Azizan tidak hormati PAS dan Pakatan Rakyat
Menteri Besar ada polisi sendiri, PAS ada polisi sendiri.
PETALING JAYA: Keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) tidak menghormati PAS dan Pakatan Rakyat yang membantah penyenaraian FGV.
Ketua Eksekutif PKNK, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan pembelian tersebut dengan alasan mengikut prosedur serta tidak ada kaitan dengan politik.
Unit saham tersebut adalah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera. Bagaimanapun, 50,000 unit telah dijual.
Seorang pemimpin PAS Kedah ketika dihubungi hari ini pembelian saham itu bertentangan dengan pendirian PAS Pusat yang menolak FGV.
Katanya, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai pengerusi PKNK sepatutnya mengarahkan perbadanan tidak membeli unit saham tersebut.
Beliau sepatunya menghormati PAS Pusat dan NGO ANAK yang berjuang membantah penyenaraian FGV.
Sudut bisnes
“Dia (Azizan) tidak respect (hormat) polisi Pakatan Rakyat dan PAS sendiri,” kata pemimpin itu lagi.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahadzir Khaled keputusan PKNK itu menunjukkan PAS telah mengiktiraf FGV.
“Menteri Besar ada polisi sendiri, PAS ada polisi sendiri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, Azizan tidak mengutamakan sentimen PAS sebaliknya melihat dari sudut bisnes.
“Dia tengok FGV menguntungkan, dia pun beli. Dia tidak kira pemimpin PAS lain,” katanya.
Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/16/azizan-tidak-hormati-pas-dan-pakatan-rakyat/#ixzz20lHQeCPl
2 comments:
keberkesanan kepimpinan pas hari ini. sape presiden pas yek?
Ahli PAS yang liar, susah nak ikut keputusan jemaah.Nak ikut kepala sendiri, x hormat keputusan Amir jemaah. Buat malu presiden PAS je..UMNO pulak lagi bagus dari segi ini, MB nya boleh hormat pada keputusan parti. Parti yg mencanangkan cara hidup Islam ahlinya pulak x boleh patuh pada keputusan jemaah..MALU. Tukar je MB Kedah bila dah menang nanti.
Post a Comment