17 September 2012

Kemana perginya RM200 juta Dana Industri Kreatif penggiat seni? - Hasmi Hashim [penulis lirik Awan Nano]

Oleh: Aliff Fikri)


KUALA LUMPUR 16 September: Penulis lirik, Hasmi Hashim menggesa Datuk Seri Rais Yatim mengemukakan ke mana perginya Dana Industri Kreatif sebanyak RM200 juta yang diperuntukkan bagi membantu industri perfileman, kesenian dan kebudayaan negara.

Hasmi yang lebih dikenali dengan nama pena Buddhi Hikayat berkata, beliau dimaklumkan hanya sebahagian kecil penggiat seni menerima peruntukan dari dana berkenaan.

“Hanya sebilangan kecil saja yang kita ketahui mendapat dana kreatif tersebut, contohnya seperti (Pengarah) Uwei Haji Saari dan KRU, jadi siapa selebihnya yang dapat?

“Kita ingin bertanya dan meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Rais Yatim supaya mengemuka, memperjelas dan membentangkan siapa dan syarikat mana yang memperoleh dana tersebut.

“Kita tidak mahu ia disalahguna oleh pihak tertentu,” katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN parti Sulong, ketika dihubungi.

Dalam pembentangan Belanjawan 2010, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan menyediakan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta bagi membiayai aktiviti pengeluaran filem dan drama, muzik, animasi, pengiklanan dan pembangunan kandungan tempatan.

Pada Mac tahun ini, Rais Yatim turut mengumumkan peruntukan Geran Industri Kreatif sebanyak RM120 juta lagi bagi membantu karyawan dan seniman mencetuskan lebih banyak idea, kreativiti dan inovasi yang boleh dikomersialkan.

Pada masa sama, Hasmi yang juga seorang penulis membidas kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menyatakan golongan artis yang menyertai Pakatan Rakyat, dibayar untuk memburukkan kerajaan.

“Kenyataan seperti ini adalah tidak berasas sama sekali dan ia bukan isu pokok,” kata penulis lirik yang dikenali menerusi lagu Awan Nano ini.

“Ada masalah yang lebih besar yang patut dipersoalkan contohnya seperti menggunakan wang rakyat untuk membeli kilang arak, kenapa tidak persoalkan?,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36176

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive