MH17: Perancis Beri 'Amaran' Jika Rusia Enggan Bekerjasama


Francois Hollande.

PARIS: Perancis memberi amaran kepada Rusia supaya memberi 'tekanan' kepada puak pemisah, pro-Kremlin di Ukraine agar memberikan kebenaran kepada pasukan penyiasat dan penyelamat untuk masuk ke lokasi kejadian nahas pesawat MH17.


"Sekiranya Rusia tidak mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera, negara itu bakal berhadapan dengan tindakan yang akan dikenakan oleh Kesatuan Eropah pada Majlis Luar Negeri yang akan berlangsung Selasa ini," kata Presiden Perancis dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan bersama pemimpin Perancis, Jerman dan Britain pada Ahad.

16 April 2013

PRU 13 : MB Kedah akan ditentang sepupu sendiri

ALOR SETAR, 16 April —Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan ditentang sepupunya sendiri pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika beliau kekal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau. 

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah hari ini mengumumkan sepupu Azizan, Mohd Fadzillah Mohd Ali, 55, seorang arkitek dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerai, sebagai calon BN kerusi DUN itu. Mohd Fadzillah, yang merupakan antara 19 muka baharu BN yang akan bertanding di kerusi DUN di negeri jelapang padi ini, berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan sepupunya itu yang juga pesuruhjaya PAS Kedah. 

Walaupun Azizan merupakan wakil rakyat DUN Sungai Limau sejak pilihan raya umum 1995, Mohd Fadzillah yakin dapat merampas kerusi DUN itu daripada PAS kerana beliau membantu membawa pembangunan di kawasan itu walaupun merupakan muka baharu dalam PRU. 


"Saya sudah menjadi penyelaras di DUN Sungai Limau lebih kurang tiga tahun dan mempunyai pengalaman dalam membawa pembangunan kerajaan persekutuan ke kawasan ini," katanya. 
Mohd Fadzillah yang berasal dari Sungai Limau berkata pengalamannya sebagai seorang arkitek juga banyak membantu dalam melakukan kerja-kerja dalam DUN itu, dan masyarakat di situ mengenali beliau.
Walaupun berlainan parti politik, Mohd Fadzillah berkata beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Azizan dan sering berhubung dengan sepupunya itu.
"Saya percaya BN lebih baik daripada parti pembangkang. Apabila saya setuju bertanding menentang beliau (Azizan), ramai juga ahli keluarga yang tidak setuju. Bagi saya, ini soal pilihan raya dan hubungan saya dengan beliau ibarat air dicincang tidak akan putus," katanya.
Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan BN dan Umno yang memilihnya untuk bertanding kerusi DUN itu setelah bergiat aktif dalam bidang politik selama lebih 30 tahun.
Muka baharu yang akan bertanding kerusi DUN Kuah, Nor Saidi Nayan, 42, pula adalah Ketua Pemuda Umno Langkawi, dan berasal dari Kampung Chandek Kura, Mukim Kedawang, Langkawi serta merupakan seorang pegawai kastam.
Sementara itu, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang bertanding di kerusi Parlimen Padang Terap berkata beliau bersedia menghadapi siapa sahaja yang diketengahkan parti lawan.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu selama dua penggal sejak pilihan raya umum 2004 dan Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata dengan bertanding di kerusi Parlimen menuntutnya menggandakan usaha bagi memastikan kemenangan BN sekaligus menawan semula Kedah daripada kerajaan PAS. — Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive