Showing posts with label Ahmad Ismail. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Ismail. Show all posts

10 November 2008

PAHLAWAN TULEN BUKIT BENDERA? - malaysiakini


Sambutan hero, Ahmad dilabel "pahlawan tulen Bukit Bendera"
AHMAD Ismail disambut meriah ketika memasuki dewan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Bendera petang tadi. - foto The Star oleh CHARLES MARIASOOSAY

GEORGE TOWN: Datuk Ahmad Ismail, yang digantung daripada jawatan Ketua Umno Bukit Bendera dua bulan lalu, semalam diberikan sambutan sebagai "hero" dengan diisytiharkan "pahlawan tulen Melayu Bukit Bendera".
Ahmad diberikan sambutan sebagai pahlaman dengan dipersembahkan alat-alat kebesaran Melayu, antaranya keris pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu petang semalam.
Beliau yang melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu digantung keahlian dan digugurkan kesemua jawatan parti selama tiga tahun.
AHMAD Ismail menerima keris daripada veteran Umno, Abdul Rahman Lazim. - foto The Star oleh CHARLES MARIASOOSAY
Ahmad yang tiba di hotel Bayview Beach Resort di sini pukul 3.40 petang disambut masuk dengan meriah ke dewan utama persidangan meriah bersama iringan kompang dan persembahan silat. Sebaik tiba beliau dikenakan tengkolok kuning oleh penasihat bahagian itu, Azmi Merican.
Kemudian beliau menerima selempang berwarna kuning daripada veteran Umno Saakyah Mat Isa, serta diberikan keris oleh seorang lagi veteran Abdul Rahman Lazim. Selepas menerima komponen tradisi itu Ahmad menuju ke pentas utama manakala juruacara mengisytiharkan beliau sebagai pahlawan tulen Bukit Bendera. Ketua Umno Cawangan Jalan Lahat, Madzalifah Abu Kassim kemudian membacakan sajak yang beliau hasilkan khas untuk Ahmad. Ia disusuli dengan laungan “Hidup Datuk Ahmad” dan “Hidup Melayu” sebanyak tiga kali. Selepas menyanyikan lagu Warisan, dan solat, Ahmad, yang juga penasihat bahagian itu kemudiannya merasmikan persidangan yang diadakan secara tertutup. Persidangan memilih Abdul Jalil Ariffin sebagai ketua bahagian tanpa dicabar. Perwakilan juga meluluskan usul menggesa Majlis Tertinggi Umno menarik balik dan membatalkan penggantungan Ahmad. Usul seumpama juga telah diluluskan oleh Pergerakan Wanita semalam. -- mStar

10 September 2008

Di Gantung 3 Tahun


Ahmad Ismail, Ketua Umno Bhg Bukit Bendera, ahli UMNO yang paling hot sekarang ni hanya di gantung keahliaan UMNO selama 3 tahun ... Itu saja lah tindakan yang diambil oleh UMNO.

Polis macamana? Banyak lapuran dah dibuat. Bila nak bertindak? Tunggu pak lah kata ok ker tak ok dulu la yer? Kalau dengan ahli-ahli pembangkang bukan main cepat lagi hangpa ambik tindakan.

09 September 2008

Pak Lah kata ...


"Mereka (ahli komponen BN) inginkan satu tindakan segera dan tegas diambil (terhadap Mad Ismail), tapi ini (Mad Ismail adalah) ahli umno dan mengikut prosedur ianya perlu dibawa ke majlis tetinggi (UMNO). Maka pemimpim bn telahpun mengakui prosedur ini dan berharap supaya tindakan diambil dalam majlis ttingi umno sahaja"


Sebab Mad Ismail ahli UMNO ... kalau bukan ahli UMNO dah tentu lah Mad dah kena ISA.


Inilah dia kerajaan Pak Lah ... kerajaan BN ... tindakan "double standard". Aku pasti sangat kalau Mad ni bukan dari UMNO/BN dah tentu lah dah ada kat kem Kemunting.


Awat macam tu pak lah ai? ... Awat orang2 UMNO ni kebal ker? Bangun la paklah dari tidoq mu.
Orang dah meluat dengan keadaan sekarang ni.



06 September 2008

Ahmad Ismail vs Koh Tsu Koon

Mimpi Senja : Nampaknya perang antara Mad Ismail dan Dr Koh Tsu Koon semakin panas ...
Tengok apa kata Dr Koh ...

..." kenyataan Ahmad terhadap dirinya yang berupa peribadi merupakan balas dendam kerana ada isu antara mereka berdua" ....

Apa isu itu?

Kata Dr Koh lagi "Sebab sejak penghujung tahun 2006, apabila saya buat keputusan untuk tidak melanjutkan pelantikan beliau sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang kerana beliau telah melebihi had empat tahun, beliau meminta pengecualian sebab dia kata dia penyokong kuat saya ...

Tambah Dr Koh lagi ..

"Saya kata tak boleh, ini ditetapkan oleh Exco juga, tetapi sejak hari itu sudah bermusuhan. Hari ini sudah terbukalah, secara agak peribadi, dan cuba pula memecah-belahkan di antara Gerakan dan MCA,"

Oo kes lama la ni ... kes pangkat. Patut la Mad marah sangat dengan Dr Koh .... sebab tak lantik semula jadi ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Hehe

"Apa lagi sudah banyak laporan polis, maka siasatlah, bicaralah mengikut undang-undang. Saya fikir kita tidak sepatutnya saling menunding jari dan menjadikannya kontroversi perkauman atau antara kaum, kerana kita hanya bercakap mengenai diri beliau seorang," katanya.

Siasat jangan tak siasat dan ambik tindakan.

Tapi aku rasa macam kes ni akan diam macam tu saja kot. Tak tau la kita tengok la macamana nanti. Sebab ni orang umno. Selalunya kes-kes melibatkan orang-orang umno ni polis/bpr lambat sikit nak siasat. Bukan macam kes orang-orang PAKATAN RAKYAT cepat la depa siasat dan terus diambik tindakan, macam kes exco Perak hari tu la.

Aku sekadar bercakap dari apa yang aku dan ramai orang nampak

Sin Chew pertahan laporan kenyataan Ahmad


06-09-2008 12:09:17 PM


PETALING JAYA: Sin Chew Media Corporation Berhad mempertahankan berita berkaitan kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang dilapor melabelkan masyarakat Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti orang Melayu.


Ketua Pengarangnya, Pook Ah Lek berkata, Sin Chew Daily tidak akan memohon maaf atas laporannya akhir bulan lalu.


"Ia taktik normal bagi ahli-ahli politik untuk melepaskan diri mereka apabila berhadapan dengan situasi sedemikian," kata beliau sambil menambah, kenyataan terbaru Ahmad semalam merupakan cara untuk mengalihkan perhatian dalam isu berkenaan.

- mStar Online

05 September 2008

Ahmad Ismail Angkuh


MS: Ketua Umno Bhg Bukit Bendera Ahmad Ismail kata dia tak akan minta maaf bersabit dengan kenyataan nya bahawa "cina hanya lah pendatang ......" semasa kempen PRK Pmtg Pauh baru-baru ini.

Walau pun pak lah kata kenyataan tersebut bersifat peribadi, bukan kenyataan dari UMNO, tapi Najib, bagi pihak UMNO dah minta maaf pada masyarakat cina. Ada yang terima dan ada yang tak terima termasuk DAP. DAP dan Gerakan dah pun buat lapuran polis dan polis dah pun mengambil kenyataan dari Ahmad semalam.

Hari ni Mad ismail buat sidang akhbar, katanya dia tak akan minta maaf. Nampak angkuh sungguh Mad ni. Nampak dah macam lawan tokey ni.

Bukan setakat tak mau minta maaf tapi dia salahkan pula bekas KM P Pinang, Dr Koh Soo Koon .. hehehehe yang ni aku tak nak komen. Biar pi depa bergaduh, depa sama-sama
dalam BN, dan Gerakan pun dah ada angin-angin nak cabut dari BN ...jadi kita "just wait and see what is going to happen next ...."

02 September 2008

DAP, MCA & Gerakan buat lapuran polis



DAP, MCA dan Gerakan dan buat lapuran polis kes Ketua Umno Bkt Bendera Ahmad Ismail yang dikatakan menghasut masa kempen pilihanraya kecil Pmtg Pauh baru-baru ni.


Tunggu, ... bila pula polis nak bertindak. Lapuran dah dibuat. Kadang2 depa kata tak dak lapuran depa tak boleh bertindak.


Orang2 UMNO semua tak mau komen. Semua tanya pak lah. Tapi kalau kena pada Pakatan Rakyat, ramai pulak yang nak komen.


Ariff Shah kata dia tak dak di tempat tu masa Ahmad cakap benda ni.


Bila tanya pak lah, pak lah pesan pada Mad "hang jangan cakap lagi la macam tu mad".


:-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive