matsamankati ... Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu, aku ada tulis yang ni.
Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.
Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya. ... seterusnya
Sumber: matsamankati
No comments:
Post a Comment