Showing posts with label kem pelajaran. Show all posts
Showing posts with label kem pelajaran. Show all posts

04 June 2014

Setelah Dyanamania, kerajaan dijangkiti Dyanafobia


lks-WIRA7120 (3)
KUALA LUMPUR, 4 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menghentikan segera penyakit ‘Dyanafobia’ yang dialami kerajaan Umno BN, seperti yang dilihat pada tindakan seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan seorang guru menutup laman Facebooknya selepas meletakkan poster calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di laman itu..
Guru terbabit juga diberitahu bahawa beliau akan dipantau ekoran tindakan itu.

07 April 2011

Apa nak jadi dgn KERAjaan HARAMJADAH 1Malaysia ni - Majalah Porno disebar di sekolah

SHAH ALAM: Tidak puas menyebar komik lucah bertajuk ‘Kisah Juara Raja Lawak’ bagi mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat, pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan sentimen politik lucah, kali ini dengan menyebarkan majalah porno di sekolah.
Hal itu disedari Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang yang menerima majalah porno berjudul ‘Kisah Seorang Sifu Teragung Di Abad Ini. Mentor 5 Bersama Berganding Bahu Mengejar Impian Yang Satu, Tunjuk Ajarku Sifu‘ daripada seorang guru Sekolah Kebangsaan Meru di Persiaran Hamzah, Kapar pagi tadi.
Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau berkata, majalah  16 halaman itu penuh dengan gambar bogel yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diubah suai.
“Majalah itu penuh gambar bogel yang menjijikkan. Gambar lelaki tersebut diubah suai dengan gambar kepala Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan badan orang lain,” katanya ketika dalam perjalanan  membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, jam 6.30 petang ini.
Mengulas lanjut, beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan menyuarakan kebimbangannya berikutan majalah porno itu turut diedar ke sekolah dan dikhuatiri jatuh ke tangan murid.
“Kita bimbang sekiranya majalah itu diterima pelajar sekolah dan tidak mustahil akan banyak lagi masalah sosial remaja. Perkara ini perlu dibanteras secepat mungkin memandangkan sudah menular ke sekolah,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10890

10 January 2011

PRK Tenang : Pengarah Pelajaran Johor dicabar jadi calon BN

Pemuda PAS hari ini membidas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mohd Puad Zarkashi kerana mempertahankan seorang pegawai kanan kementerian itu yang secara terang-terangan berkempen untuk BN menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang.

Ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat (kanan) berkata justifikasi Puad membela tindakan pengarah pelajaran Johor, Markom Giran amat memalukan dan tidak dapat diterima.

“Dalam kenyataannya semalam Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.

“Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh pengarah pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube,” katanya dalam satu kenyataan. --- seterusnya

25 December 2010

Larang pamer gambar MB Azizan di sekolah-sekolah

Sekolah larang gambar Azizan

ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut. - Sinar Harian
MS: Aku tak tau nak kata apa lagi dah pada Umno haramjadah ni, sampaikan gambar MB pun tak dibenarkan digantung disekolah-sekolah. Apa yang aku boleh kata Umno ni dah terdesak sangat-sangat, segala-galanya dia takut. Katanya politik tak sepatutnya dibawa ke sekolah, tapi arahan ini bukan kah bersangkutan denga n politik. Apakah ini arahan dari din sembab? ....

20 November 2009

Jambatan runtuh Kuala Dipang : Keluarga saman Kerajaan Najib Altantuya RM105 juta

Keluarga kepada tiga murid yang terbunuh dalam tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang 26 Oktober lalu hari ini memfailkan saman RM105 juta terhadap Kerajaan Malaysia dan 10 yang lain di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Responden lain antaranya termasuk Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak, SJK (T) Mambang Diawan, SJK (T) Gopeng, GS Synergy Sdn Bhd (penaja jambatan) dan CWL Enterprise (kontrktor).
Bulan lalu, 3 pelajar sekolah rendah yang menghadiri perkhemahan 1Malaysia, N. Dina Deve dan M. Devatharshini, kedua-dua nya 11 tahun, dan V. Divyashree, 12 tahun telah lemas dibawa arus setelah jambatan yang mereka gunakan telah roboh ke dalam Sungai Kampar. 19 pelajar lain telah berjaya diselmatkan.
Dua jawatan kuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat tragedi ini, oleh Kementerian Pelajaran dan Pakatan Rakyat Perak.

sumber ; The Star

09 July 2009

PPSMI : Keputusan Separuh Masak


PKR menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam sebagai "kurang daripada yang diharapkan dan mengecewakan".

"Ia melengah-lengahkan apa yang patut disegerakan. Sepatutnya PPSMI dari mulanya tidak dilaksanakan sama sekali.

"Sebaliknya selepas berbelanja lebih dari RM4 bilion untuk melaksanakannya dan setelah didesak oleh pelbagai pihak, barulah kini kabinet putuskan untuk memberhentikannya," kata Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersetuju untuk memansuhkan PPSMI tetapi hanya mulai 2012.

"Yang mengecewakan ialah kabinet memutuskan penamatan dasar ini mulai 2012 dan bukannya serta-merta mulai tahun depan. Kenapa mesti ditangguh selama tiga tahun, tidak diterangkan oleh menteri pelajaran," katanya.

Seterusnya, kata beliau, murid yang sekarang belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dipaksa terus mengikuti dasar tersebut sehingga tamat persekolahan mereka.

"Ini tidak akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan ramai anggota masyarakat, terutama yang memperjuangkan kedaulatan Bahasa Malaysia," katanya.

PPMSI, kata Syed Husin dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang kajian dan perundingan ramai.

"Kenapakah apabila hendak ditamatkan, perlu dilengah-lengahkan? Kami menggesa supaya kabinet bersikap ikhlas dan mengkaji semula keputusannya," kata beliau.

Murid-murid, katanya, perlu cekap dalam bahasa Inggeris dan sebaik-baiknya, ini dilakukan dengan mengajar bahasa dan sastera Inggeris sebagai mata pelajaran.

"Kerajaan berdadang hendak mengambil guru bahasa Inggeris dari luar. Kita mesti pastikan meraka terlatih dan berdedikasi.

"Beberapa tahun lalu, ada percubaan mengimport guru Inggeris, akan tetapi akhirnya gagal," tambahnya. -- TVA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive