Showing posts with label minyak. Show all posts
Showing posts with label minyak. Show all posts

06 September 2013

Ku Li: Tangani rasuah untuk pulih defisit fiskal, bukan hanya naik harga minyak


OLEH MD IZWAN
SEPTEMBER 06, 2013
LATEST UPDATE: SEPTEMBER 06, 2013 10:20 PM
Kerajaan perlu tangani rasuah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 September, 2013.Kerajaan perlu tangani rasuah. - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 6 September, 2013.Tengku Razaleigh Hamzah membidas langkah Putrajaya menaikkan harga minyak, sebaliknya menggesa Datuk Seri Najib Razak menangani isu rasuah yang disifatkan lebih utama untuk mengatasi defisit fiskal negara.
Pemimpin veteran Umno tersebut berkata kesan rasuah adalah lebih buruk kerana ia juga melibatkan pengguna yang lebih terkena tempias.
"Kesan rasuah akan terkena kepada pengguna, wang akan mengalami kesan buruk.
"Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu," katanya dalam sidang media di kediamannya di Langgak Golf hari ini.
"Rasuah adalah perkara utama kita hadapi," tambahnya.
Beliau juga mencabar semua menteri dan timbalan menteri, termasuk dirinya untuk mengisytiharkan aset supaya orang ramai boleh membuat penilaian.
"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," cabar beliau. -TMI

05 October 2012

Tukar kerajaan jika tidak mau anak/kroni Mahathir bolot hasil minyak


KUALA LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.
“Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar,” katanya dipetik Harakah Daily.

02 May 2010

Serah blog minyak kepada Brunei : Najib patut jawab, bukan Pak Lah

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 2 Mei: Kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti memberi penjelasan mengenai penyerahan dua blok pengeluaran minyak luar pantai kepada Brunei, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

"Setakat ini, yang memberikan ulasan agak panjang hanyalah (bekas Perdana Menteri, Tun) Abullah (Ahmad Badawi). Kita mahu penjelasan telus dan berterus-terang dari kerajaan, bukan sekadar ulasan Ahli Parlimen Kepala Batas," katanya.

Beliau menuntut kerajaan Najib menghentikan sikap tidak bertanggungjawab dan terus membisu mengenai hal itu walaupun sudah beberapa hari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan perkara itu.

"Dr Mahathir mendedahkan jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion) malah didedahkan juga bahawa kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

"Ini bukan setakat kehilangan khazanah negara malah kehilangan wilayah dalam negara ini," katanya.

Sebab itulah, kata Mohamad yang juga Pengerusi Mobilisasi Demokrasi PAS, kerajaan mesti memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

"Rakyat juga mesti diberitahu apa yang dilakukan oleh anggota kabinet ketika perkara itu berlaku.

"Adakah mereka menjadi pak turut sahaja kepada tindakan Abdullah yang ketika itu menjadi Perdana Menteri?

"Apa Najib buat untuk mempertahankan khazanah dan wilayah negara sedangkan ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri?

"Sebahagian besar anggota kabinet ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri masih lagi berada dalam pentadbiran Najib kini. Apa mereka buat untuk mempertahankan khazanah dan wilayah negara ini dari terlepas ke tangan Brunei?" beliau mempersoalkan.

Rakyat, katanya, mesti menuntut Najib bertanggungjawab ke atas perkara itu, begitu juga semua anggota kabinet ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri.

"Jika mereka enggan bertanggungjawab atas kehilangan khazanah dan wilayah negara, rakyat mesti bangkit bersama mengajar mereka tentang erti tanggungjawab," tegas beliau.

Dr Mahathir mendakwa Abdullah telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blok tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.

Abdullah menolak dakwaan Dr Mahathir itu.

Dalam kenyataannya selepas pendedahan Dr Mahathir itu, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.

Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pula memberitahu media bahawa Malaysia tetap memastikan kawasan Limbang di Sarawak kekal sebagai hak milik negara ini walaupun konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei dalam perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009.

Ditanya mengenai laporan bahawa Brunei telah membuat penafian bersetuju menyerahkan Limbang, Mohamed Nazri berkata, Brunei boleh membuat penafian itu, tetapi hakikatnya, Limbang tetap hak milik Malaysia.

"Kita akan pertahankan Limbang dan negara lain boleh kata apa pun, Limbang adalah hak Malaysia walaupun ada pihak yang akan mempertikaikan keputusan melepaskan Blok L dan Blok M itu," tegasnya

15 July 2009

Kedah akan punya kilang penapis minyak terbesar di Malaysia - DS Azizan

Ekonomi Kedah - negeri yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai Jelapang Padi Malaysia - hari menerima lonjakkan dengan pelancaran kilang penapis minyak terbesar di Malaysia.
Kilang penapis minyak Merapoh bertempat di Yan, akan dibangunkan dengan kos US10 billion (RM35.7 billion) akan berupaya menapis 350,000 tong sehari, hampir dua kali pengeluaran kilang penapis minyak PETRONAS di Melaka.
Kilang ini yang akan di majukan oleh Merapoh Resources Corporation, dibiayai oleh pelabur-pelabur antarabangsa. Ia akan menapis minyak yang di impot dari Timur Tengah dan akan di ekspot kebanyakan nya ke China.
China National Petroluem Company, syarikat minyak milik negara China telah bersetuju untuk membeli 200,000 tong sehari untuk jangkamasa selama 20 tahun.
Hong Kong Beijing Star Ltd dan Winson Investment Ltd masing-masing memegang 40% peratus ekuiti dalam Merapoh Resources manakala baki 20% akan dipegang oleh bekas Geologis dari PETRONAS, Mohd Nazri Ramli sebagai Pengerusi Eksekutif syarikat.
Mengikut kata YAB DS Azizan. adalah dijangkakan sebanyak RM80 billion nilai pelaburan dalam sektor minyak dan gas di negeri Kedah untuk masa hadapan.
"Kami akan terus membantu Merapoh dan lain-lain kerana kami adalah "business-friendly government" kata DS Azizan lagi.
Merujuk kepada hubungan PAS dan DAP, katanya semua telah kembali seperti sediakala.

Datuk Zaid bidas Rais Yatim mengenai minyak di Kelantan

JULAI 14 — Rais Yatim, seorang Menteri dan juga ahli Majlis Tertinggi UMNO, beberapa hari lalu telah membuat satu kenyataan yang luar biasa.

Bukanlah saya terkejut bila Rais membuat kenyataan yang luar biasa dan aneh itu. Dah memang menjadi “trademark” Rais yang begitu rupa. Kali ini dia berkata Kelantan tak ada hak di bawah undang-undang untuk membuat tuntutan terhadap Petronas daripada hasil minyak dalam kawasan Laut Cina Selatan yang sudah dalam produksi sejak tahun 2004.

Terengganu juga katanya tidak berhak kepada royalti minyak kerana apa yang diberi kepada Terengganu adalah wang ehsan mengikut budi bicara Kerajaan Pusat. Wah! Hebat sungguh kenyataan Menteri yang dikatakan pakar dalam bidang undang-undang itu.

Mungkin esok Rais akan mengumumkan pula bahawa Sarawak dan Sabah pun “tidak ada hak” untuk dapatkan royalti minyak dan beratus juta ringgit yang diperolehi sekarang hanyalah “wang ehsan” semata-mata. Kalaulah semua ini benar, maka ia bererti tak ada maknalah janji Petronas kepada Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah pada tahun 1975. Setahu saya, mengikut perjanjian itu, Petronas wajib membuat bayaran tunai dua kali setahun kepada negeri-negeri tersebut. Jumlah pembayaran itu adalah 5 peratus daripada hasil jualan minyak dari kawasan-kawasan yang dikenal pasti di Laut Cina Selatan.

Rais sepatutnya menjelaskan kepada rakyat apa yang sudah terjadi kepada perjanjian yang saya sebutkan itu. Apakah perjanjian itu sudah tidak boleh dipakai lagi? Mengapa mahkamah sudah sekian lama membekukan atau “cold storage” tuntutan Terengganu terhadap royalti minyak itu? Nampaknya mahkamah di negara kita dalam kes-kes tertentu begitu cekap dan pantas sekali membuat keputusan tetapi dalam hal-hal yang tidak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional, mahkamah mengambil masa begitu lama.

Apa dah jadi dengan tuntutan kerajaan Terengganu terhadap hasil minyaknya?

Bilakah kes tuntutan kerajaan Terengganu mengenai minyak itu akan didengar? Ada baiknya Rais tunggu sebentar dan jangan cuba menjadi hakim yang tahu segala-galanya. Saya yakin Malaysia masih ada hakim yang jujur dan para peguam yang lebih bijak dan cekap daripada Rais. Jadi biarlah mahkamah yang menentukan keputusan sama ada Terengganu dan Kelantan ada hak atau tidak dalam perkara ini.

Kepada Rais, saya harap beliau dapat menumpukan lebih banyak masa untuk meningkatkan mutu rancangan TV dan radio RTM serta memastikan agensi berita Bernama yang dibiayai sepenuhnya oleh pembayar cukai tidak menjadi alat kepada UMNO dan Barisan Nasional, daripada cuba berlakon menjadi hakim mahkamah. — myzaidibrahim

17 November 2008

Harga Minyak Turun Diumum Hari Ini? - malaysiakini

PETALING JAYA: Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali keempat, harga minyak dijangka diumumkan turun lagi pada hari ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Minggu lepas, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.
Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.
"Pada bulan Oktober lalu harga minyak berada di paras antara AS$74-AS$77 dan menurun kepada AS$70 semasa lapan hari terakhir bulan tersebut," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad di Johor Bharu.
Shahrir berkata, harga niaga hadapan minyak iaitu pada bulan Disember juga menunjukkan ia akan berada pada paras di bawah AS$70.
Trend harga minyak yang menurun itu, kata beliau, akan membolehkan harga minyak di pampam stesen minyak dikurangkan lagi pada harga yang berpatutan.
Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.
Ia merupakan kali keempat kerajaan menurunkan harga minyak selepas 23 Ogos, 24 September dan 15 Oktober.
Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.
Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.
Mengenai kenaikan harga minyak pesawat ringan, Shahrir berkata, ia bukan bahan yang dikawal oleh kerajaan.
Katanya, kenaikan harga minyak tersebut dari RM6.20 kepada RM9.53 seliter di Kuala Lumpur dan RM9.80 seliter di Langkawi adalah berikutan kekurangan bekalan bahan itu.
Harga minyak yang diimport dari Amerika Syarikat, Australia dan Thailand itu ditentukan oleh penjualnya.
Kenaikan itu, katanya, adalah sementara dan dijangka kembali normal tidak lama lagi.
Katanya, kerajaan akan melihat kemungkinan membuka penjualan minyak ini kepada pihak lain selain Petronas.
Beberapa sekolah penerbangan dan pemilik pesawat ringan peribadi dilaporkan merungut berikutan kenaikan harga minyak itu yang jauh berbeza dengan harga yang dijual di negara jiran Singapura pada S$2.61 (RM6) seliter. -- mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive