04 June 2014

Setelah Dyanamania, kerajaan dijangkiti Dyanafobia


lks-WIRA7120 (3)
KUALA LUMPUR, 4 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menghentikan segera penyakit ‘Dyanafobia’ yang dialami kerajaan Umno BN, seperti yang dilihat pada tindakan seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan seorang guru menutup laman Facebooknya selepas meletakkan poster calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di laman itu..
Guru terbabit juga diberitahu bahawa beliau akan dipantau ekoran tindakan itu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengkritik tindakan seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan seorang guru menutup laman Facebooknya selepas meletakkan poster calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di laman itu.
“Sangat ironi apabila ketika Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor menyeru para guru untuk kembali terlibat dalam politik di bawah BN, pegawai tinggi Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada seorang guru yang meletakkan poster kempen Dyana di Facebook.
“Adakah ini yang Najib maksudkan apabila beliau dengan penuh yakin berkata ingin menjadikan Malaysia ‘demokrasi terbaik di dunia’ – di mana guru hanya berhak terlibat dalam politik jika menjadi ‘penggerak utama’ BN dan bukannya Pakatan?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
“Saya ingin tahu sama ada Najib dalam mesyuarat kabinet esok (hari ini) akan menghentikan ‘Dyanafobia’ ini, atau beliau juga akan tunduk kepadanya,” katanya lagi.
Menurut laporan Malaysiakini semalam, pegawai khas itu mengaku bahawa beliau bertindak selepas menerima arahan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Khair Mohamad Yusof.
Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, ketakutan terhadap Dyana Sofya adalah petanda paling jelas akan berakhirnya pemerintahan Umno BN di negara ini.
“Bukan seorang sahaja yang perlu dibimbangkan mereka, tetapi ribuan lagi ‘Dyana Sofya’ yang telah mendapat inspirasi daripada Dyana untuk tampil ke hadapan dan berjuang ke arah Malaysia untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama,” katanya lagi.
Walaupun kalah tipis pada PRK Teluk Intan, Dyana berjaya mencetuskan fenomena baru dalam politik negara, seperti perjuangan ‘Me-Malaysiakan Malaysia’ yang dibawanya sepanjang kempen. – Roketkini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive