26 Januari 2013
SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesejahteraan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dilihat kembali aktif di pentas politik dalam usahanya membantu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Putrajaya.
"Itu hak dia. Walaupun dia bekas perdana menteri, doakan dia sihat. Dia bantu kempen, tak apa," katanya ketika ditanya sama ada faktor tersebut akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Anwar telah dipecat oleh Dr Mahathir sebagai Timbalannya pada 1998 atas dua alasan iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan sembilan tahun bagi kes liwat pada 2000. Bagaimanapun beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan liwat pada 2004.
Pada tahun lalu, Anwar sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Karier politik Anwar bersimpang-siur selepas beliau dipecat dari kerajaan. Beliau dikecam dengan pelbagai tuduhan dan gelaran termasuk agen Yahudi.
Anwar tampil sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia selepas PRU 2008 apabila berjaya menyatukan Pas, PKR dan DAP untuk menentang BN.
Ketika itulah BN berdepan sejarah pahitnya apabila kemenangan majoriti dua pertiga selama ini gagal dipertahankan.
Ekoran itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan digantikan oleh Datuk Seri Najib Razak.
Anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua itu dilihat memegang amanah berat bagi memastikan Umno-BN kembali berkuasa sebagai sebuah kerajaan yang mantap.
Usaha Najib itu didokong oleh Dr Mahathir yang saban hari turun ke lapangan menjelaskan perjuangan Umno-BN terutama kepada masyarakat Melayu di saat Pakatan Rakyat semakin melebarkan sayap.
Namun menurut Anwar, sejarah membuktikan sokongan Melayu di era Dr Mahathir merudum pada PRU 1999.
"Waktu itu Mahathir Perdana Menteri dan pimpin pilihan raya, dia tewas di kawasan-kawasan Melayu. Jangan lupa, dia menang dengan dokongan bukan Melayu. 2013 sokongan Melayunya tambah merosot, dokongan bukan Melayu, merempat ke bawah. Sudah tidak ada.
"Jadi tak perlu risaulah. Biarlah dia kerja. Tapi selalu saya sebut kepada dia, tak perlu dia kasar sangat sebab orang akan tanya, kamu ini hendak pertahankan apa? Kalau nak pertahankan Melayu-Islam, kamu ada 20 tahun untuk lakukan.
"Kedua kalau betul kamu hendak pertahankan soal pemerintahan yang wibawa, yang telus, yang baik, kenapa kontrak Petronas dimonopoli oleh syarikat anak kamu sementara kamu masih jadi penasihat Petronas?" bidas Anwar.
Dalam wawancara yang berlangsung selama satu jam bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian, Anwar turut ditanya berhubung kritikan yang dilemparkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau baru-baru ini mengenai isu Felda dan harga pasaran komoditi.
"Tak apalah. Tan Sri Muhyiddin itu kawan lama saya. Jadi kalau dia berucap tu, dia tidak teliti," ujar beliau.
Menurut Anwar beliau lebih berminat untuk berhujah mengenai isu dasar apabila Muhyiddin mendakwa campur tangannya dalam saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang didakwa boleh menjejaskan pelabur.
"Apakah dia sudah baca kenyataan kita tentang kelapa sawit dan tentang Felda? Saya katakan, mengapa saham Felda untuk semua peneroka itu dengan had, tak boleh jual sehingga pasaran itu turun, mengapa diberikan lebih kepada yang bukan peneroka? Siapa yang khianat?
"Peneroka 30, 40 tahun dapat jumlah kecil dan yang bukan peneroka, ahli lembaga, ketua-ketua Umno, itu diagih sikit-sikit. Tak setuju? Dedahkan siapa yang dapat. Mustahil hendak didedahkan.
"Khianatlah, khianat Melayu, pembohong, apa yang saya bohong, patutnya Sinar tanya pada dia, apa saudara Anwar bohong? Apa kenyataan dia kata yang kata bohong. Kalau tak betul, kalau saya silap, saya boleh betulkan. Tak ada masalah," tegas Anwar yang masuk Umno ketika era Dr Mahathir dan dipecat pada September 1998.

No comments:
Post a Comment