11 April 2013

Untuk calon2 - "Para pengundi mahu calon yang senang didekati, mesra, bercakap macam depa juga, tak sombong,........."


SEORANG rakan penulis yang juga pemerhati politik memberitahu: "Orang Kedah mudah sahaja tetapi kalau tersilap jadi susah."
Susah atau mudah yang dimaksudkan beliau di sini ialah dari segi calon-calon mendapatkan sokongan atau kepercayaan pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Rakan berusia 40-an yang dekat dengan jentera Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata lagi:
"Para pengundi mahu calon yang senang didekati, mesra, bercakap macam depa juga, tak sombong, prihatin selain ada kebolehan memimpin.
"Kalau dari jauh lagi dia dah boleh tegur orang kampung, angkat tangan, apabila dekat bertepuk bahu... itu memang kelas A la tu... klea," katanya sambil menghirup teh tarik.
Bagaimanapun, katanya, apabila seorang pemimpin itu sudah dicap atau dilabel sebagai sombong, besar diri dan berpersonaliti kurang baik maka sudah tentu penolakan pengundi ke atasnya sangat kuat dan keadaan menjadi susah untuk pemimpin itu jika menjadi calon.
Apapun, soal calon diperkatakan di merata-rata tempat dari Tikam Batu, Sungai Petani di selatan Kedah hingga ke Bukit Kayu Hitam di utara Kedah.
Bukan sedikit orang politik yang mengidam menjadi calon kerana bagi pemimpin parti-parti politik, kalau tidak menjadi calon seolah-olah seperti 'main bola tak dapat score gol'.
Tetapi apa lah gunanya jika seseorang itu beria-ia sangat menjadi calon sekiranya dia adalah calon yang bakal kalah dan menjadi beban kepada parti?
Jika demikian keadaannya, ia bermakna hakikatnya, menjadi calon bukan satu kehebatan bagi seseorang itu tetapi bakal bertukar kenangan pahit dan peristiwa hitam dalam hidupnya. Tidak mustahil hidupnya sering dikaitkan dengan kekalahan silam.
Orang akan bertanya, siapa si polan itu? Nanti jawabnya: "Ala... dia yang pernah kalah dulu di kawasan bla... bla... bla."

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Dengan situasi terkini, penyokong BN 40% dan Pakatan 40% yg sama kuat
maka dua-dua pihak sedang bekerja keras untuk meraih pengundi atas pagar 20%.

Memandangkan bagi kita atas pagar ini tiada jentera penggerak yang khusus, maka
kita kongsikan maklumat bersama daripada hanya bertindak secara kecil/individu.
Kita memang terkeluar dari rahsia/strategi kedua-dua belah pihak sedangkan kita
lah kekuatan penentu kemenangan. Maka bertindak bijaksanalah walau kita tiada
apa-apa kepentingan, hanya ingin melihat keindahan Islam dan keadilannya. Jangan
sampai keluar dari mulut buaya masuk ke mulut naga. Kini yang tulus ikhlas
sudah terlalu kurang, dan kita tidak dapat lari dari yang ramai pura-pura ini.

Oleh itu berstrategilah. Pada aku pilihan yang paling baik ialah gunakan kuasa
kita untuk menyatukan mereka secara paksa. Jika kita mengambil pendekatan mereka
ini dua pihak, satu BN dan satu Pakatan maka kita akan memenangkan keduanya
kerusi parlimen secara samarata 111:111 untuk 222 kerusi sediada. Mana pihak
yang berkelebihan sebagai contoh 112:110 akan mendapat mandat memerintah. Bahaya
di sini ialah yang kalah akan membeli kerusi pihak lawan utuk menang.

Oleh itu cara yang paling baik ialah pendekatan 3 pihak. Setakat ini kelebihan
bagi kita Melayu/Islam ialah kita ada tiga tonggak parti yang majoriti
calon-calonnya Melayu/Islam. Setakat hari ini PAS 68 calon, PKR 70 dan UMNO
masih belum ada laporan. Jadi kita tetapkan kemenangan kerusi bagi mereka, iaitu
secara samarata iaitu 50:50:50. Secara dasar BN (UMNO 50 + MCA + MIC) kalah
PAKATAN (PAS 50 + PKR 50 + DAP) menang majoriti mudah. Tapi dengan cara terpaksa
sahaja PAS 50 + PKR 50 + UMNO 50 ini kita dapat pemerintahan majoriti besar
Melayu/Islam yang semestinya bukan UMNO BARU. Jika UMNO BARU menolak, kita masih
tetap di bawah PAKATAN yang hanya majoriti mudah tanpa takut apa-apa pindaan
yang merugikan Islam.

Jika ramai yang bersetuju maka kita tetapkan mana 50 calon terbaik dari ketiga
tiga parti tersebut untuk gerakan kita semua. Ketetapan 60:60:60 tidak memberi
kesan sama kerana dua parti sahaja sudah cukup memberi majoriti mudah dan risiko
PAKATAN memperolehi majoriti besar harus difikir kerana masih ada baki 222-60-60
-60=42 kerusi yang jika di campur dua parti besar 42+60+60=162.

Ikhlas,
HA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive