14 March 2013

Tian Chua mengaku tak bersalah

Tian Chua Di Dakwa Dan Beliau Mengaku Tidak Bersalah 
Polis Cuba Menahan Tian Chua Di Kafateria Mahkamah Tetapi Dihalang Oleh Peguam Beliau | 

KUALA LUMPUR: Tindakan dua anggota polis yang ingin menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta hari ini ditentang peguam sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.


Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula. Tian Chua akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.

Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.

"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah "Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.

Sementara itu, puluhan ahli PKR dan penyokong PKR hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan.

Sumber: Harakah Daily

Tian Chua mengaku tak bersalah tuduhan hasutan | Naib presiden PKR Tian Chua hari ini mengaku tidak bersalah bagi tuduhan mengikut akta hasutan atas satu kenyataan yang mengaitkan Umno dengan krisis di Lahad Datu – yang didakwa dikeluarkannya.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin ke atas MP Batu itu.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 atas kenyataan yang didakwa disebutnya pada 11 pagi, 1 Mac lalu.

Tian diwakili N Surendran, Latheefa Koya, William Leong, Eric Paulsen dan dua lagi peguam.

Sumber: Malaysiakini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive