATAU TAK BEKERJASAMA DGN KETUA. INI PERBUATAN PENGKHIANAT.

YANG KEEMPAT: JANGAN MEMBOIKOT KETUA YANG TAK DI SUKAI. MEMBOIKOT KETUA BERMAKNA MENGHANCURKAN INSTITUSI KERAJAAN TERSEBUT DAN SECARA TAK LANGSUNG MEMBOPIKOT PARTI. INI JUGA PENGKHIANAT.

YANG KELIMA: KALAU NAK BEKERJA BALIK DGN KETUA, KENA IKUT KATA DAN ARAHAN KETUA. BOLEH BAGI PENDAPAT TAPI KATAPUTUS ADALAH PADA KETUA. NAK BEKERJA DGN KETUA JANGAN BERSYARAT PULAK. KALAU BERSAYARAT BERMAKNA MENGUGUT KETUA. SO, LEBIH BAIK JANGAN BEKERJA KALAU MACAM TU. SEBAB INI KAN MEMBANTUTKAN TUGAS KETUA. KALAU SEMUA ESCO BAGI SYRAT MASING2 APA AKAN JADI PADA KETUA? APA AKAN JADI PADA KELICINAN PENTADBIRAN. KETUA APA MACAM NI. KETUA TAK BOLEH BAGI KATA PUTUS. LEBIH BAIK ESCO MASING2 JADI KETUA. DAN TAK PAYAH KETUA MB.

KulimBoy said...

Kes PAS Kedah tidaklah sepayah mana jika dibandingkan dengan kes Hasan Jati, dimana kes PAS Kedah melibatkan mereka yang sayang kepada parti. Sementara kes Hasan Jati melibat kelompok yang ingin cari helah untuk menentangkan parti dan malu muka kerana budi.
YB Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi bangkit melawan ketuanya MB Azizan kerana merasakan partinya terancam dan menjadi punah ranah dengan tindak tanduk MB Azizan.
Sementara MB Azizan terasa tersentak dengan teguran terbuka beramai-ramai dari YB-YBnya sendiri. Bertambah pedih Dewan Ulamak PAS Kedah sendiri mengiakan apa yang ditentang oleh YB-YBnya. Mungkin beliau tidak dapat menerima kenyataan ini, namun inilah kebenarannya, bahawa ramai ahli PAS Kedah terasa MB bukan seorang yang diingini.
Namun yang menjadi ajaib bin pelik, kenapa penyakit yang berlaku dalam PAS Kedah boleh sampai keseluruh alam. Adakah PAS pusat tidak mengetahui bahawa ada masalah pelik dalam PAS Kedah?. Kalau PAS pusat mengetahui, mengapa tidak diambil tindakan segera?. Adakah PAS pusat mahu melihat "penyakit kencing manis" yang dialamai oleh PAS Kedah diperingkat parah, baru tindakan akan diambil?.
barulah PAS pusat nak pergi berubat?.
Pada asasnya, cerita YB memprotes MB tidak mungkin tersebar, jika PAS pusat bersikap cakna dan pro aktif. Kalaulah pimpinan PAS pusat tidak bersikap pekak badak, nescaya tiada siapa yang akan malu dan rasa bersalah. YB Paroralzi tidak perlu menjadi pemberontak dan MB Azizan tidak perlu menjdi seorang yang keras kepala. YB Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi tidak perlu lagi dihitam blackkan namanya dan MB Azizan tidak lagi dimamok sebagai MB kepala batu atau MB kepala angin.
Ketahuilah bahawa kes YB melawan MB tidak mungkin berlaku dalam masa dua tiga hari, bahkan sudak terbuku dihati sejak 2 tahun lepas. Akhirnya terpecah dan meletup apabila tidak dapat lagi ditahan dan dipendam. Bau bangkai yang pecah ini telah membusukkan parti PAS keseluruhannya. Bahkan imej kerajaan ulamak yang dilaungkan menjadi seperti hujan dimusim tengkujuh yang turuh tanpa dipeduli.
Jika PAS tumbang di Kedah, jangan sekali-kali telunjuk dihalakan kepada YB dan MB Kedah. Bahkan jangan sekali-kali mengatakan orang Kedah tolak tuah. Namun halakan betul-betul ke muka pimpinan PAS pusat yang lena dan tidur disiang hari. Pimpinan PAS bertanggungjawab penuh atas apa yang berlaku di Kedah.
"anak bergaduh bawa parang dan lembing, bapa boleh tersengih-sengih ditepi jalan".

Anonymous said...

Exco Phahrolrazi sebenarnya tidak sabar utk menjadi ketua. Pergilah belajar sikit macamana nak hormat ketua. Sekarang ketua kamu ialah YB MB Azizan. Dia ada cara tersendiri utk mentadbir. Dia ada cara dia macamana nak uruskan Kedah.

Masalahnya ialah apabila orang bawahan terutamanya si Phahrolrazi tidak pandai menghoirmati ketua. Sebagai seorang ketua beliau mempunyai kata putus. Apa makna sebagai seorang ketua tapi hanya jadi pak turut. Tidak ada idea. Tidak ada wawasan. Tidak ada matlamat. Hanya mengikut telunjuk orang bawahan. Kalau sedemikian tak gunakan jadi ketua.

Dalam mana2 organisasipun, orang bawahan mesti mengikuti arahan ketua. Kalau beliau tidak boleh mengikuti, beliau boleh meletak jawatan. Kerana orang yang sedemikian akan merosakkan pentadbiran.

Aku pasti jika si Phahrolrazipun bila menjadi ketua kelak mahu orang bawahannya mengikuti arahan dan keputusan dpdnya. Lihat lah contoh di Kuala Kedah. Begitu rakus dan sombong menggunakan kuasa untuk mengugut exco Ir Amiruddin untuk mengikuti arahannya. Jika tidak akan diboikot. Ini baru di peringkat kawasan Kuala Kedan, Kalau di peringkat negeri aku tak tahulah apakejadahnya si Phahrolrazi ni akan ambil tindakan.

Jadi, kalau dia mahu Ir Amiruddin mengikutinya kenapakan dia pulak tidak mahu mengikuti arahan dan keputusan YB Azizan.

Sebab itu orang ramai mengandaikan yang si Phahrolrazi ini GILA KUASA. tAK SABAQ NAK JADI KETUA IE MB.

Anonymous said...

Weiii Wak Dol
Apa punya ngapla la hang ni.
Nak salahkan pusat apasdal.
Tak dak kena mengena lah

Yan masalahnya ialah si Phahrolrazi ni.
Berangan nak jadi MB cepat sangat.

Aku kalau si Pahrolrazi ni dicalonkan lagi, memang aku akan pastikan dia ni di TONGGENGkan.
Jenis PARASIT.

Anonymous said...

PELAQ betoi la si Phahrolrazi ni.
Dalam keadaan nak hampir PRU-13 ni boleh lagi dia buat kalut kat kerajaan negeri dan parti.

Ni yang PALING aku BENGANG kat YB yang macam ni.

Orang dok kalut nak kuatkan parti, dia kalut nak punahkan kerajaan yang ada.

PELAQ...memang PELAQ

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive