Showing posts with label prog realiti. Show all posts
Showing posts with label prog realiti. Show all posts

02 July 2011

Mohd Hassan Juara Imam Muda 2

KUALA LUMPUR: Rezeki menyebelahi Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda musim kedua (IM2) pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini, malam tadi.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran dan Hadis), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menewaskan Nazarul Izwan Zolkiflee , 26, pemegang Diploma Pengajian Islam, Kolej Pengajian Islam dan Dakwah. Dengan kemenangan itu, Mohd Hassan menerima tajaan penuh biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU); sebuah kereta Proton model Exora; pakej menunaikan ibadat haji dan umrah; pakej percutian ke Vietnam dan wang tunai RM25,000 serta telefon bimbit.

19 April 2011

Imam Muda - Ahli Jimnastik, Jurutera, Pensyarah antara 10 calon Imam Muda musim ke-2

KUALA LUMPUR: Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah antara 10 calon Imam Muda musim kedua (IM2) yang diumumkan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), malam Isnin.
Pengumuman tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis (saluran 106).
Dua calon berasal dari luar negara iaitu bekas ahli gimnastik Mujahid Suhaimi, 20, (Singapura-pelajar) dan Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).
Sementara yang lain adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum).
Turut serta Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa), Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator).
"Sepuluh peserta yang berjaya terpilih dalam program ini telah melepasi ujian bacaan ayat al-Quran, pengetahuan am dan mempunyai kelainan tersendiri seperti bakat dan profesion.
"Apabila program ini bermula nanti, mereka akan diberi pendedahan dari sudut ekonomi seperti pasaran saham dan perubatan Islam.
"Sama ada mereka disingkirkan atau tidak nanti, 10 calon ini tetap akan bergelar imam muda. Kami berharap mereka akan menjadi imam muda contoh apabila program ini berakhir kelak," kata Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar ketika sidang media selepas pengumuman tersebut.
Tambahnya: "Kami amat bersyukur terhadap penerimaan program ini pada musim lalu kerana semakan carian di Google mencatatkan 1.7 juta pelayar, lebih 300,000 peminat di Facebook, ditonton 3 juta penonton dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa."
Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Sementara calon lain akan menerima pakej umrah, pakej percutian, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.
Kapsul IM2 akan disiarkan pada 25 April ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.55 malam, Mimbar IM2 (Jumaat, 6.30 petang, 29 April), Medan IM2 (Jumaat, 9 malam). - mStar

STONE : Tahniah pada 10 Imam Muda yang telah terpilih terutama peserta luar negara dari Singapura dan Brunei.

10 May 2009

Bogel di Pantai Mersing - Program Gila TV3 Denmark


Oleh by SIM LEOI LEOI, BEH YUEN HUI and A.RAMANAN @ The Star Online

dialih bahasa

Sebuah pulau di daerah Mersing Johor telah digunakan sebagai lokasi untuk satu program realiti sebuah stesen tv Eropah yang mana pesertanya terpaksa berlari dalam keadaan berbogel. Babak dari rancangan "Survivor Robinson Ekspeditionen" itu yang mana telah ditayangkan melalui stesen TV3 Denmark (kat Denmark pun ada TV3 ker?) telah pun diterbitkan dalam sebuah akhbar Online - ScandAsia.com.

Seorang pembaca yang mempunyai hubungan keluarga di Malaysia telah menghubungi Harian Metro untuk menyampaikan berita tersebut. Dalam babak tersebut kelihatan kedua-dua lelaki dan wanita berlari disepanjang pantai dalam keadaan "tanpa seurat benang".

Warganegara Denmark yang menghantar gambar tersebut kepada Metro berkata dia amat terkejut dengan kebenaran yang telah diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk pengambaran ini walaupun ia hanya lah "soft porn".

Adalah dipercayai inilah pertama kali rancangan ini menghendaki 16 dari 22 peserta nya berlari berbogel manakala 6 lagi hanya berseluar dalam. Juga difahamkan bahawa mana-mana peserta wanita yang enggan berbogel akan dikeluarkan dari program ini dan dihantar pulang.

Menurut seorang pegawai dari Majlis Daerah Mersing mereka hanya membenarkan pengambaran dibuat setelah memberitahu pihak penerbit bahawa tiada adengan bogel boleh dibuat di pulau tersebut. Untuk bulan ini dan bulan hadapan pengambaran hanya di Pulau Besar sebelum berpindah ke pulau lain pada bulan berikutnya.
Mimpi Senja : dah sah ada adengan bogel, nak siasat apa lagi ni. Kalau perkara lain yang membabitkan Pakatan Rakyat hangpa boleh tangkap dulu baru siasat macam kes Mat Sabu tu. Nak tengok video kejadian 7 Mei di Ipoh pun hangpa tangkap, pakai baju hitam hangpa tangkap,tapi bila kena batang hidung sendiri, konon nak siasat dulu , piiiiiiiiiraaahhhhhhhhhhhh
Apa kata YB2 di kawasan ini? Tak kan tak tau kot ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive