Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa sebahagian besar tanah yang akan dipajak kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk rancangan penyenaraian syarikat itu merupakan kawasan tanah rizab Melayu.

Kajian PKR menunjukkan bahawa sejumlah 105,382 ekar tanah daripada 847,362 ekar yang akan dipajak itu merupakan tanah rizab Melayu, kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, perkara itu berdasarkan perjanjian yang ditandatangani Felda Plantation Bhd, yang sebelum ini mempunyai pegangan ke atas tanah berkenaan, dan juga FGVH.