ALOR SETAR: Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan sengaja membangkitkan pelbagai isu untuk menjejaskan imej beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sumber dalaman PAS berkata, usaha halus itu mula digerakkan secara aktif sejak beberapa bulan lalu untuk menyingkirkan Azizan jika pembangkang kembali menguasai Kedah selepas PRU-13.
Berikutan itu, ahli PAS peringkat pimpinan pertengahan dan bawahan negeri kini bertekad untuk mempertahankan kedudukan Azizan dan menuntut semula semua kerusi PKR yang bermasalah lompat parti bagi diserahkan kembali kepada PAS.