Showing posts with label mukhriz. Show all posts
Showing posts with label mukhriz. Show all posts

24 October 2013

Kekalahan Mukhriz beri kelebihan pada PAS di PRK Sg Limau


JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melihat kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada pemilihan Umno lalu memberi kelebihan kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Katanya, peluang itui harus diambil oleh PAS untuk bekerja lebih keras dalam meningkatkan majoriti di sebalik kelemahan Mukhriz atas kekalahannya merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Menurut beliau, Mukhriz pasti ingin mengembalikan kekuatan ekoran kekalahan itu pada PRK kali ini, namun usaha tersebut agak lewat kerana kebanyakan akar umbi telah menolaknya.

"Saya melihat pada PRK kali ini PAS perlu mengambil peluang atas kekalahan Menteri Besar Kedah pada pemilihan Umno yang lalu,” ujarnya.


Salahuddin turut yakin dengan kepimpinan yang dimiliki Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dalam menyusun strategi kempen yang pastinya akan memberi motivasi serta kekuatan kepada jentera parti.

"Dengan faktor-faktor sedemikian, di samping kita memang mempunyai kekuatan di sini dan juga peringkat negeri mahu pun induk kita pasti dapat mempertahankan kemenangan," katanya.

Salahuddin juga melihat cabaran yang cukup besar dihadapi oleh jentera PAS adalah ingin menguasai lima kubu kuat Umno.

Katanya, PAS akan memberi fokus dan tumpuan kepada strategi gerak kerja bagi mengekalkan sokongan sedia ada dan mendapatkan sokongan semaksimum mungkin di kawasan kubu kuat Umno

15 August 2013

Nepotism & Kronism : Mukhriz patut nasihat bapanya dulu


nepotisme
SHAH ALAM 15 OGOS: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir patut menasihati bapanya terlebih dulu sebelum membuat kenyataan untuk tidak memberi projek kepada ahli keluarga.
Seumpama ‘cakap tidak serupa bikin’, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, berkata kenyataan Mukhriz itu meragukan kerana bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad pengamal nepotisme yang ekstrem.
“Sebaik-baiknya Mukhriz menasihati dahulu bapanya yang sebelum ini pernah mengatakan dirinya bersih dan amanah tetapi ‘kotor’ dan kronisme,” katanya kepada TV Selangor.
Semalam, Mukhriz membuat kenyataan kononnya tidak mahu memberi sebarang projek kepada ahli keluarga bagi mengelakkan konflik kepentingan tetapi mahu meminta ‘nasihat’ mereka.
Pada 1997, Mahathir cuba menyelamatkan syarikat anak-anaknya melalui ‘bail-out’ menggunakan dana Petronas ketika negara berdepan dengan kegawatan ekonomi hingga membawa kepada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulas lanjut, Johari bagaimanapun, menyambut baik kenyataan itu yang disifatkan sebagai petanda baik jika dilaksanakan kerana bapa Mukhriz gagal melakukan perkara sama.

“Lihat saja bapanya, cakap mengenai ketuanan Melayu, bersih dan amanah tetapi hakikatnya beliau mengamalkan nepotisme yang ekstrem.
“Bukan sahaja mengaut keuntungan harta kekayaan rakyat untuk diberi kepada kroni tetapi juga memberi projek besar kepada anak-anaknya dan syarikat milik keluarga,” katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
Beliau berkata, Mukhriz harus terlebih dahulu mengamal tender terbuka dengan mendahulukan anak-anak Kedah, sebelum sebelum membuat kenyataan ‘tidak memberi projek kepada keluarga’.

20 February 2013

Pemimpin umno Kedah pun ramai tak suka Mukhriz


February 20, 2013
Khabar angin tentang pencalonan Mukhriz sebagai calon menteri besar timbul beberapa tahun lalu. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 20 Feb – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Kedah berhati-hati dalam menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon menteri besar jika parti tersebut memenangi negeri jelapang padi itu dengan mengatakan pengalaman di peringkat pusat atau faktor keturunan bukanlah jaminan kepada kejayaan.
Beberapa ADUN yang dihubungi The Malaysian Insider mengatakan Mukriz tidak mempunyai kelebihan kerana beliau anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, atau sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sambil menegaskan mentadbir negeri di utara tersebut berbeza dengan pentadbiran di peringkat pusat.
“Status sebagai seorang anak mantan perdana menteri bukan sesuatu jaminan kepada beliau,” kata ADUN Bukit Kayu Hitam Datuk Ahmad Zaini Japar kepada The Malaysian Insider.
“Pengundi sekarang banyak mendapat maklumat dan mereka sudah bijak untuk membuat pilihan,” tambah beliau
seterusnya diSINI

27 July 2012

Mukhriz bakal porak perandakan BN Kedah - Ustaz Azizan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak percaya bahawa kajian yang menyatakan bahawa anak bekas perdana menteri Datuk Mukhriz Mahathir adalah calon MB popular bakal memporak-perandakan BN.

Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Azizan sebagai berkata, keputusan kajian Universiti Utara Malaysia tersebut sebaliknya bakal memberi kelebihan kepada PAS.


"Pemimpin BN asyik berkhayal siapa layak jadi menteri besar jika layak berkuasa. Selepas itu kem masing-masing mula mencantas pemimpin lain yang disenaraikan lebih awal.


"Ini satu kelebihan bagi PAS Kedah," katanya mengulas kajian yang dibentangkan dalam satu program Majlis Profesor Negara pada Rabu lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive