06 September 2008

Ahmad Ismail vs Koh Tsu Koon

Mimpi Senja : Nampaknya perang antara Mad Ismail dan Dr Koh Tsu Koon semakin panas ...
Tengok apa kata Dr Koh ...

..." kenyataan Ahmad terhadap dirinya yang berupa peribadi merupakan balas dendam kerana ada isu antara mereka berdua" ....

Apa isu itu?

Kata Dr Koh lagi "Sebab sejak penghujung tahun 2006, apabila saya buat keputusan untuk tidak melanjutkan pelantikan beliau sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang kerana beliau telah melebihi had empat tahun, beliau meminta pengecualian sebab dia kata dia penyokong kuat saya ...

Tambah Dr Koh lagi ..

"Saya kata tak boleh, ini ditetapkan oleh Exco juga, tetapi sejak hari itu sudah bermusuhan. Hari ini sudah terbukalah, secara agak peribadi, dan cuba pula memecah-belahkan di antara Gerakan dan MCA,"

Oo kes lama la ni ... kes pangkat. Patut la Mad marah sangat dengan Dr Koh .... sebab tak lantik semula jadi ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Hehe

"Apa lagi sudah banyak laporan polis, maka siasatlah, bicaralah mengikut undang-undang. Saya fikir kita tidak sepatutnya saling menunding jari dan menjadikannya kontroversi perkauman atau antara kaum, kerana kita hanya bercakap mengenai diri beliau seorang," katanya.

Siasat jangan tak siasat dan ambik tindakan.

Tapi aku rasa macam kes ni akan diam macam tu saja kot. Tak tau la kita tengok la macamana nanti. Sebab ni orang umno. Selalunya kes-kes melibatkan orang-orang umno ni polis/bpr lambat sikit nak siasat. Bukan macam kes orang-orang PAKATAN RAKYAT cepat la depa siasat dan terus diambik tindakan, macam kes exco Perak hari tu la.

Aku sekadar bercakap dari apa yang aku dan ramai orang nampak

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive