24 October 2013

Kekalahan Mukhriz beri kelebihan pada PAS di PRK Sg Limau


JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melihat kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada pemilihan Umno lalu memberi kelebihan kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Katanya, peluang itui harus diambil oleh PAS untuk bekerja lebih keras dalam meningkatkan majoriti di sebalik kelemahan Mukhriz atas kekalahannya merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Menurut beliau, Mukhriz pasti ingin mengembalikan kekuatan ekoran kekalahan itu pada PRK kali ini, namun usaha tersebut agak lewat kerana kebanyakan akar umbi telah menolaknya.

"Saya melihat pada PRK kali ini PAS perlu mengambil peluang atas kekalahan Menteri Besar Kedah pada pemilihan Umno yang lalu,” ujarnya.


Salahuddin turut yakin dengan kepimpinan yang dimiliki Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dalam menyusun strategi kempen yang pastinya akan memberi motivasi serta kekuatan kepada jentera parti.

"Dengan faktor-faktor sedemikian, di samping kita memang mempunyai kekuatan di sini dan juga peringkat negeri mahu pun induk kita pasti dapat mempertahankan kemenangan," katanya.

Salahuddin juga melihat cabaran yang cukup besar dihadapi oleh jentera PAS adalah ingin menguasai lima kubu kuat Umno.

Katanya, PAS akan memberi fokus dan tumpuan kepada strategi gerak kerja bagi mengekalkan sokongan sedia ada dan mendapatkan sokongan semaksimum mungkin di kawasan kubu kuat Umno

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive