25 December 2010

Larang pamer gambar MB Azizan di sekolah-sekolah

Sekolah larang gambar Azizan

ALOR SETAR - Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut. - Sinar Harian
MS: Aku tak tau nak kata apa lagi dah pada Umno haramjadah ni, sampaikan gambar MB pun tak dibenarkan digantung disekolah-sekolah. Apa yang aku boleh kata Umno ni dah terdesak sangat-sangat, segala-galanya dia takut. Katanya politik tak sepatutnya dibawa ke sekolah, tapi arahan ini bukan kah bersangkutan denga n politik. Apakah ini arahan dari din sembab? ....

1 comment:

Anonymous said...

Tak pa Ust. Azizan tak marah... diakan sayang sangat dengan UMNO, kalau tak masakan Ust. Azizan dapat memberikan anugerah KUIN kepada Mahafiraun. Setengah ahli PAS dah naik terjojol mata melihat perkara ni... Ingat lagi kami macam mana kisah Memali, penghinaan pada Rasullah S.A.W. dan kebencian Mahafiraun kepada Islam dari dulu hingga sekarang. Tak apa boleh buat pilihan PAS Pusat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive